Sekitar 12.30 tengahari 27 Mac 2012, aku macam biasa, jika berkelapangan akan melihat sama ada entry aku sudah mula menjadi bahan copy paste blog blog lain. Benda ini bukanlah benda yang besar, malah aku rasakan benda ini tak jadi masalah jika adanya backlink yang menjadi satu penghargaan buat karya asal. Selalunya, dalam berbanyak blog milik aku, blog Goofspot memang selalu menjadi mangsa (bukan selalulah, memang inilah satu satunya blog yang fofuler lah katakan). Goofspot ni ibaratnya bahan gadaian adminlah untuk membuka mata pembaca tentang penulisan movie mistakes nih. Tidak hairanlah bahan bahannya menjadi copy paste orang lain kerana ianya bukan satu kerja yang orang lain sanggup buat.
Namun, terkejut sangat sangat apabila admin terserempak dengan satu blog pendua, yang meniru dan mengambil habis semua entry admin dari blog Goofspot. Admin tak sangka pula ada yang sanggup membina laman web khas untuk Goofspot dan mengambil keuntungan untuk dirinya sendiri. Namun, setelah diperhatikan, dengan adanya kredit untuk laman web asal, admin maafkanlah. Sekurang kurangnya, apa yang aku sampaikan dalam Goofspot sampai ke pihak pihak yang belum lagi berkesampaian untuk membaca Goofspot.
screenshot Itsmefail...
Aku rasa admin Itsmesaiful yang menubuhkan Itsmefail nih memang seorang yang pemalu. Tau kenapa aku cakap macam tu, aku komen kat wall facebook dia tak pernah pun dia nak reply. Beberapa hari lepas adala aku tegur dia sebab dia tidak letak backlink untuk entry Movie mistakes Azura dan Final Destination 5. Mungkin geram sebab aku komen hampir setiap post di fanpage dia yang menyebabkan menubuhkan Itsmefail nih. Yela kot.. he
Maka selepas aku dapat tau tuannya adalah Itsmesaiful, terus aku g je kat fanpage dia dan tulis ayat ala ala terkejut. Yela, terkejut la sampai satu blog ko ambik. Ha3.
~haha~
Apapun, kalau nk buat blog khas macam ni, lain kali tanya la pendapat tuan punya. Kita orang melayu, buat biar berbudi bahasa sikit ok. Barulah aku tak terkejut bila wujud klon website ni. Aduhai. Apapun, aku tak kata apa yang dia buat salah ok. Selagi ada backlink dan kredit, aku rasa ianya tak ada masalah. Niat aku tubuhkan Goofspot itupun untuk buka pintu utk orang kita celik pasal movie mistakes.
Bila perkara ini terjadi, makanya itu tandanya....
~ Ain Fatihah - http://srikandiputri.blogspot.com/ ~
p/s: aku sentiasa cek dan tahu, blog mana yang copy paste. bagaimana caranya, itu biarlah rahsia...
kalu x silap aku, pemilik blog 2 seorag hacker yg penah godam fanpage artis yg byk peminat utk kepentingan sendiri iaitu menaikkan blog dia.
ReplyDeletemacam pernah dengar je owner blog tu.. tapi tak hingat kat mana.. memang kaki copy paste 100% nie..
ReplyDeletewow ! biar betul. o.O
ReplyDeletebetul-betul. kita orang melayu. kenalah berbudi bahasa, tanya tuan punya blog tu dulu.
Asalam..
ReplyDeletesebaiknay minta izin..ya..
itsmesaiful...memang slalu dgr gak nama blog tu..sepatutnya owner tu mention la dari mana dia dapat sumber2 tu semua...klu main copy paste je memang la kita pun hangin kan..kehkeh :)
ReplyDelete