Karya Azahari Zain sebelum ini bergenre seram (Mantra) dan komedi (Zoo) rasanya hanyalah biasa biasa saja. Aku yakin dengan kebolehan Mantra lakonan Zul Handyblack yang nampak hitam tetapi masih mengekalkan cliché seram tetapi lebih hebat dengan bantuan CGI. Zoo pula hanyalah biasa saja walaupun ideanya nampak cuba membawakan komedi luar negara yang nampak janggal tetapi berjaya ditangani dengan adanya Lan Pet Pet. Namun, keseluruhannya Zoo sederhana, berdiri cukup sekadar filem ketawa yang mesejnya simple.
movie mistakes dalam filem 3,2,1 Cinta didedahkan:
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/07/321-cinta-2011.html
3,2,1 Cinta rasanya percubaan pertama dalam genre romantik. Kebolehan Azahari Zain memperkembangkan sebuah romantik komedi ini walaupun biasa biasa saja nampaknya masih mampu memberikan emosi. Ya, 3,2,1 Cinta bukan cinta biasa, ianya kisah perigi cari timba. Sebuah isu zaman sekarang dimana keadaan wanita dan lelaki berada dalam nisbah 37:1.http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/07/321-cinta-2011.html
Sejauh mana permainan fakta itu membentuk kisah ini, Azahari Zain sebenarnya hanya mampu untuk menonjolkan kisah tarik tali cinta yang biasa tetapi kali ini yang bezanya hanyalah si wanita yang mencari lelaki. Mungkin alasan ini boleh menjadikan filem ini unik pada tema, tetapi dalamnya 3,2,1 Cinta hanyalah sebuah filem romantik komedi biasa. Tema kisah cinta tiga segi wujud dalam filem ini, malah ada dalam banyak filem lain juga. Tak unik pada permainan emosi dan hanya lebih kepada pembesaran karakter Erra Fazira dalam Kuliah Cinta.
Sam seorang gadis tomboy yang dibela pakciknya. Perangai Sam yang kelelakian menjadikan Fariz sahaja satu satunya rakan baiknya. Di semester 1 kuliah, Sam mendapat tahu bahawa ramai wanita akan menjadi andartu jika nisbah wanita dan lelaki 37:1. Ditakdirkan Sam terpikat dengan Nazril, seorang anak yatim piatu. Sam cuba untuk memikat Nazril. Namun, dalam masa yang sama tiada siapa tahu hati Fariz yang dalam diam mencintai Sam seadanya.
Keseluhannya, babak babak dalam filem ini hanyalah biasa biasa saja. Uniknya tiada dan cukup hanya sekadar drama biasa. Tiada babak babak yang nampak segar dan boleh memberikan impak yang lebih.
Aku juga sebenarnya merasakan satu kejanggalan apabila ada beberapa dubbing yang nampaknya tidak kemas. Serius aku cakap bahawa dubbing filem ini terlalu cincai dan amatlah teruk. Bayangkan suara orang yang buat pengumuman berbunyi seperti suara orang biasa saja. Malah, dubbing beberapa pelakon extra juga nampak main main dan lepas tangan.
Lakonan Diana Amir kadangkala naik turun. Ada part yang boleh aku dapat feelnya. Keseluruhannya, gaya tomboinya menjadi, tetapi pada skala sederhana sahaja. Pierre Andre awalnya nampak main main. Tetapi makin cerita bergerak, nampaknya persembahan yang menarik mula tertonjol. Farid Kamil tenggelam. Entah kenapa, persembahannya lebih ditenggelami watak Fariz lakonan Pierre walaupun watak Nazril itu lebih ditonjol pada awal cerita.
Sejauh mana 3,2,1 Cinta mampu mengangkat Azahari Zain dalam genre ini? Pada aku, levelnya hanya sekadar biasa saja. 3,2,1 Cinta ada jiwa kadangkala namun ditenggelami cliche yang nampaknya cuba diberi refreshment. Kadangkala refreshment itu menjadi dan penonton berjaya masuk ke dalam emosi. Tetapi kalau ianya tidak menjadi, penonton akan jadi meluat. 3,2,1 Cinta ada fakta yang menarik untuk ditonjolkan, malangnya, tenggelam dek kebiasaan .
3/5
minat nk tgk... bukan x support local tp sbb trailer dia yg bosan..resepi crita budak2 kolej yg dah diguna pakai zaman 90an dan kush kush hota hai
ReplyDeleteadeiii.. nasib baik tak tengok.. lebih bagus tengok "SEKALI LAGI" jalan cite menarik, yg lain2 ok laaa try la tgk :D
ReplyDeletekurang minat cerita-cerita cinta ni...
ReplyDeletefisrt tgk iklan kt tv, rasa tak tertarik nk tgk even ada my favourite actor FK..xtau knapa..hoho
ReplyDelete