Movie Mistakes

Wednesday, July 6, 2011

Review: KL Gangster

Syamsul Yusof pandai bermain dengan idea idea baru. Bagaimana pengungkapan realiti bos bos haram ini nampaknya berjaya ditangani dengan baik. Idea KL Gangster ada kesegaran. Seharusnya aku merasakan bahawa KL Gangster antara filem yang terbaik dalam genre aksi di Malaysia. Teringat bagaimana di zaman 90an dahulu, bagaimana filem aksi yang selalu ditonjolkan menjadi floop sangat sangat walaupun ada adegan letup sana letup sini. Berbangga dengan karya Syamsul Yusof ini, antara yang menarik selepas Khurafat.

Dari kesemua filem Syamsul, aku amati bahawa pengarah muda ini punya permainan cerita dan juga cinematografi malah juga permainan skor yang mirip kepada filem arahan Michael Bay dan Jerry Bruckheimer. Apa persamaan Syamsul dan Michael Bay, persembahan dialog karakternya sentiasa tegang dan menjerit jerit. Perhatikan betul betul filem Michael Bay (Transformers, Bad Boys, dll), jarang kita lihat karakter bercakap dalam suara perlahan. Hah, begitu jugak dengan filem Syamsul Yusof!

movie mistakes dalam filem KL Gangster didedahkan:

Keajaiban kisah KL Gangster sebenarnya satu perkara yang cukup menarik. Satu satunya perkara yang aku sedar di sini adalah filem ini tidak mempunyai heroin, which in other words, tak ada masa untuk kisah cinta berlaku (kecuali cinta kepada keluarga). Sebuah perancangan yang tepat dalam perkiraan Syamsul Yusof kerana KL Gangster nampak hidup dalam dunia gelap yang diberikan oleh pengarah. Malah, kehidupan dilatari dengan dunia yang begitu caca merba, hitam dan ganas berjaya menambah perasa kepada filem ini.


Apa yang aku lihat pada filem ini, yang mana menarik peminat / penonton filem ke panggung wayang adalah pada jalan ceritanya, malah bagaimana karakter karakter itu dibina. Keseluruhannya, dengan filem yang hanya didirikan dengan kepelbagaian watak yang ada ‘anu’, filem ini nampak tegang dari masa ke semasa. Tiada masa untuk rileks dan beramah mesra dengan orang yang duduk di seat sebelah jika anda menonton filem ini di dalam panggung.

Syamsul Yusof cuba memberikan satu Evolusi KL Drift versi 2.0 dengan filem ini. Ya, walaupun filem drift aksi racing itu tidak ada kaitan dengan filem ini, a spark from that movie is the beginning for this movie. Aksi aksi dalam KL Gangster mampat dan tegang dan pelbagai. Adegan aksi dikoreograf kemas dengan stunt stunt yang nampak simple tetapi segar.

Sejauh mana Syamsul Yusof bermain dengan dialog, itu masih pada tahap lama. Apa yang aku lihat, filem ini punya satu aliran cakap cakap dialog yang terlalu ke’cina’an pada hampir semua karakter. Dialog masih lagi nampak ke’skema’an, namun no problem bro, i luv this movie bro...

Kalau bercakap pasal filem Syamsul Yusof, kita akan melihat dua perkara. Satu peranan Syamsul Yusof di kerusi pengarah. Satu lagi, peranannya sebagai seorang pelakon. Pada aku, tak semua watak mampu dibawa oleh pengarah ini. Serius, Shark is not suitable for you, Shamsul! Give a role to another actor, please... Kadangkala watak Shark bukannya nampak macam karakter jerung, tetapi nampak seperti karakter ikan tuna yang nak jadi jerung.

KL Gangster sebenarnya terperangkap dalam satu dunianya sendiri. Aku melihat binaan kisah ini nampak ada mesej tetapi diperangkap dengan beberapa percubaan untuk menyampaikan mesej itu sendiri. Awalan filem ini bermula dengan naration watak Malek yang cukup bijak untuk memperkenalkan karakter dalam filem ini. Binaan ini bagus untuk elakkan permulaan filem yang berjela jela. Namun, argh, potong stim pada naration Malek di akhir cerita. Ada sesuatu yang tak kena di situ. Do a film carry a message straightfully? For me, tak perlu... let the viewers judge on it.


Filem ini banyak dibantu skor yang memuaskan hati. Namun, jujurnya pengarah ini masih cuba menggunakan skor skor luar yang nampak masih biasa didengar di telinga. Come on, be like Hikayat Merong Mahawangsa please...

Jujurnya, filem ini keseluruhannya memuaskan. Menyukai watak Soffi Jikan, Adi Putra juga gaya lentok komedi Zizan. Aaron Aziz terbaik dalam penyampaian, wataknya memuaskan hati. Syamsul Yusof hanya sekadar biasa biasa, percubaan untuk menjadi gangster ganas tetapi tatu di leher lu wat gua tak takut r beb...

A must watch film, and a reasonable film to collect as a collection. Itu saranan aku. Filem yang berbaloi untuk ditonton dan dikoleksi. Syamsul Yusof masih mengekalkan kegelapan dunia gangster yang mampu untuk memberi nafas baru filem Malaysia. Keganasan KL Gangster satu kepuasan kerana filem ini adalah sebuah filem aksi yang begitu extrem. Penontonan KL Gangster bukan sesuatu yang membosankan. Lawaknya sederhana tetapi banyak membantu memberi balancing kepada perjalanan filem yang ganas. Tonton dan nilai karya Syamsul Yusof ini, berbaloi!

4/5

2 comments:

  1. kagum dgn scene aksi gadoh2 lawan2 especially part malek, mmg terpaku kjp tgk..aahhh kan baru prasan xda watak heroin, ok la tu, kdg2 bosan jgk tgk filem yg asyik main cinta..
    filem ni mmg terbaek !

    ReplyDelete
  2. best cite ni. memang enjoy abis laa.. pastu lekat laa trademark "syiall laa... puuiiihh ! " hehe :)

    ReplyDelete

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS