Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Dave Green
Pelakon | Teo Halm, Brian Bradley , Reese Hartwig
Menonton filem arahan Dave Green ni memang benar nampak seperti sebuah filem found footage yang dibikin untuk keselesaan golongan remaja dan kanak kanak. Earth to Echo hanya meletakkan found footage di tahap paling asas dan tidak mampu untuk menjadi filem found footage yang memuaskan bagi penggemar dewasa. Gaya filem ni lembut dan punya cerita yang tenang dan confirm, bagi yang harap found footagenya menjadi, ianya dikategorikan sebagai gagal.
Earth to Echo cuba untuk mengadaptasi, atau mengembalikan memori ET arahan Spielberg. Filem ni bergerak dengan sangat simple dalam menceritakan pengembaraan tiga sahabat karib dalam misi untuk mencari alatan yang diperlukan Echo untuk kembali ke planet asal.
Memang tak dinafikan, filem ni hanya ditujukan untuk penonton yang mahu menonton filem found footage dalam persembahan yang lebih lembut dan cantik. Filem ni tidak banyak memaparkan benda benda luar biasa yang selalu ditonton dalam filem bergenre sebegini. Ianya hanyalah sebuah adventure biasa yang gaya ceritanya sahaja berlainan.
Pada aku, Earth to Echo sangat sangat comel dan unik. Aku tak pastilah sama ada budak budak akan suka atau tak dengan filem ni. Bukan apa, diorang agak janggal dengan format sebegini dan aku rasa in the end, hanya mak bapak je yang akan stay untuk tonton sampai habis. Apapun, Dave Green mencomelkan genre found footage yang banyak digunakan untuk genre seram, thriller dan ganas ni.
Aku tak nafikan watak Echo sangat sangat cute. Walaupun kita tak dapat nak tengok Echo ni bercakap, Echo berjaya menjadi satu lagi karakter yang mungkin menjadi ikon untuk kanak kanak. Pandang sekali dua, Echo nampak mirip kepada idea Wall E. Walaupun keseluruhannya nampak mirip burung hantu yang dibuat dari besi, yup, Wall E dan Echo nampak lahir dari idea yang sama.
Dave Green melalui screenplay tulisan Henry Gayden memberikan visual yang biasa kita tonton dalam filem genre ni. Tapi, kejutan pada aku bila menyaksikan scene lori trailer dileraikan satu persatu dan kemudiannya bercantum semula selepas nyaris langgar tiga orang budak, itu sangatlah ohsem! Pantas saja aku simpulkan, Dave Green sangatlah pandai untuk tackle penonton remaja.
Teo Halm, Brian Bradley, dan Reese Hartwig memang berjaya memberikan sebuah persembahan tentang persahabatan, kasih sayang dan juga sisi budak budak yang sangat menjadi. Earth To Echo ada ‘didikan’ yang menjadikan filem ni bermesej. Memang sesuailah sangat untuk kanak kanak dan remaja.
Kalau yang nak tonton filem found footage yang benar benar mengancam dan menarik dari segi visualnya, Earth To Echo bukanlah sebuah filem yang harus ditonton. Tapi, kalau korang rasa itu antara penyebab untuk tidak tonton filem ni, korang rasa korang kena consider benda ni pulak untuk tonton. Satu, Echo yang chooomel banget! Dua, cerita yang sangat ringan! Tiga, sebuah sisi baru filem kanak kanak yang harus dicuba!
4/5
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS