Movie Mistakes

Thursday, September 18, 2014

Review: Mat Tudung

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Waan Hafiz
Pelakon | Fizz Fairuz, Izzue Islam, Nelydia Senrose

Malaysia dah ada revolusi lawak yang tersendiri. Aku mula mula tak percaya yang Mat Tudung mampu untuk keluar dari kotak filem komedi biasa. Tapi, lepas tonton, aku harus tolak tanggapan tu jauh jauh sebab Mat Tudung berjaya menjadi filem komedi yang ohsem dan sangat menjadi. Karya anak syarikat KRU studio ni telah masukkan semua sifat filem lawak yang menjadikan filem ni berani untuk merevolusi komedi Malaysia. 

Mungkin Mat Tudung nampak terlalu berani. Filem ni melanggar pelbagai etika dan norma masyarakat Timur dengan menyajikan selera lawak dewasa yang mungkin kurang sesuai untuk dinikmati segenap lapisan. Malah, filem ni juga berani untuk mempersembahkan karakter lelaki berperwatakan wanita yang mungkin akan menyebabkan rasa kurang selesa bagi sesetengah orang. 

Namun, itulah sesuatu yang segar dari ladang. Filem arahan dan lakon layar Waan Hafiz ni keluar dari kepompong komedi, dan sekaligus secara peribadi, menjadi filem komedi yang thor-baik untuk tahun 2014! 

Aku tak nafikan yang permulaan filem ni nampak macam tak ada apa apa yang mengujakan. Permulaan filem ni nampak agak kelam kabut, cemas dan sesak nafas dengan narration yang berselirat. Malah, kerempitan yang cuba dipaparkan seumpama cuba memberi impression filem ni macam filem mat rempit biasa. 

Namun, bila Johari bertukar menjadi Johana, semuanya berubah. Aku rasakan lawak dewasanya berjaya buat aku ketawa tak hengat. Malah, setiap situasi yang dicipta untuk komedi sangat fresh dan tidak mampu untuk memberi ruang untuk bosan. Namun, dalam komedi bersahaja, ceritanya tidak lari dari menyampaikan mesej yang mana menjadikan filem ni tidak kosong. 

Yup, tidak kosong. Korang akan rasa elemen romantiknya sangat jelas, mesej familinya juga digarap tanpa main main, dan komedi dewasanya juga bukanlah diletakkan dengan niat untuk nafsu semata mata. Aku rasakan penulisannya menjadi, dan Mat Tudung, walaupun tajuknya macam filem tipikal Melayu, berjaya untuk lari dari tipikalitinya. 

Lakonan Fizz Fairuz menjadi. Malah, rasa sesuai pulak dia jadi minah tudung. Aku rasa dia memberikan persembahan yang memukau. Romantik, drama dan komedinya disadur dengan cantik. Dan, Izzue yang mana aku sentiasa tidak yakin dalam setiap lakonan komedinya dari dulu, berjaya membuat aku percaya yang dia boleh berkomedi! 

Mat Tudung ada visual yang sangat menakjubkan. Kalernya terang, rainbow-like yang menjadikan filem ni ‘mahal’. Disulam pulak dengan hiasan efek yang meriah, Mat Tudung bukan sekadar filem komedi yang gila. Ianya sebuah kemeriahan lawak yang sempurna bagi yang sedikit open minded, dan berasa ingin santai santai dengan cara lawak orang muda masa kini. 

4.5/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS