Movie Mistakes

Monday, May 9, 2016

Review: Captain America - Civil War

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Joe Russo, Anthony Russo
Pelakon | Chris Evans, Robert Downey Jr, Scarlett Johanson, Elizabeth Olsen

Filem ini sebenarnya antara filem Marvel yang ok. Apa yang ada dalam filem ni ialah perkenalan kita dengan Black Panther dan juga Spidey. Aku pasti, antara penyebab yang menyebabkan korang nak tonton sangat-sangat filem ni ialah dua superhero tu. Aku pun sama. Walaupun aku menonton agak lewat, aku rasa Marvel tidak mengecewakan aku sepertimana Thor, yang personally pada aku antara watak paling aku cemuih! 

Captain America ialah The Avengers 3 sebenarnya. Aku tidak berapa nak setuju kalau filem ni dinamakan Captain America. Ianya sebenarnya tidak banyak pun memaparkan cerita pasal Capt. Hanya minit-minit terakhir sahaja menjadikan filem ni milik Capt sepenuhnya. Separuh dari filem dijadikan ruang untuk setup plot yang membawa kepada pertempuran dua side of The Avengers. 

Aku tidak nafikan filem ni antara filem yang ada aksi lawan-lawan yang terbaik dalam dunia Marvel Universe. Filem ni kurang tembak-tembak. Apa yang disajikan banyak kepada hand to hand combat yang memang ohsem. Rasa macam tonton filem The Raid mahupun Ong Bak versi superhero. Memang ohsemlah part ni! 

Malah, filem ni ada cameo yang memang sebenarnya membuatkan aku rasa teruja. Perkenalan kita dengan Black Panther dan juga tertunggu-tunggu akan Spiderman antara x-factor filem ni. Walaupun dua watak itu sebenarnya hanya ‘singgah sebentar’ dalam cerita sebagai introduction kepada filem mereka nanti, ianya dibina dengan cukup baik. 

Kasihanlah kepada Captain America yang tidak berapa nak menonjol dalam filemnya sendiri. Aku nampak Tony Stark lebih besar kisahnya dan walaupun Captain America ada rakan baiknya yang jadi jahat itu, mereka nampak masih tidak menyerlah. 

Filem ni kurang melucukan pada aku. Spiderman dibawa untuk menyuntik kelucuan. Begitu juga dengan Antman (lebih serius sikit dari filemnya yang asal). Malangnya Spiderman agak melampau-lampau dan selalu merosakkan mood pergaduhan. Betul, ianya sebuah ruang untuk memperkenalkan watak ini. Tetapi, kalau sampai dah naik menyampah, baik toksah masuk beb! 

Adegan di lapangan terbang sangat-sangat kurang impak. Entah kenapa, adegannya tidak terlalu fast paced dan selalu sahaja diganggu oleh Spidey yang nampak tak akil baligh lagi tu. Apapun, nasib baik pergaduhan itu hanyalah sebahagian sahaja dari pergaduhan yang ada dalam filem ini. 

Tony Stark dalam filem ini diuji tentang kemegahannya dan juga persahabatan. Dia diuji apabila dia ketahui satu rahsia yang mampu merosakkan persahabatannya dengan Captain America. Plot ini sebenarnya plot besar yang lambat untuk nampak apabila pada awalnya banyak setup yang diperlukan sehinggalah sampai kepada perkara yang sebenar. 

Apapun, Civil War memang sebuah filem superhero yang best. Ianya bukan lagi sebuah filem penghabisan kepada universe Marvel. Apa yang ada dalam filem ni pasti buatkan kau rasa tertunggu-tunggu Black Panther dan juga filem Spidey (aku tak tahulah suka ke idok ke Spidey jambu tu nanti). Civil War memang terbaik. Antara finest superhero filem yang dibikin Marvel. 

4.5/5

2 comments:

  1. Salam Cikgu Man(betulkan?hehe).. Mungkin komen saya tak ada kaitan dgn review tuan di atas.. Saya selalu juga jenguk2 blog tuan ni sejak dari tahun 2013 lagi, kira mcm pembaca setialah dkt movie reviews drp tuan. Kenapa akhir2 ni, mcm tuan dah jarang review movie? Kalau ada review pun, lebih kpd movie2 blockbuster atau movie2 latest yg menjadi tumpuan. Saya rindu sebenarnya nak baca review drp tuan lebih2 lagi utk movie yg underrated mcm dulu2. Itu saja hehehe

    ReplyDelete
  2. Actually civil war ney pun sebab dari komik sebab tu durg tak jenama kan. Avengers..kehadiran spider n antman memang menceriakan suasana dan dlm film ney hanya menunjuk pengenalan pada spidey dan black panther dan tidak antman(sbb da ada diceritakan dlm movienya) tapi saya tetarik dengan 1 karakter bg saya antara yg mencetuskan konflik iaitu wanda (wanda ney spesial kes sbb dia x de topeng maybe marvel nk kekalkn ciri2 mutan..walaupun durg x de right..lepastu karakter vision agak twist karakter at situ

    ReplyDelete

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS