Satu lagi filem twist yang memang satu titian penontonan yang cukup menggeramkan (bukan spelling mistake, it’s not menyeramkan, tetapi menggeramkan). Karak membentuk satu lagi seram cara Yusry yang berbeza dengan norma seram Malaysia. Berkesempatan menonton filem Karak dalam versi DVD yang rasanya layak dibeli untuk koleksi. Keseluruhannya, Karak pandai memancing, sepertimana gaya Syamsul Yusof memancing penonton ke dunia fantasi keinsafan seramnya dalam filem Khurafat. Namun, apa beza Khurafat dan Karak, adalah bagaimana permainan twist itu sendiri. Apa yang sama antara Khurafat dan Karak? Sudah tentu la dua dua tajuk bermula dengan huruf ‘K’!
Karak ada gaya Scary Movie, ada gaya filem slasher sekali sekala ada gaya seram Hollywood. Aku sedar bagaimana penulisan Karak sendiri dipengaruhi pengaruh luar. Hantu berbentuk monster, adegan kemban (semestinya aliran seks lapisan paling nipis ini perlu untuk ransangan bagi filem ala Hollywood), dialog yang disusun kemas membentuk unsur keindahan dalam seram semuanya ada. Persembahan Karak bertaraf antarabangsa tetapi masih ada perangkap yang masih membenarkan penonton untuk duduk selesa menonton Karak sebagai sebuah filem Malaysia, dalam citarasa yang berbeza.
tonton trailer dan baca sinopsis di sini:
Bercerita tentang sebuah dunia reality bukan satu perkara yang senang. Karak itu wujud, dan kebenaran tentang misterinya itu… hanya Tuhan saja yang tahu. Namun, aku rasa kebijaksanaan Norman Abdul Halim menggarap skrip Karak ini adalah pada permainan reality-fantasi yang cukup menghiburkan. Ya, Karak pada aku bukanlah menyeramkan (walaupun moment seram itu adalah elemen penting dalam filem ini), tetapi ianya adalah sebuah filem yang menghiburkan. Serius, momentum seram itu hanyalah sedikit, tetapi masih membuatkan kita terlekat untuk menghabiskan filem ini sampai ke penamat.
Membaca lagak gaya dialog filem ini, ternyata susun aturnya kadangkala (maaf!) nampak terlalu skema dan teratur. Ada masa masa yang nampak janggal dan nampak pembinaan dialognya kurang baik. Ada dialog dialog yang nampak skema dan mengundang tawa. Mungkinkah ini satu kesengajaan? Watak lakonan undangan Sofi Jikan contohnya, ew meluat!
Namun, rasanya ramai yang tak ambil kisah pasal hal ni sebab Karak menyalut satu kesempurnaan ala KRU Studio’s, apa lagi kalau CGInya. Karak mempunyai satu permulaan yang cukup baik. Gaya intro kredit, juga kisah urban legend yang selalu kita dengar dipersembahkan dalam satu lakonan yang nampak meyakinkan.
Ceritanya mudah. Namun penipuan bijak nampaknya sukar dijangkakan. Itu keistimewaan Karak. Apa lagi yang Karak berikan, apa lagi kalau mesej. Terkejut dengan permainan mesej yang nampak begitu asing, tetapi berjaya menundukkan akal aku bahawa apa yang disampaikan dalam filem ini sebetulnya benar. Iya, mesejnya memang satu benda yang luar biasa. Yusry bukan hendak menasihat tentang bahana membela saka, hantu, jin dan iblis tetapi dia hendak berbicara tentang kepentingan memahami ayat suci lebih dari sekadar hanya tahu membaca. Dibelek belek, mesej dan filem ini nampak jauh panggang dari api. Namun, penghidupan karakter Sara itu sendiri (seorang ustazah ‘murtad’) sudah membantu membina mesej yang makin jelas makin hampir dengan penamat.
Tapi, jujurnya aku tidak dapat mencari moment seram yang mampu mengejutkan dan luruhkan jantung aku ke tanah. Tidak ada. Pembinaan twist itu hanya cukup sekadar untuk menghiburkan aku, sebagaimana aku menonton filem thriller biasa, dan bukannya seram yang dicanang trailer filem ini. Moment seram dengan membangunkan kelibat iblis dalam satu susuk orang tua yang amat menggerikan cukup hanya membuatkan aku tersenyum, tanda aku puas hati dengan make-up dan efek yang diberikan kepada karakter jahat tersebut. Hendak takut, jauh sekali.
Tak menyangkakan bahawa Shahir begitu jambu dalam kisah ini. Pemfokusan kepada Sara adalah segala galanya. Jack dan Ida lebih meyakinkan namun Shahir, OMG… better work up lah! You are so jambu sorry! Kellafairy dan Sheila Aiyob menjadi. Keseluruhan momentum lakonan biasa biasa saja. Maklumlah, sekadar menghiburkan saja. Aku tak dapat menangkap mood seram filem ini kerana banyak ditenggelami ayat melucukan. Sidek Hussin, watak yang kononnya menjadi permulaan segala urban legand hanya biasa biasa saja.
Keseluruhannya, Karak memang satu lagi roller coster yang cukup meyakinkan. Sebagai sebuah syarikat yang cuba membuka oksigen buat pembikin filem yang lemas terperangkap dalam kotak yang tertutup, Karak umpama pensel yang digunakan untuk cucuk kotak dan berikan oksigen. Sekali lagi, pada pandangan aku, Karak memang menghiburkan kerana elemen seramnya satu benda yang aku anggap kreativiti. Mengharapkan keseraman, jauh sekali. Hmm.. Karak maybe can be consider as a thiller yang menakjubkan kerana memasukkan elemen komedi secara seimbang dan sama rata. Percubaan berani, tetapi menjadi! Sebuah lagi kebanggaan Yusry, KRU dan Malaysia...
4/5
eheh. bolehla langgan kat astro 1st. ;) hr 2, xsmpt nk tgk kt pggg hr tuh. ;)
ReplyDeletedah donlod....oyeah!
ReplyDeletekagum dgn KRU !
ReplyDeletemasyaallah.. terkejut aku 4/5.
ReplyDelete