Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Zulkarnain Azhar
Pelakon | Zul Ariffin, Izara Aisyah, Fazura, Farid Kamil
Polis Evo sebenarnya mencetuskan pelbagai fenomena. Apa tidaknya, filem itu akhirnya berjaya menunjukkan yang filem aksi yang blockbuster mampu untuk dibikin pembikin filem Malaysia. Ianya perlu seseorang pengarah yang memahami apa yang diperlukan oleh sebuah filem aksi. Maka, selepas Polis Evo, maka ini, sebuah lagi filem aksi, J Revolusi menjengah pawagam.
Ditangani oleh Zul Ariffin sebagai teraju utama, J Revolusi sebenarnya bukan filem polis berpasangan macam Polis Evo. Malah, dengan promosi yang aku rasa agak murahan apabila editing trailernya kedengaran meminjam lagu luar untuk melatari, aku tidak yakin J Revolusi akan memberi ruang kepada peminat aksi untuk dipancing ke pawagam.
Berkesempatan menonton filem ini di TVG Viva City, Kuching, aku sebenarnya menyatakan filem ini bukanlah setanding Polis Evo. Itu jika kau bandingkan keduanya. Tapi, aku rasakan bahawa membandingkan dua filem ini ialah satu perkara yang tidak seharusnya terjadi. Naskah Polis Evo dan J Revolusi harus dipuji dalam ruang masing-masing. Tiada persaingan siapa lebih baik harus terjadi.
J Revolusi ialah satu revolusi filem yang cuba bangkit dengan aura filem Polis Evo tapi, ianya 100% asli dan berbeza jauh daripada karya Ghaz.
Zul Ariffin boleh dikatakan berjaya menjadi pelakon aksi yang memang tidak perlu dibantu oleh sebarang pasangan. Dia nampaknya membuktikan yang memang ada pelakon yang mampu untuk memberikan aksi adrenalin pada setiap fighting scene dengan jayanya di Malaysia. Setiap lagak aksi yang dilakonkannya memuaskan. Cuma, kadangkala, ya, ada sedikit kejanggalan pada emosinya. Ibarat menonton Tony Jaa buat pertama kalinya menangis. Gitu!
Dari segi skrip, penulis skrip ini, yang juga seorang penulis yang pernah menulis naskah Juvana dan beberapa naskah filem yang menarik banyak meminjam elemen Hollywood dalam filem ni. Memang pada aku, apa yang dilakukan dengan mencampur adukkan pelbagai adegan yang boleh diingati dari pelbagai filem Hollywood, especially Mission Impossible membuatkan kau rasa macam tonton filem copycat. But, selagi aksi dan gayanya menjadi, aku accept saja.
Cerita ini bergerak dalam dua dimensi. Kau disajikan dengan kisah virus yang menjadi ancaman negara, dan sebuah kisah adik beradik yang complicated. Dua kisah ini sebenarnya perkara yang sangat bagus. Namun, pada pandangan peribadi, dua plot ini seakan terhimpit. Tidak diberi ruang secukupnya untuk berkembang dengan baik, dan hanya berselang seli untuk melengkapkan cerita.
Aku puji cerita adik beradik yang ditonjolkan. Pada aku, itu ialah plot yang paling besar daripada plot virus. Cuma, kadangkala, aku rasa macam feelnya sedikit kurang namun ianya masih berjaya.
Karakter dalam filem ni kadangkala tipikal, namun ianya masih mampu memberi ruang untuk kau rasa keindahannya. Skodeng memang meloyakan, tapi makin ke depan, lawaknya menjadi antara yang ok. Walaupun aku rasakan macam kebanyakan pelakon semacam tidak kena dengan watak yang diberikan, tabik pada setiap pelakon yang cuba melakonkan setiap peranan dengan baik.
J Revolusi antara filem yang memuaskan dari segi aksi. Walaupun agak kecewa dengan editing setiap hand to hand combat yang asyik zoom in je kalau Zul Ariffin menumbuk, setiap aksi yang dilakonkan dikoreografikan dengan cantik. Malah, aksi-aksi dalam filem ni boleh dikatakan non stop. Puas hati jugalah menonton adegan kat Time Square tu walaupun ada beberapa scene yang agak janggal yang jelas nampak penggunaan tali keselamatan walaupun ianya dipadamkan guna CGI.
Apa aku boleh cakap, kalau kau nak filem yang ada momen yang boleh buat kau bersembang dan ingati selepas menonton, J Revolusi ada semua itu. Adegan bertarung atas kren, roller coster virus, dan juga adegan Mission Impossible yang menampilkan Hans Isaac sebagai cameo antara perkara yang menarik untuk ditonton.
Aku juga agak sangsi dengan adegan terakhir filem ni yang mana kontinuitinya agak janggal. Tapi, tak mengapalah, husnuzon sahaja. Hahaha!
Bukan senang untuk sesebuah filem kita untuk mencapai tahap ini. Kita selalu bertanya, kenapa negara lain mampu buat, tapi kita tidak? Jawapannya, kita sebenarnya dah ada filem sebegitu, Cuma kau belum buka mata. J Revolusi pada aku ialah sebuah filem yang well imagine, but not very well executed. Tapi, ianya masih menghiburkan untuk ditonton.
Sebuah popcorn movie yang hampir berjaya! Bravo! Ianya revolusi. Moga ada lagi filem sebegini di masa depan.
4/5
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS