Pengarah| M Subash
Pelakon | Mak Jah, Sura Sojangi, Kalpana Sundraju, Naqia Nasution
Sesungguhnya aku rasa lega bila M Jamil sudah berhenti buat filem hantu. Aku rasakan demam filem hantu yang pakai manusia ni dah habis. Bila M Jamil dah terkubur, tiba tiba muncul pulak sebiji lagi. Mungkinkah M Jamil ini geng Hydra yang terkenal dengan motto kalau potong satu kepala dua lagi akan tumbuh? M Subash ialah kebangkitan M Jamil dan seseorang, please stop this man from making movies yang menipu pengguna panggung.
Amat merugikan kalau kau sebenarnya rasa teruja dengan M Subash. Malah, aku rasakan siapa yang taksub dengan filem M Subash hanyalah mahu menonton adegan adegan berahi yang diletakkan menggunakan pelakon non Malay yang memang tak nampak horny mana pun. Malah, pengarah ini juga tidak mampu untuk bikin filem yang benar benar filem sebab filem ni hanya layak berada dalam panggung experiment budak budak universiti.
Kau nak orang bayar untuk tonton filem kau, then kau letak pelakon yang entah mana mana datang. Muncul di kaca tv pun tidak, muncul di layar besar lagilah tidak. Dan kau nak orang rasakan yang filem ni berbaloi untuk sebuah penontonan? OMG! What happened to this man my fren. Dia sedang seperti berpusing dan berpusing membuat benda yang sama dan perkara yang sama. Cuma apa yang berubah hanyalah tajuk filemnya saja.
Mistik Syirik Tahyul ini hanyalah benda recycle dari Cara Mengundang Hantu (see, betapa aku setianya menonton walaupun benci dan meluat dengan pelakonnya yang berlagak jerit terpekik lolong tapi satu emosi pun tak ada). Plot yang tipikal, cerita tiga bangsa yang biasa, dan juga sinematografi yang memang terlalu ‘berlagak’ untuk menjadi sesuatu yang istimewa.
Plot yang ada tiga itu, kalau dibahagi, sepatutnya rasa debar, rasa ingin tahu dan rasa mahu ikut, tapi malangnya, menonton 30 minit filem ni pun sudah buat aku rasa macam tonton lebih satu jam. Lambat benar masa berjalan. Gagahkan jugaklah menonton untuk cari benda benda yang unik dan best untuk dipuji. Malangnya, semuanya berakhir sia sia.
Masih menggunakan pelakon yang recycle dan sanggup berlakon dengan pengarah ni seperti Khatijah Tan, filem ni memang tahap filem budak universiti. Apa tidaknya, cerita pendek yang dilakonkan pelakon India dipenuhi adegan rogol yang memaparkan perut buncit si lelaki dan juga lakonan yang sangatlah menjengkelkan. Cerita pendek Cina pula sangatlah tipikal dan hampeh. Cerita pendek yang Melayu pulak hanyalah seperti sebuah uji bakat.
Jadi persoalannya di sini, mengapa kau bikin filem kalau kau nak bereksperimentasi. Kalau nk berekperimentasi macam ni dari dulu, seharusnya rakam dan papar di tv. Ah, aku rasakan tv pun tak nak lah filem filem sampah macam ni. Tak ada peningkatan. Cuma aku rasakan filem lakonan Imuda dahulu je yang aku rasa cantik dan hebat! The rest, shit!
Totally a waste of time kalau menonton. Aku dah bazirkan masa untuk korang, so korang janganlah bazirkan masa untuk tonton. Aku rasa, kita seharusnya menghentikan mamat ini dari buat filem lagi kalau inilah jadinya. Seharusnya in future, M Subash patut ketengahkan muka famous untuk penonton rasa berbaloi untuk bayar menonton filem ni dan bukannya letak budak mentah untuk sekeping tiket.
1/5
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS