Movie Mistakes

Monday, January 5, 2015

Review: Into The Storm

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Steve Quale
Pelakon | Richard Armitage, Sarah Wayne Callies, Matt Walsh

Buat pencinta filem disaster yang menggemari gaya Rolland Emmerich, 2012 dan The Day After Tomorrow, dan filem klasik Twister, filem bencana ni pasti akan memberikan korang pengalaman untuk berada dalam satu bencana yang agak ganas dan gerun. Into The Storm bukanlah filem kiamat atau apa pun karut marut! Ianya hanyalah filem disaster yang hanya fokus kepada disasternya dan bukan pada cerita humanity nya. 

Yup! Sepanjang aku tonton filem arahan Steven Quale ni, Into The Storm sebenarnya macam kisah tornado yang menari nari, kemudian sepak terajang rumah, lori, kereta dan macam macamlah, dan kemudiannya hilang. Kemudiannya, datang lagi sepak terajang dan kemudiannya hilang. Dan kemudiannya, datang lagi dan the end! Habis. 

Filem ni memang fokus kepada stormnya sahaja. Cerita yang nak dipaparkan, pasal bapak cari anak, dan storm chaser nampak tidak menyerlah langsung dalam paparannya. Pendek kata, korang pasang filem ni hanyalah sebab nak tonton tornado yang menjadikan filem ni seperti sebuah improvement dari filem Twister. 

Steven Quale yang mengarahkan Final Destination 5 memang berjaya menjadikan filem ni mencemaskan walaupun ianya agak lambat disebabkan karakter karakternya hanyalah sebuah karakter kecil yang gagal dibesarkan. Steven Quale menekankan keganasan tornado dan memberikan ruang untuk kita rasa kekuatan sebenar tornado. 

Bencana itu digambarkan sebagai tak terduga dan menjadikan watak wataknya hanyalah seperti semut yang sedang main dengan kaki manusia yang berjalan. Elemen bencananya nampak boleh dijangka, tapi excitement untuk melihat kemusnahan boleh dirasa. 

Oleh itu, untuk kita melihat emosi tentang kasih sayang dan juga perkara perkara yang tipikal dalam filem disaster, itu amat menghampakan. Lakonan pelakonnya yang memang nampak tidaklah aku kenal sangat nampak seperti filem biasa yang tidak meyakinkan. Melihat daripada keseluruhan plot, aku kira ceritanya hanyalah diambil ringan. Excited nak mentornado kot sampai jadi gitu. 

Tapi, tak mengapalah. Even aku tak dapat emosi dan juga jiwa yang besar untuk filem disaster, filem ni berjaya dibantu dengan visual found footage yang boleh dikatakan puaskan hati akulah untuk genre ni. Paparan tornado yang agak ohsem sehinggalah babak babak serangan tornado yang mendebarkan menjadikan filem ni ada sesuatu untuk ditonton. 

Ianya tak massive sangat in term of disaster. Hanya sekadar storm dan tornado. Namun, untuk hiburan ringan, Into The Storm memang sebuah filem disaster yang memuaskan. Dah lama kan tak tengok disaster? Hah, kali ni peluang untuk rasa pengalaman menonton bencana seolah olah ianya sedang berlaku. Memang enjoy, walaupun plotnya ringan. 

4/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS