Movie Mistakes

Wednesday, March 14, 2012

Review: John Carter

Andrew Stanton, pengarah filem award winning dari produksi Disney seperti Finding Nemo dan Wall E nampaknya diberi peluang untuk mengarahkan sebuah adaptasi karya Edgar Rice Burrough yang ditulis pada awal 1900-an. Aku antara orang yang berpeluang untuk tidak membaca karya yang dikatakan menjadi foundation untuk segala permulaan pengembaraan angkasa lepas. John Carter pada pandangan aku, hanyalah biasa biasa saja. 


Aku nampak penterjemahan marikh itu, yang mana dikenali sebagai Barsoom rasanya tidak mampu untuk dipersembahkan dengan jayanya. Aku nampak dunia Barsoom hanyalah sebuah dunia fantasi yang tak wujud. Aku nampak Barsoom bukanlah Marikh, dan Marikh bukanlah Barsoom. Malah, dengan beberapa keadaan permukaan Barsoom yang tak ubah seperti di Bumi, settingnya pada aku gagal menarik minat aku untuk memahami dunia Barsoom. 
Sekaligus, hal ini membantu kegagalan aku untuk membawa kisah ini lebih dekat dengan penontonan. John Carter, walaupun sebuah filem yang rasanya dipenuhi dengan aksi aksi biasa seperti filem filem Disney lain gagal memberi keterujaan yang amat. Ya, keterujaan itu ada tetapi sepatutnya sebagai sebuah filem cereka, aku rasakan keterujaan bagi setiap babak rasanya patut diisi lebih dan lebih lagi untuk menampung penceritaan yang besar. 


Malang bagi cerita ini yang nampak gah pada CGI tetapi tidak berapa kena pada gubahan skor. Entah kenapa aku rasakan gubahan Michael Giachino nampaknya tidak sebati dalam mengisi kotak kotak untuknya dalam filem ini. Giachino tidak mampu untuk membawa skor seindah Mission Impossible 4. 

Sebenarnya, aku rasakan tulisan filem ini juga nampaknya tersepit dengan ideanya yang boleh dijangka. Sebuah kisah yang senang difahami dan juga dengan babak babak yang boleh kita bandingkan dengan filem filem Disney terdahulu. Dalam erti kata lain, John Carter boleh aku katakan seperti campuran Star Wars (lihat pada visualnya), Gladiator dan juga Tron (jika anda lihat CGI nya). Malah, jalan ceritanya juga nampak terlalu mudah sebagai sebuah filem yang mahal. 

Walaubagaimanapun, aku rasa, John Carter tidaklah mengecewakan. Sebagai sebuah filem Disney, sememangnya John Carter tidak dapat lari daripada mengisi jenaka jenaka yang membolehkan penonton bergembira. Beberapa lakonan jenaka nampaknya digarap cantik sekaligus membuatkan aku menyatakan sekurang kurangnya ada juga sudut yang boleh membuat aku tersenyum dalam filem ini. 

Lakonan Taylor Kitsch nampaknya tidak mampu menonjol dengan baik. Aku rasakan dirinya terlalu kabur dengan babak aksi yang nampak ringkas dan tidak mencabar. Aku rasakan yang menonjol adalah watak lakonan Daryl Sabara (yang dulu popular dengan filem Spy Kids, filem arahan Robert Rodriguez) yang walaupun sedikit, rasanya lebih nampak dari watak Taylor Kitsch. Malah, Lynn Collins sebagai Dejah Thoris juga nampak biasa saja dan kurang menyerlah. Lakonan nampaknya meyakinkan, tetapi tidak menyerlah. 

Kepuasan utama menonton John Carter pastinya CGInya yang memang terbaik dari ladang. John Carter menerima sentuhan CGI yang menarik dan hebat untuk disaksikan. Itu memang sesuatu perkara yang boleh dibanggakan dalam filem ini. 

John Carter adalah siri pertama filem tentang Barsoom ini. Filem ini sebenarnya bakal disambung lagi untuk dijadikan trilogy. Apapun, aku rasakan Taylor Kitsch perlu melakukan sesuatu untuk jadikan John Carter lebih baik. Dan, dengan sedikit upgrade dalam aksi yang kadangkala terlalu simple dan mudah, mungkin John Carter seterusnya boleh berdiri sebagai sequel yang lebih baik. 


Apapun, bagi yang mahu hiburan dan tidak berat dengan aksi, advntura yang simple, dan komedi yang sederhana dengan CGI yang hi-tech, John Carter aku cadangkan. Berpeluang menonton filem ini di Jitra Mall Cineplex, 14 Mac 2012, jam 3.40 petang di Hall 2. Pada pandangan aku, filem ini boleh tahan sajalah. Tidak memberi keterujaan yang amat, tetapi tidaklah juga membosankan. Sekadar mampu memberi hiburan sederhana dan bukan hiburan hebat.

3/5

2 comments:

  1. sy dh tgk filem ni.dlm kategori ok la & xbosan sbb sy minat aksi w.pon xbyk tp tetap layan juga. :)

    ReplyDelete

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS