Movie Mistakes

Thursday, November 24, 2011

Review: Misteri Jalan Lama

Genre fantasi, wow sukar sekali untuk mengangkat genre sebegini dalam industri filem Malaysia. Bukan apa, mentality kita selalunya akan menyamakan fantasi = karut. Tapi, bila kita pandang kepada filem luar, especially Hollywood, satu soalan yang sering orang kita tanya ‘bila Malaysia nak buat filem macam Hollywood?’. Jawapannya ada di sini. Daripada pengarah Papadom dan juga penerbit Hantu Kak Limah Balik Rumah, Misteri Jalan Lama mungkin akan menjadi kayu ukur sejauh mana genre fantasi mempu bertapak dalam industry filem Malaysia.


Afdiln Shauki akhirnya membuatkan aku rasa seperti there is nothing that we cannot do. Everything is possible. Untuk padankan magika dunia fantasi ala ala Lord of the Ring dan juga gaya fantasi Harry Potter, aku rasa Afdlin sudah sampai ke tahap yang maksima. Berjaya! Pada aku Misteri Jalan Lama adalah persembahan fantasi yang hebat selepas Hikayat Merong Mahawangsa.
Kisahnya bukan kisah biasa. Ianya tentang dunia bunian (puak Nian) dalam versi yang lebih indah juga gelap. Kematian Iskandar (Tamimi Siregar) menyebabkan dua beradik yang sudah menjauh kerana benci bersatu. Indra (Hans Isaac) terpaksa kembali ke pejabat bapanya, menuntut wasiat kerana dibelenggu along. Indra sebelum itu terpaksa bawa adiknya, Ilya (Que Haidar) untuk pulang ke kampung kerana dia tidak tahu memandu. Di tengah jalan, tiada siapa tahu dua dunia bakal bersatu. Usually kita dipaparkan dengan gaya seram makhluk halus, but this film… this is very cinematic.


Ada beberapa perkara yang aku ingin katakan tentang filem ini. Aku akui menonton filem ini yang durasinya 1 jam 40 minit ini ternyata memberi kepuasan dengan elemen elemen yang cukup tak diduga mampu dibina dalam filem Malaysia, specifiknya Melayu. Bukan senang untuk membina filem mengarut a.k.a fantasi sebegini dan mencantumkan elemen kemelayuan dalam beberapa aspek (jelas dilihat pada kostum puak Nian).

Dari sudut positifnya, ada beberapa perkara yang aku suka tentang filem Misteri Jalan Lama ini. Aku senaraikan di bawah:

Pertamanya, aku rasakan bahawa filem ini memang sebuah filem yang lain dari yang lain. Aku puas hati dengan sinematografinya. Itu kepuasan yang cukup maksima bagi akulah. Menyaksikan adegan Nam Ron si Botak dan Indra bermain judi itu cukup untuk membuatkan aku menyebut ‘wow’!

Keduanya, aku suka gaya Nam Ron. Nam Ron, gaya hang cakap utara memang best. Few words yang jarang disebut dalam dialek utara dalam filem seperti ‘Makala (bahasa standardnya Jikalau)’ dan few words dan intonationnya berjaya buat aku tersenyum. Tahniah untuk bahasa Utara yang memang pekat dan real. Ha3. Dan tahniah untuk 'makala' yang sukar nak dicari dalam filem lain. Ha3.

Ketiganya, skor muzik filem ini memang terbaik selepas Hikayat Merong Mahawangsa. Tidak dinafikan bahawa ianya sebuah skor yang cukup gah. Jablonsky dan Zimmer kalau dengar ni meleleh air kencing! Ehe. Tanniah Pacai!

Adegan asmara malam pertama Que Haidar (Illya) dengan isteri buniannya memang menarik. Taklah sampai terdedah sana sini. Cukup sekadar untuk memberi pemahaman tentang sesuatu yang berlaku malam itu. Awalnya tidak menyangka kehadiran babak minor sebegini, but kerja Afdlin untuk menggambarkan sensualnya malam itu menarik (macam tak perlu je point nih.. hmm). Ini rupanya faktor PG13 tu.. ehe... Itu ke empat!


Kelima, aku suka design dan imaginasi istana Dewata. Imaginatif dan luar kotak. The best dalam filem Malaysia.

Apa yang kurangnya tentang filem ini untuk berdiri sebagai sebuah filem fantasi aku lihat dari beberapa aspek.

Satunya, pelakon extra. Huh, serius aku dah menulis pasal benda ni lebih melebar Pak Lebar dalam review Merong Mahawangsa. Memang aku akui bukan senang untuk mencari extra yang cukup talented. But, at least, pelakon extra filem ni lebih baik kot dari pelakon extra Hikayat Merong Mahawangsa.

Keduanya, CGI memang aku tak nafikan bahawa kita masih di tahap yang masih awal dan perlu banyak mencuba. Dan aku akui CGI filem ini sederhana. Syot akar keluar dari tanah, durian jatuh dan syot Que Haidar masuk istana masih banyak kelemahan. Namun, the best CGI dalam filem ni adalah adegan flying ship puak Nian… Wow, terpegun dan terpesona!

Ketiganya, Harak punya vocal tak clear. Aku tahu logiknya suara Afdlin itu perlu ditebalkan namun aku rasa, suara tebal menyebabkan dialog Harak 90% sukar untuk ditangkap. Tanpa subtitle, aku rasa dialog Harak wasted macam tu je.

Keempatnya, design baju besi nampaknya seperti ada kebodohan. Maaf kepada costum designer. Perlu aku tanya di sini, perlukah baju besi itu ada puting tetek dan juga perut buncit beserta lubang pusat. Come on, fesyen baju besi apakah ini? Setakat baju besi ada puting tetek tu aku xde masalah. Tapi, kelakarnya, design baju besi kat perut tu macam kelakar. Perlu ke seorang pahlawan pakai baju besi yang menjatuhkan maruahnya? Maklumlah kat perut baju besi tu buncit.. Hmm.. at least, untuk paparkan kehebatan kaum alam lain ini, letak lah six pax menggantikan perut buncit tuh!.


Kelimanya, masih dalam rekaan kostum. Rekaan topi besi nampak jelas dibuat daripada kain getah. Harak kapak gerenti mampus. Cari maut kau g perang!.Dan, serius adegan Nasir Bilal Khan pakai kostum ‘tentera’ puak Nian tak fit langsung. Dah macam power rangers punya kostum. Dahlah sarung tangan, sarung kaki dan topi nampak lebih besar daripada lengan dan kaki Nasir. Kelakar siot.

Keenamnya, lompang plot. Beberapa persoalan belum dijawab. Setting alam Nian tak berapa jelas. Jika seperti yang disebutkan, Harak ingin kuasai dunia. Perkataan kuasai dunia itu terlalu besar. Persoalannya, dunia apakah? Dunia Nian? Jikalau dia nak takluk dunia manusia, kenapa tiada perperangan antara manusia?

Apapun, aku rasa kesemua tu bukanlah faktor yang mengiyakan bahawa filem ini tidak perlu ditonton. Misteri Jalan Lama menampilkan kelainan. Dan ambillah masa untuk terima fantasi Afdlin ini. Nilai mesejnya dan terima seadanya. Ianya sebuah filem yang masih ada mesej kekeluargaan yang jelas, terang dan nyata.

Aku suka bagaimana filem ini membawa mesejnya. Lakonan Que Haidar nampaknya cukup mantap digandingkan dengan Hans Isaac. Aku rasai ego dan emosi mereka dan wow, fantastic. Suka dialog Hans Isaac yang lebih berani dan bagaimana pendirian Que Haidar sebagai Illya. Apapun, lakonan dalam filem ini memang cukup puas hati.


Apapun, filem Misteri Jalan Lama nampaknya membuktikan kesungguhan Afdlin dalam membina genre fantasi. Aku akui masih banyak yang perlu diperbaiki namun filem ini adalah yang terbaik pada eranya. Mungkin beberapa tahun lagi, kita akan punya keupayaan CGI setara Hollywood, dan filem fiksyen mungkin lebih dibikin dengan mantap. Apapun, Misteri Jalan Lama memanggil-manggil untuk aku mengagumi karya ini, karya anak muda tempatan dengan imaginasi yang cukup luar biasa.

Memang aku akui bajet memang satu masalah utama untuk filem sebegini. Tetapi Afdlin sudah mampu untuk memberikan persembahan yang baik untuk bajet yang disediakan. Apapun, aku akui filem ini ada kekuatannya tersendiri. Ending filem ni nampaknya memberi peluang untuk second installment. Hope that beberapa kelemahan filem ini dapat diperbaiki. Berkesempatan menonton filem ini jam 4 petang di LFS Selayang Capitol, Selayang di Panggung 1, 24 November 2011. Filem ini sudah berada di pawagam bermula 24 November 2011.

4/5

7 comments:

  1. filem terbaru afdlin yg aku nantikan.tak sabar nak tgk. :)review yg menarik. :)

    ReplyDelete
  2. amat detail ulasannya. agak ragu2 ingin menonton sebenarnya...

    ReplyDelete
  3. x habih2 gambaq hantu kt malaysia ni

    ReplyDelete
  4. serius aku tak puas ati der.. starting dah elok da.. tup2 spoil ngan cgi gila yang ntah pape. suka nam ron blakon

    ReplyDelete
  5. terbaik dari ADLIN!!
    - Cerita ni banyak main angle kamera. - skor musik pun hebat kena dgn situasi.
    - Jalan cerita memang lain dari yang lain.
    - Skrip pun ok ada style hollywood skit especially masa borak dlm kereta (aku suka perhatikan skrip)
    - cuma Kostum je kureng sikit.

    Yang lain-lain TERBAIK!!

    ReplyDelete

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS