Movie Mistakes

Thursday, July 16, 2015

Review: Ant-man

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Peyton Reed
Pelakon | Paul Rudd, Michael Douglas, Evangeline Lilly

Aku tak meletakkan harapan yang tinggi dengan filem ni. Bukan apa, Guardian of the Galaxy dari penerbit ni, yang merupakan pecahan ‘jauh’ dari dunia Stark dan rakan-rakannya agak kurang menjanjikan kenikmatan. Ditambah dengan watak fiksyen yang berat dan konsep universe luar tabii yang penuh dengan wajah-wajah kesayangan hamba yang pelik pulak tu!

Tapi, lepas tonton Ant-man, aku rasakan yang yeay, aku kembali jadi budak-budak semula. Pada aku, inilah filem superhero Marvel yang begitu mudah dan simple. Pendek kata, bagi yang baru nak mula belajar dan masuk ke dalam Marvel Cinematic Universe, Ant-man adalah filem yang korang senang nak catch-up dan follow.

Menonton Ant-man ni macam menonton filem Honey, I Shrunk The Kid versi superhero. Kisah superhero kecik besar, kecik besar yang berkawan dengan semut ni memang agak pelik dan kurang masuk akal. Namun, untuk sebuah filem hiburan ringan yang menjanjikan kesenangan emosi, filem ni layak untuk ditonton. Dalam filem ni ada elemen keluarga, dan juga mesej sempurna macam filem remaja Disney. Tetapi, orang dewasa pun boleh layan!

Plot filem ni pada aku boleh disifatkan simple dan sangat mudah. Even orang tua nyanyuk pun boleh faham kalau korang tak tonton filem-filem Marvel sebelum ni. Kisah Scott Lang yang mencuri dan terpaksa jadi Ant-man untuk mencuri lagi memang menarik. Pada awalnya, aku tidak rasakan tarikan pada plotnya. Namun, semakin lama plotnya berkembang, filem ni menjadi lebih entertaining.

Good job pada komedinya dan juga suntingan. Komedi dalam filem ni sangat sangat menjadi. Tak macam aku rasa dalam filem Guardian of the Galaxy yang seperti dibuat-buat dan pelik. Watak Scott Lank, Dr. Pym dan Hope bergabung cantik dalam situasi-situasinya. Malah, apabila ditambah pula dengan kegilaan tiga rakan Scott tu, filem ni punya komedi bertambah baik dan mengundang tawa.

Dari segi visualnya, filem ni berjaya menampilkan CGI yang memukau. Kalau tonton 3D rasanya boleh layan. Adegan Ant-man dalam tub, dan juga pertarungan akhir yang hebat tu memang puas hati apabila menonton. Tapi, kalau nak kata adegan yang paling unik sekali pada akulah ialah adegan rakan Scott yang perasan hebat tu narrate flashback. Itu ohsem dan kreatif, habaq hang!

Lakonan Paul Rudd memang tak dapat dinafikan memang antara perkara yang menonjol dalam filem ni. Perkembangan wataknya sendiri serta konflik yang dipaparkan sangat menjadi dan memang selayaknya dia berada di dalam filem ni sebagai Ant-man.

Sepanjang aku menonton filem ni, memang aku mulanya ragu dengan kekuatan filem ni pada mula filem. Tapi, semakin filem ni bergerak, filem ni memang buat aku ketawa dan rasa kagum dengan superhero pelik ni. Ianya seperti sebuah filem superhero kanak-kanak untuk dewasa dengan selingan elemen kekeluargaan yang perfect!. Aku terhibur dengan komedinya! Korang pasti juga rasa perkara yang sama.

Akhirnya, Ant-man berjaya memberi kesegaran kepada universenya. Tahniah! Aku rasa inilah filem superhero Marvel paling kelakar setakat ini.


4/5

p/s: filem ni ada mid-credit scene. jangan bangun dari seat dulu kalau tak nak ketinggalan. ada post-credit scene juga (sob3, tak sempat tonton sebab ingatkan takde)


suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

2 comments:

  1. tgk trailler best.. tapi tak sempat nk tgok full movie lagi..

    ReplyDelete
  2. Post credit scenenya menunjukkan kawan Captain America, Bucky @ Winter Soldier dah kena tangkap dengan Falcon & Captain America. Tangan robotnya kena pasung dengan alat khas. Seterusnya Captain America & Falcon berbincang bagaimana nak beritahu Tony Stark (Iron Man ) tapi tak boleh secara terus sebab ada halangan (halangan itu akan dijelaskan dalam filem Captain America tahun depan). Falcon cakap dia tahu siapa yang boleh buat (iaitu Ant Man).

    ReplyDelete

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS