Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Mike Flanagan
Pelakon | Karen Gillan, Brenton Thwaites, Katee Sackhoff
Rasanya, dah banyak cerita seram yang bercerita tentang cermin. Nah, semua rumah n tandas ada cermin. Dan ianya satu barang yang sangat bagus untuk menjadi sebuah premis seram kan? Seingat aku, Mirror lakonan Kiefer Sutherland antara filem pasal cermin yang menarik. Adaptasi dari filem Korea jugak tu! Malaysia juga pernah bercerita tentang cermin melalui filem Cermin. Dan kini, dari sutradara Mike Flanagan, Oculus!
Ok, aku rasa filem ni macam ceramah pada fasa pertama. Ceritanya, wataknya simple Cuma disukarkan dengan cerita dua zaman berbeza yang diceritakan berselang seli. Pada fasa pertama, filem ni seolah olah menekankan setupnya dengan perbincangan dua adik beradik ini yang pada aku, sangat ppenanjang lebar. Dan walaupun aku rasakan excitement itu ada, menanti ‘ceramah’ ini habis adalah suatu yang memenatkan.
Moment yang betul betul bakal menjadikan Oculus satu pengalaman seram yang cantik ialah apabila fungsi cermin itu bermula. Dan di sini, Flanagan membuatkan kita bermain antara ilusi dan fantasi. Antara realiti dan juga ketidakbenaran. Semuanya mengelirukan penonton, dan menjadi satu permainan yang cukup cantik.
Walaupun premis filem ni sebenarnya biasa, Oculus berjaya membawa satu cara penyampaian baru untuk filem seram. Kita seolah olah tidak dapat meneka apa yang benar dan apa yang ilusi. Dan ianya berjaya meninggalkan satu ruang untuk satu penamat yang tidak terjangka. Itulah permainan Oculus yang cantik!
Aku harus cakap yang filem ni takdelah seram mana. Elemen kejutan yang selalu jadi elemen penting filem seram tak pernah ada. Seramnya hanyalah pada permainan cermin tersebut yang cuba mencari ruang untuk memanipulasi dua watak yang ada dalam filem ni.
Ceritanya juga bijak. Untuk melihat dua cerita yang dipaparkan, penonton dipaksa untuk berada diantara percaya dan tidak percaya semasa melihat babak babak filem. Dan anda sendiri tidak pernah tahu sama ada yang dipaparkan itu benar atau hanya ilusi. Dan paling penting, gabungjalin dua zaman berbeza sangat best sehinggakan kegeraman itu wujud pada akhir penotonan!
Aku tak nafikan yang Katee Sackhoff dan Karen Gillan berjaya memberikan persembahan yang cukup cantik.
Oculus ialah sebuah lagi filem seram yang bakal menjadi satu francais seram bagi peminat. Ianya sebuah filem yang bijak dan menyeramkan dengan caranya yang tersendiri. Pada aku, filem ni bakal menjadikan korang rasa tidak senang duduk kerana apa yang berlaku di akhir adalah tidak terjangka. Maka, jika anda ingin tonton Oculus, seharusnya korang perlu bersedia dengan apa sahaja jangkaan. Kerana apa yang korang saksikan nanti, tak semestinya sebuah halusinasi.
4/5
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS