Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Jonathan Liebesman
Pelakon | Megan Fox, Jeremy Howard, Tony Shalhoub
Nah, apa lagi yang boleh diharapkan kalau Michael Bay ada di belakang Teenage Mutant Ninja Turtles. Sebuah lagi karya ala ala Transformers yang boleh dikatakan macam satu usaha untuk menunjukkan yang tanpa Michael Bay di kerusi pengarahnya, filem akan jadi lebih baik. Tapi, sepanjang menonton TMNT ini, aku rasa ini hanyalah cermin kepada Transformers. Dari gaya pengarahannya, semua cara persembahannya, ianya hanyalah sebuah lagi Bay’s film dari Liebesman.
Im one of Bays fan, tetapi aku expect something yang lebih baik dari ni. Ok, dari ceritanya sahaja, aku rasakan TMNT hanyalah sebuah filem reboot yang sangatlah biasa. Mana tidaknya, kalau korang orang Melayu, kenal Professor Klon dan Cicakman, maka korang akan sedar yang plotnya lebih kurang sama. Tidak ada cara untuk menjelaskan persamaan ini, tetapi kesimpulannya, plotnya hanyalah satu benda yang ringan dan kurang original.
Malah, wataknya, Megan Fox dan seluruh alam TMNT nampak seperti tidak ditekankan dengan benar benar kuat. Sepanjang aku menonton, aku rasakan seolah olah aku tertinggal banyak benar babak babak penting. Macam sebelum TMNT ada satu lagi filem yang menjelaskan semuanya. Padahal, ini ialah filem reboot yang pertama! Maaf aku cakap, TMNT tiada penekanan pada watak, dan semua penyu penyu tu, satu pun kau takkan dapat rasa feelnya.
Aku tak juga rasa yang muzik Brian Tyler mampu memberikan roh yang benar benar kena dengan filem ni. Entah kenapa, rasa kosong dan tidak betul betul kena. Mungkinkah Jablonsky dan Zimmer juga yang selayaknya berada di sini?
Namun, for all Bays fans, korang akan rasa puas hati dengan gaya visual filem ni. Liebesman pun sudah menjadi seorang lagi Bays. Aku suka kerja kameranya yang agak kasar dan kelam kabut dan syot syot yang memang ikonik. Macam filem ni Michael Bay punya pulak! Adegan truck menuruni curam tu antara babak yang best dan memang super ohsem dalam filem ni. Memang tapik kepada Lula Carvalho yang memberikan sinematografi yang superb!
Malah, disebalik plot yang memang budak budak punya barang, aku rasakan yang komedinya kadangkala memang menjadi. Telatah empat orang penyu ninja ni memang melucukan dan walaupun sesetengah orang akan cakap yang lawak tu akan membunuh originality ninja turtle, aku rasa sebagai fans Bays, aku accept it!
Megan Fox memang akan mengembalikan kenangan Transformers. Tanpa Wicthwicky seperti dalam Transformers, pelakon ni memang nampak keseorangan tanpa pelakon lelaki yang betul betul serasi. Aku rasakan yang dia hanyalah berada di sini supaya peminat TF menonton filem ni dengan harapan mengembalikan ‘sejarah hitam’ yang berlaku.
Apapun, kalau nak harapkan filem ni hebat sangat, memang tak boleh. Sebab ianya macam ditarget untuk hiburan kanak kanak. Super ohsem pada visual, go Bay! Kau hebat! Namun, originalitinya sangat kosong. Cerita recycle. Melayu pun dah buat lah plot ni! Namun, untuk sebuah lagi filem Liebesman, aku rasakan yang pengarah ni mampu untuk membentuk filem ni lebih baik, kalau Bays tak biaya.
3.5/5
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS