Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Shadan Hashim
Pelakon | Pekin Ibrahim, Atikah Suhaime
Selepas beberapa lama aku berhenti menonton filem MIG, rupanya, MIG tidak pernah berubah. Tak ada benda baru yang mampu menarik perhatian dan menjadikan filem-filem terbitannya nampak semakin matang selaras dengan semakin meningkatnya usia syarikat ini. Aku memilih untuk menonton Volkswagen Kuning kerana aku rasakan ianya mungkin nampak segar dan baru. Malangnya, aku kecewa.
Sebelum aku bercerita mengenai kekecewaan, aku ingin menyatakan bahawa idea filem Volkswagen kuning dalam filem ini jauh menyimpang dari cerita asal yang selalu kita dengar. File mini bijak dari segi itu kerana ianya menggunakan kereta itu hanya sebagai rantai untuk mengheret penonton untuk menonton padahal resepi ceritanya berbeza.
Walaupun berbeza dari kisah urban legend yang selalu kita dengar, plot cerita filem ini tidaklah berbeza mana. Ianya mungkin ditulis oleh tangan-tangan biasa yang pernah menulis Sumpahan Kum-Kum, ataupun apa sahaja filem seram serius yang terlintas di fikiran. Watak-watak yang menyimpan misteri, flashback tentang perihal sebenar kejadian, dan pengakhiran yang tergesa-gesa ialah perkara biasa yang juga dapat dilihat dalam filem ini juga.
Ketika filem ini bermula, aku sebenarnya tidak nampak apa yang best pun pada filem ni. Tetapi, semakin ianya ke tengah, plotnya makin bagus tetapi ianya dibunuh oleh ending yang mendukacitakan. Banyak plot hole yang entah apa-apa dan tiada penjelasan munasabah. Jika cerita ini berkait dengan tunang watak Pekin, kenapakah watak ayah Pekin tidak diperkenalkan awal lagi?
Malah, jika cerita ini ada kena mengena dengan kisah zaman dahulu, dan ianya bersifat peribadi, kenapa dia perlu mengganggu orang lain dan tidak hanya tuning Pekin seorang sahaja?
Ceritanya tidak all out dan dibina dengan kadar biasa. Momen yang harus diberi penekanan nampaknya dibuat sekadar memenuhi syarat. Malah, twist pada ending filem juga nampak tidak meyakinkan dan membuatkan penonton macam aku rasa macam nak tumbuk-tumbuk dinding. Ending macam harem!
Dari segi visual, tiada apa yang harus dibanggakan. Kerja kameranya macam biasa sahaja. Tiada apa yang menarik cuba disampaikan. Asalkan boleh ambil gambar, ambil saja. Pembaharuan tiada langsung.
Kekurangan juga ada pada dialog-dialog yang memang skema dan juga dubbing yang memang lahanat nak mampus! Dialog seperti tak ada aura dan nampak dipaksa untuk memasukkan klu serta menyumbang kepada pergerakan cerita. Pekin yang memang aku tidak nafikan mempunyai lakonan yang sangat power pun jadi lemah. Aduhai!
Tiada apa yang bagus dalam filem ni kecuali hiburan tahap drama swasta yang tergesa-gesa. Keseluruhannya, aku tidak menyatakan yang filem ni sampah. Ianya memang hampir kepada tahap itu tetapi ianya tidaklah busuk sangat pun. Boleh ditonton ringan-ringan sambil sembang-sembang dan tidak serius. Cuma janganlah mengharap sesuatu yang baru dalam filem ini.
3/5
bagus ulasan dari bro khairul.. aku sebenarnya dlm dilema utk pergi menonton filem volkswagen kuning ni di pawagam..
ReplyDeletenak pergi ke tidak.. nak pergi ke tidak..!!
tapi kini semuanya sudah jelas, melalui komentar yang kubaca disini..
terimakasih bro, krn telah menghapuskan kesan dilema aku sebelum ini..
so... tak yah gi tengok lagi baik kan bro.. kipidap
btw.. jom singgah ke blog yusrina.. ada discography Y&T dari USA
Nice review. Kalau 3/5 tu memang sedang2 orang bilang. Hahahaha. Btw, macam lama dah tuan tak ulas filem MiG. hehehehe.
ReplyDelete