Movie Mistakes

Saturday, June 4, 2011

Sneak Peek: Abuya


Hari ni, kita akan lihat sedutan sebuah filem 'berani' mengenai seorang yang disanjung siapa lagi kalau bukan Abuya atau lebih dikenali sebagai bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang, May 2010 akibat kerana jangkitan paru-paru.



Ditangani oleh Imran Hj Ismail di kerusi pengarah, filem yang bakal mengisahkan kehidupan dari sudut sinema watak Abuya ini dibintangi Faizal Hussein sebagai Abuya. Selain itu, filem ini dibantu oleh Yang Kassim, Julie Aziz serta pelakon fevret datok Rozmey, Suhaillah Salam (yang seksi dalam 2 Alam tu!) dan ramai lagi. Akan datang dalam masa terdekat. Imran Hj Ismail, siapa dia? Dia adalah penulis filem 2 Alam. But don't worry, ini bukan diterbitkan Dr. Rozmey okeyh!! Hahaha... kualitinya macam mana? sama sama kita nantikan!

Di sebuah kampung bernama Kampung Bukit Lalang yang terletak di sempadan Malaysia Thai,10 KM dari garisan sempadan Thailand. Seorang peniaga bernama Abu Zakaria telah datang ke kampung ini dan berkahwin dengan Rubiah seorang wanita kaya di kampung Bukit Lalang. Selepas itu Rubiah menghantarnya ke Turki untuk belajar ilmu agama, tetapi bila dia pulang ABU ZAKARIA membawa pulang seorang perempuan GRO berbangsa Turki yang dijadikan isteri keduanya. Kepulangannya ke kampung membawa sedikit perubahan pada dirinya.

Dia telah menyerapkan unsur- unsur penyelewengan serta menyesatkan sebahagian penduduk kampung itu. ABU ZAKARIA telah menubuhkan markaznya sendiri yang diberi nama MARKAZ KHALIFAH dan mengelarkan dirinya sebagai ABU YA. Sejak terdirinya Markaz Khalifah ini, semakin ramai pengikut dari berbagai bangsa, agama atau pun keturunan yang mengikut ajaran sesat ABU YA. Dengan kebolehan luar biasa yang dipelajarinya semasa di Turki itu membuatkan ABU YA lebih kuat dan berkuasa. Dia bernikah lagi dengan Adawiyah anak seorang pejuang pemisah PATTANI dan mempunyai seorang lagi isteri bernama Suraya.

Kerana kesesatan yang melampaui batas segala kegiatannya telah diketahui oleh orang kampung dan pihak berkuasa Malaysia Thailand. Kehidupan songsang yang diamalkan oleh pengikut ABU YA telah menjadi daya tarikan dari golongan sampah masyarakat untuk menyertai kegiatan ABU YA. Markaz Khalifah bukan sahaja dijadikan pusat pemujaan tetapi juga menjadi pusat latihan perang yang lengkap dengan senjata api. Kisah ini bermula dari tahun 2002 dan telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa Malaysia Thailand pada Julai 2005 atas kesalahan ingkar dan cubaan merampas kuasa dari Yang DiPertuan Agong.. (sumber: SINEMA MALAYSIA)

14 comments:

  1. rasenye mcm 2 alam tu je...
    elemen seksi-seksa tu jadi umpan...
    sudah2laa filem2 cemni...

    ReplyDelete
  2. Mungkin dengan penampilan Faizal Hussein yang membuatkan filem ini menarik...

    ReplyDelete
  3. dah tgk trailer ni dulu...filem 2 alam mmg hampeh...filem ni cmne la agaknye

    ReplyDelete
  4. kite tgk je la nnty ape full movie nyer~

    ReplyDelete
  5. kita tunggu komen geng2 al-ikhwan pasal filem ni nanti..

    ReplyDelete
  6. alamak aiii, tengok trailer je dah tahu cerita ni jauh menympang dari abuya sebenar.
    haiz, diorang buat kajian tak before nak buat cerita ni?
    bila tayangan ni?

    ReplyDelete
  7. saye anak murid abuya,tapi kami xpernah berkemban atau pakai seksi2 even depan2 rakan perempuan,..malah,kalau xpakai stoking pon kami kena denda...kami punye asrama jauh dari asrama lelaki..dan abuya pakai serban sunnah rasulullah,bukak time nak tido je.malah abuya selalu pakai rida'..sesiapa yg x pakai kopiah kan org yg fasiq...sape yg buat filem ni,anda bersedialah jawab di akhirat nanti ye..

    ReplyDelete
  8. Setuju dengan Hanim_roslan. Cerita ni langsung takda kena mengena dengan realiti abuya sbnr!.
    sekiranya nak bercerita ttg ajaran sesat, tak perlulah cakap ajaran abuya. cerita ni lebih mcm Ayah Pin. bukan Abuya.

    ReplyDelete
  9. Kononya filem ini berdasarkan fakta2 dari peristiwa2 seperti Memali, Abuya Arqam dan Almaunah...
    Tetapi kesemua mereka itu iaitu Ust Ibrahim Libya, Abuya dan Geng Almaunah bukanlah ahli maksiat. Mgkin mereka salah sedikit dari segi pembawaan atau politik, tetapi mereka tetap orang yg menunaikan solat dan tidak melakukan maksiat.

    Oleh itu, pembuat filem ini dan penulis skripnya bersiap sedialah menghadapi dosa-dosa memfitnah.

    ps: entah2 penulis skrip dan pembuat filem ni pun jenis kaki disko atau kaki tonggang. Kalu betul, cermin diri tu dulu...

    ReplyDelete
  10. linda
    mmg citer ni mcm haram jadah. aku dh tgk semalam. pembikin cerita ni macam tgk mabuk hidu gam sebab, semuanya xde continuity dari satu babak ke babak yg lain. perempuan2 seksi tu xde fungsi. babak 18 tu pun xhebat macam Klip 3GP. polis yg datang lawan dalam minit2 terakhir tu ada seorang je. and ada hati lagi nak buat sambungan Abuya 2. dengan xde kualiti mcmni, siapa nak pergi tgk?

    ReplyDelete
  11. abuya (sebenar) ni sesat kat mana? saya masih tercari-cari lagi. saya takut filem ni jadi fitnah je.

    ReplyDelete
  12. salam sahabat semua, ini bukan jalan abuya sebenar walaupun ianya sesat, ini lebih ke arah ayah pin, tapi apapun tolong jgn sebut abuya, dah arwah dah org tu, setiap prg biat silap, dan boleh bertaubat, percayalah filem nie bila keluar confirm takkan boom, malah dibenci oleh org ramai.... yang pelakon pelakon nie agaknya sucike? tolong fikir sejenak....

    ReplyDelete
  13. pelakon pon minum arak da.. lebih sesat dari orang kapir da..mcm ni punya olang pon ada ka?

    ReplyDelete

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS