Movie Mistakes

Wednesday, September 3, 2014

Review: The Fault in Our Stars

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Josh Boone
Pelakon | Shailene Woodley, Ansel Elgort, Nat Wolff, Willem Dafoe

Adaptasi novel best seller dari John Green, bagi yang tahu kekuatannya, bakal menyaksikan sebuah filem yang sangat bersemangat. Aku memang dah lama ternanti nanti filem ni. Bukan sebab aku peminat tegar John Green. Tapi, The Fault in Our Stars memulakan satu minat baru terhadap novel John Green. Itu satu! Dan, filem ni juga antara filem teen romantik yang agak lama aku inginkan dan harapkan semejak A Walk To Remember. 

Ok, kalau nak cerita pasal filem love story, memang Hollywood kurang menarik perhatian aku dalam genre sebegini. Kekuatan The Fault in Our Stars, yang berjaya menarik aku untuk menonton ialah pada karakternya yang unik, of course, dan juga ceritanya yang yup, unpredictable! Dan, bagi peminat yang telah membaca novel ni, pastinya korang akan ternanti nanti quotation dari buku yang diterjemahkan dalam filem ni. 

Aku harus cakap yang The Fault in Our Star terbaik dalam segala galanya. Penterjemahannya menjadi. Tidak membosankan dan cukup untuk sebuah perjalanan kisah hidup dan romantika teen yang sangat unik. Malah, filem ni juga ada kekuatan Shailene Woodley dan Ansel Elgort yang sangat berjaya menghidupkan suasana, dan sekaligus menjadikan filem ni ada rencah yang sempurna. 

Filem The Fault in Our Stars ni bukanlah bernaratif cinta yang lurus dan straight forward. Filem ni, pada aku, ianya lebih kepada paparan kehidupan. Ceritanya tentang kehidupan dan apa yang ada di sekitarnya. Di sebalik kisah cinta Hazel dan Gus, filem ni bercerita tentang pelbagai sisi kehidupan yang menjadikan ianya penuh dengan sesuatu yang sangat memotivasikan. 

Pengarahan Josh Boone dengan tulisan adaptasinya oleh Scott Neustadter dan Michael H Weber berjaya menangkap dari saat filem itu bermula. Dicampur pula dengan sinematografi yang sangat cantik, filem ni berjaya menyuntik semangat romantiknya yang sempurna. 

Ya, filem ni berjaya buat aku rasa sebak. Sob3. Bukan senang untuk alirkan air mata ok kalau lelaki kental seperti aku menonton filem sebegini. Ya, aku harus beri tepukan kepada Shailene Woodley yang memang sesuai dengan watak dan jujurnya, dia lebih hebat dari watak yang dilakonkan dalam filem Divergent. 

The Fault in Our Stars is not about love story. Ianya tentang kesempurnaan dalam membikin sesebuah filem. Ada kimia antara pelakon. Ada kimia antara ceritanya dan penonton. Ada juga jiwa yang dekat untuk dirasa. Dan roller coaster emosi ini sesuatu yang tidak mampu dilepaskan kalau korang peminat filem air mata. 

Yup, a must watch! Filem yang sempurna dan jarang dirasa. Selepas A Walk To Remember, aku rasa inilah filem kedua yang sangat dekat di hati. Karya John Green ini bukanlah sekadar hanya fiksyen yang bercerita. Ianya sebuah garapan tentang situasi hidup yang sangat dekat dengan setiap penonton iaitu kematian. 

Menyentuh hati dan lakonan yang mantap, The Fault In Our Stars direkomendasi untuk pencinta filem air mata. 

4.5/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS