Pengarah | M Hitler Zami
Pelakon | Beto Khushairi, Remy Ishak, Sofi Jikan, Shashi Tharan
Lama benar kita tak disajikan dengan filem military yang memberikan rasa cinta pada negara macam Bravo 5. In fact, walaupun Shuhaimi Baba ada juga menyajikan filem patriotik, kebanyakannya lebih kepada cerita kisah benar tentang tragedi sebelum merdeka. Embun arahan Erma Fatima antara filem yang gah. Malah, kalau nak dibandingkan Bravo 5, Leftenan Adnan ialah filem yang layak.
Kalau nak bandingkan Leftenan Adnan dan juga Bravo 5, pada aku dizamannya, Leftenan Adnan adalah sebuah filem yang ada semangat dan juga besar jiwanya. Bravo 5 dilihat cuba bergerak ke arah itu dengan cuba untuk menjadi Malaysia punya versi Act of Valor. Dari kisah tentera biasa, Bravo 5 kini lebih berfokus kepada 5 komando dalam misinya.
Apa yang aku tonton ialah sebuah filem yang ada semangat baru. Kebanyakan adegan dalam filem ni sebenarnya perkara-perkara baru dalam cinema kita. Baguslah, ada juga pembaharuan yang dicuba sedaya upaya. Tetapi, sepertimana orang lain cakap, aku rasakan Bravo 5 masih belum dapat menandingi roh Leftenan Adnan mahupun Embun.
Filem Bravo 5 berdiri dengan pembaharuan dari pelbagai aspek. Cinematografinya, mahupun adegan-adegan yang sadistic dan mengerikan, juga kisah penyatuan semua kaum di Malaysia yang dilambangkan lima komando kita. Malah, penggunaan CGI dan juga adegan tembak menembak dalam hutan antara perkara yang jarang kita saksikan dalam filem Malaysia. Bagus!
Tetapi, apa yang melumpuhkan Bravo 5 ialah garapan plot dan juga suntingannya. Pada aku, plot Bravo 5 terlalu besar namun seperti dipendekkan dalam masa tayangan. Lima komando dengan lima latar belakang bersatu untuk satu misi. Penyampaian back story setiap watak pada aku sangat gagal malah ianya merosakkan mood aksi-aksi yang dipaparkan dalam filem ni.
Malah, adegan ada juga bahagian penggunaan CGI yang dilebih-lebihkan dan menimbulkan rasa fake terhadap sesuatu adegan. Lagi, scene darah yang asyik muncul dari bawah screen setiapkali adegan punching sangat menjengkelkan.
Lakonan pula timbul tenggelam. Tidak ada karakter yang menjadi ketua, dan tidak ada seseorang pun watak yang ingin timbul . Masing-masing tenggelam dengan ‘saling bantu membantu’ dan ianya sangat-sangatlah merosakkan mood. Tiada paparan tentang persahabatan mereka yang mampu untuk membuatkan aku rasa sebak mahupun respect kematian setiap watak.
Soffi Jikan sangat menjengkelkan. Pada aku, dia masih ada debu debu KL Gangster yang masih terlekat pada dirinya. Namun, aku suka kematiannya yang tragik!
Adegan tembak menembak pada waktu malam ialah adegan yang paling merimaskan dalam filem ni. Kalau adegan fighting one to one tu aku boleh terima lagi even ianya hanyalah koreografi yang biasa sahaja. Adegan tembak menembak tu nampak berkecamuk dan aku hanya dengar bunyi tembakan tetapi apa yang mereka buat, secara taktikal dan penceritaannya tiada.
Justeru itu, aku rasa Bravo 5 ialah sebuah filem yang gagal untuk menghidupkan patriotismenya. Ada percubaan yang aku nampak, tapi ianya asyik mati di tengah jalan. Skripnya seharusnya lebih mantap dengan penerapan pada persahabatan dan juga patriotismanya. Tabik spring lah pada adegan kekejaman Bintang Tiga yang dipaparkan dengan sangat berani dan juga boleh tahanlah ngeri.
Tetapi, aku masih kurang berpuas hati dengan Bravo 5 dan berharap ada filem lain yang mampu menandingi filem ini kelak.
3/5
suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
untuk senarai buku: klik sini
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS