Movie Mistakes

Tuesday, December 2, 2014

Review: Hercules

Tahun Terbit | 2014

Pengarah | Brett Ratner
Pelakon | Dwayne Johnson, Rufus Sewell, Ian McShane

Tahun ni saja dah ada dua movie pasal Hercules. Untungnya, dua dua filem ni menceritakan anak tuhan zeus yang separuh dewa separuh manusia ni dari posisi berbeza. Malah, pelakon yang membawa watak Hercules juga memang jauh beza dalam dua filem. Kalau tahun lepas ada dua filem Snow White yang ditayang, maka tahun ni pula memberi ruang kepada Hercules untuk dibandingkan karyanya oleh dua pengarah berbeza. 

Dari Brett Ratner, pengarah yang dulu ni terkenal dengan filem Rush Hour, filem Hercules kali ni memang sangat berbeza. Dalam garapannya yang diadaptasi dari sebuah komik / graphic novel, perjalanan Hercules dalam filem ni memang seperti sebuah kisah yang jauh dari segala sifat mistik yang kita ketahui. 

Hercules lakonan Dwayne Johnson seperti membawa sifat manusia pada sifat asal Hercules. Tidak mengikut kepercayaan sebenar mitosnya, Hercules arahan Brett Ratner sebenarnya cuba untuk menyampaikan persoalan bagaimana kalau mitos itu hanyalah satu benda yang dilebih lebihkan. Bagaimana kalau semua itu hanyalah fiksyen yang lahir dari mulut pencerita / penglipur lara sahaja dan realitinya hanyalah lebih biasa dari luar biasa. 

Ryan Condal, Evan Spiliotopouli bijak untuk mengadaptasi komik grafik tulisan Steve Moore. Ceritanya tidak membosankan, cuma bagi yang expect kau akan tonton sebuah kisah Hercules yang typical, memang korang akan silap. Ini kisah tentang Hercules yang hanyalah manusia biasa, yang mana berjaya membuatkan orang lain rasa dirinya luar biasa. 

Hercules dalam filem ni memang membuka terus kepada ceritanya. Kisahnya tidak banyak belit belit dan hanyalah memaparkan kisah Hercules dan sahabatnya menjalankan satu misi. Dan kisah dari situ, menjadi sebuah filem besar yang ada twistnya sehinggalah di akhirnya, Hercules melengkapkan satu lagi mitos yang sempurna. 

Melihat Dwayne Johnson menjadi Hercules memang mengingatkan aku kepada Scorpion King, filemnya yang mula mula dulu. Memang pelakon ni berjaya untuk menjadikan Hercules satu watak yang memang jauh dari apa yang kita bayangkan. Tubuhnya yang sasa dan mimik mukanya yang sangat menjadi menjadikan pelakon ni sempurna untuk watak ni. 

Pada aku, pasti ramai yang kecewa sebab ingatkan Hercules ni akan menjadi filem separuh tuhan separuh manusia yang tipikal. Filem ni mengikut tradisi Iron Man 3, The Dark Knight, dan The Amazing Spiderman. Kisahnya cuba didekatkan dengan realiti dan kenyataan dan mitosnya cuba dihilangkan untuk lebih mudah untuk dipercayai. Apapun, filem aksi yang boleh tahan, terimalah kenyataan, Hercules hanyalah manusia biasa yang diluarbiasakan penglipur lara. 

3/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS