Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Seung-wan Ryoo
Pelakon | Hwang Jung-min, So Ji-sub, Song Joong-ki, Lee Jung-hyun
Walaupun aku bukanlah seorang penggemar filem Korea, aku akui ada beberapa filem Korea yang memang tidak dinafikan menjadi antara perkara yang memecah kotak skeptikal aku terhadap filem mereka. Dahulu, aku pernah tonton Train to Busan, cerita zombie yang memang membuatkan aku juga tumpang mengalirkan air mata meratapi watak-wataknya. Dan aku akui, dari situ aku mula menonton Descendant of the Sun, walaupun sekerat jalan.
The Battleship Island menarik aku untuk menonton kerana ianya dilakonkan oleh Song Joong-ki. Aku bukanlah nak menonton kerana aku peminatnya. Aku menonton kerana dengan adanya pelakon ini, sekurang-kurangnya aku tonton dengan mengetahui ada pelakon yang sebelum ini pernah aku tonton lakonannya. Dan ianya menambah keyakinan untuk menelurusi kisah Pulau Hashima.
The Battleship Island berkisarkan tentang kisah bagaimana usaha buruh Korea yang ingin melepaskan diri daripada bekerja di pulau Hashima yang juga dikenali dengan Battleship Island dek kerana rupanya yang seakan-akan kapal perang.
Secara keseluruhannya, kisahnya mudah sahaja. Namun, penonton terpaksa menunggu sehingga act ketiga untuk merasa kepuasan penuh filem ini. Permulaan filem diisi dengan komedi dan juga aksi-aksi lombong yang sangat best, tetapi dek kerana disulam dengan drama dan juga plot kecil yang memanjangkan filem, pertengahan filem ini kelihatan seperti agak panjang.
Pelakon Hwang Jung-min yang memainkan watak ketua kumpulan orchestra memang ohsem. Lakonannya bersama Kim Su-an berjaya memberikan emosi hubungan ayah anak yang memberikan resipi kababooom untuk penonton mengalirkan air mata. Ya, resepi yang sama juga digunakan dalam Train to Busan!
Filem ini juga menggunakan komedi untuk membawa penonton untuk berhibur sebelum ‘dibunuh’ emosinya di babak akhir. Ternyata, ianya akan membuatkan penonton merasa cemas dan belas kasihan dengan setiap watak.
Selain itu, korang akan dapat lihat bahawa filem ini dipenuhi dengan propaganda nasionalisma yang tinggi. Filem ini memang jelas mahu mendidik masyarakat Korea supaya bersatu dan tidak ditindas dalam apa jua cara. Dan ianya sesuatu yang bagus dan baik. Aku pun, walaupun bukanlah penduduk Korea rasa bersemangat menontonnya. Apatah lagi dah nak merdeka ni!
Memang tidak dinafikan bahawa menonton drama yang agak panjang sementara menantikan babak ‘bolos penjara’ itu sedikit lama. Tapi, kisah Hwang Jung-min dan beberapa plot kecil lain nampaknya dihias cantik untuk memberikan rasa yang baik. Memang penantian berbaloi kerana adegan akhir filem ini memang terbaik dan tidak mengecewakan.
Pertarungan antara pasukan Jepun dan juga pekerja Korea juga memang antara babak yang sangat-sangat epik. Semangat yang ditunjukkan dan juga kejahatan Jepun, walaupun katanya tidaklah sejahat itu dalam realitinya dipaparkan dengan baik. Kebetulan pula, Jepun pernah menjajah Malaysia dan semangat ‘benci’ itu berjaya untuk ditimbulkan kepada penonton.
Kalau nak dibandingkan dengan Train to Busan, filem ini masih menggunakan formula box-office yang sama. Watak-watak yang diberi peluang untuk menyerlah dan ‘berusaha’ untuk mempertahankan jiwa mereka dalam ‘penjajahan’ berjaya memberikan impak emosi. Namun, aku rasakan formula itu lebih berjaya dalam filem Train to Busan dan sedikit kurang menyerlah dalam filem ni.
Apapun, untuk sebuah filem patriotik aksi, filem The Battleship Island ni memang terbaik. Kagum dengan penceritaannya. Kagum dengan sejarahnya.
4/5
Untuk maklumat lanjut berkenaan filem ini, terus ke klink di bawah:
Rujukan Imdb: http://www.imdb.com/title/tt5969696/
Rujukan Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/The_Battleship_Island
Rujukan RottenTomatoes: https://www.rottentomatoes.com/m/the_battleship_island/
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS