Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Joss Whedon
Pelakon | Robert Downey Jr, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo
Aku rasa Joss Whedon ni paham kot keinginan aku untuk tengok The Avengers ni lebih kepada aksi dan bukannya sebuah reunion yang hanya sekadar nak masukkan semua superhero dalam satu movie. Kalau korang tengok review The Avengers (di sini), secara jujurnya aku adalah antara 1 dalam sejuta yang tidak menggemari The Avengers yang pertama. Sebab musababnya better korang bacalah. Tidak perlu cakap banyak, jom ke Age of Ultron.
Yeay! Inilah yang sepatutnya Joss Whedon bagi kepada aku. Lot os action dan juga drama yang lebih umph dan juga menghiburkan.Age of Ultron memang menepati citarasa aku sebagai sebuah filem superhero yang bergabung secara sempurna. Tiada overshadowing berlaku walaupun aku tengok Tony Stark lebih menjadi tunjang besar kepada seluruh cerita.
Well, aku akui filem kali ni nampak cergas dan cerdik. Sebagai plot tengah yang akan membawa kepada Infinity War yang akan datang, Age of Ultron adalah sebuah filem yang berkembang, tetapi pada masa yang sama berjaya untuk membawa sebuah kisah yang ‘tunggal’ dengan jayanya. Disamping melihat keghairahan Ultron cuba menakluk dunia, cerita ini memperkembangkan universe Marvel. Semakin besar dan ‘weird’, tapi aku rasa ‘superhero’ fan mesti suka. Aku? Biasa biasa je.
Filem kali ni juga memberikan cerita yang lebih berat. Cerita tentang kuasa yang lebih kuat dari kuasa yang ada. Kisah tentang superhero yang tidak mampu untuk melawan kuasa jahat kecuali dengan bersatu. A bit like Iron Man 3 punya idea, yang lebih nampak sedikit heavy namun masih boleh menghibur dengan aksi yang agak puas hati! Puas hati kerana kejahatan Ultron memang besar lebih dari Loki pada Avengers pertama.
Setiap scene dalam filem ni, sebenarnya berisi. Adegan yang pada aku nampak macam sengaja diadakan, macam The Hulk vs Iron Man yang aku rasa sekadar entertainment ada sebab musababnya. Adegan Thor pergi ke universiti, even macam kosong, ada isinya yang akan lead kepada filem seterusnya. Jadi, percayalah, watching Age of Ultron akan menyebabkan korang bertanya2 apa dan kenapa. Jawapannya, filem seterusnya lah.
Aku suka aksi besar filem ni. Walaupun memang nampak mengarut, adegan itu sebenarnya lebih baik dan gruesome daripada adegan New York. Joss Whedon membawa sebuah aksi yang besar seolah-olah melihat semua Avengers berada dalam sebuah filem perang fiksi yang sangat realistik dan menakjubkan. Adegan akhir yang dihiasi komik komedi, babak pertarungan, drama tangis dan juga visual yang superb memang enjoylah!
Filem ni jugak menghimpunkan cameo yang agak banyak. Namun, dengan script yang well done, semuanya nampak sekadar cameo dan tidaklah menyerabutkan filem. Tapi, aku rasa, sekali sekala semak tu muncul juga. Cuma belum sampai ke tahap betul-betul semak dan rimaslah.
Oh, antara yang korang harus tengok ialah The Twin. Karakter yang sebenarnya berada dalam universe X Men ni sebenarnya antara perkara yang menarik dalam filem ni. Semangat adik-beradik yang sebenarnya membawa kisah mereka ke satu tahap yang aku tak expect akan sampai. Ada juga romantika si Black Widow yang bunganya cantik. Malah, Hawkeye yang takde single movie pun dilebihkan kisahnya!
Dengan skrip yang agak baik dan digarap dengan sempurna, Age of Ultron memang sebuah filem yang lebih baik dari yang pertama. Age of Ultron memang sebuah filem yang menghiburkan dan memberikan keterujaan untuk korang semua menunggu Infinity War. Pada aku, Joss Whedon sudah berjaya menarik minat aku untuk menonton The Avengers. Macamnilah baru betul.
4.5/5
suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini
avengers pon same,, terlalu mengecewakan,, melebihkan aksi sahaja,, sbb filem ni cume cross line, 1 Filem yang diperlukan untuk memperkenalkan watak2 akan datang, pembentukan avengers baru, pengenalan vision tuk big role akan datang, perkaitan dunia thor akan datang (ragnarok), perselisihan antara tony dgn kapten amerika (civil war), pada aku filem ni kosong je,, cume berlawanan,, lawan,, motif ultron pon xjelas, nmpk ultron wujud,, tibe2 kate nak musnahkan dunia,, 3 bintang je,,
ReplyDelete