Movie Mistakes

Thursday, May 29, 2014

Review: Abang Long Fadil

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Syafiq Yusof
Pelakon | Zizan Razak, Kamal Adli, Tauke Raja Lawak, Soffi Jikan

Akhirnya, savior filem Melayu dah sampai. Bakat Syafiq Yusof pada akulah, memang tak dapat dipertikaikan lagi. Selepas SAM, even agak gagal dari kutipan, budak ni bawa lagi sebuah spin off yang diambik dari filem abangnya sendiri. Dan hasilnya, filem lakonan Zizan ini ibarat membawa satu revolusi baru pada dunia filem Malaysia. Kelihatan bagaimana visi pengarah muda bergabung dengan permainan CGI membentuk sebuah filem yang betul2 merevolusikan sinema Melayu! 

Banyak aspek yang aku suka pasal Abang Long Fadil. Nak senang dan teratur, aku akan ringkaskan dalam point point yang aku akan tulis di bawah: 

Pertamanya, filem ni memberikan kelakar Zizan yang sangat baik. Pada aku, Syafiq Yusof berjaya membawakan kelakar watak ini dengan caranya yang tersendiri. Zizan dilihat bermain dengan komedi yang terkawal sekaligus berjaya membentuk sebuah filem spin-off yang sempurna. 

Kedua, apa yang korang akan lihat dalam filem ni ialah permainan Syafiq Yusof dengan filem filem kesukaannya. Kita jelas melihat bagaimana pengarah ini memang fanatic Transformers, Stephen Chow, dan filem superhero melalui pengarahannya. Malah, kemunculan Bumble Bee, dan beberapa peniruan aksi dari filem Kung Fu Hustle dan juga Bad Boys menyatakan yang dia benar benar mahu bikin babak Hollywood itu dalam filem melayu suatu hari nanti. Dan ia kini menjadi kenyataan! 
Ketiganya, Syafiq juga bermain dengan kesan visual yang sekaligus memberi revolusi (kali ketiga disebut di sini) kepada dunia visual efek tempatan. CGI yang sangat pekat dan kena pada tempatnya digunakan dengan maksima sekaligus mendekatkan pengarahannya kepada gaya Stephen Chow! Dan walla, dia memang savior filem Malaysialah! 

Keempatnya, pengarah muda ni nampak membentuk filem yang punya one too one fight yang sangat best. Maka, Kamal Adli dibina sehingga dia kelihatan tidak jambu seperti dulu. Malah, dengan koreografi aksi, dan lakonannya yang menakjubkan (agak terkejut!) maka aku rasakan Kamal Adli boleh jadi pelakon filem martial art Malaysia kalau punya pengarah yang sehebat Syafiq berada di sampingnya. So Syafiq, filem ala ala Merantau satu! Please! 

Kelima, dan yang terakhir rasanya. Syafiq juga berjaya bawa spoof / parody yang menjadikan Abang Long Fadil sebagai filem parody filem abang abangnya. Kelakarnya pecah perut! Malah, setiap aksi Tamil dan juga Kung Fu Cina style yang dipaparkan memaparkan pengarah muda ni memang mahukan filem yang ikonik! Lantaklah orang cakap filem ni Tamil n Kung Fu style! Aku suka dengan aksi dan babak babak yang epic dalam filem ni. 

Keenam, plot Abang Long Fadil juga tidak mengikut formula filem Melayu biasa. Kisah tentang kepercayaan, hak orang kampung, pembelotan dan juga elemen gangster yang hanya sepertiga filem menjadikan plot Abang Fadil bukanlah sebuah KL Gangster yang baru. Aku puji bagaimana Abang Long Fadil membentuk karakter Zizan yang kelihatan kecil dalam filem KL Gangster namun menjadi sebuah impak yang besar dalam filem ni! 

Syafiq nampaknya tidak ada pilihan melainkan untuk meminjam The Secret Life of Walter Mitty punya gaya untuk memberikan Abang Long Fadil seperti yang dia mahu. Nampak jelas yang originality filem ni sebenarnya agak kurang. Imaginasi Abang Long Fadil digunakan untuk pengarah ni meletakkan babak babak yang gempak namun tidak lebih dari hanya sekadar imaginasi kosong dan keinginan untuk mempromosi VFX. Ambil contoh adegan Bumblebee dan Iron Man yang pada aku sangat wasting pada plot dan nampak macam nak promo VFX je. 

Malah, Syafiq kelihatan seperti mahu meletakkan semua teknologi masakini yang dia ada dalam sebuah filem. Babak fighting tergempak filem ni, yang berada di akhir filem, diisi dengan moment one to one fight yang bombastic, namun sekali sekala terganggu dengan VFX yang nampak terlebih sudah, jelas sekali pada visual dinding yang pecah. Nampak fake bro! Namun, moment freeze yang diwujudkan, jelas sebagai trademarknya sangat gempak! 

Totally, Abang Long Fadil memang sebuah filem yang memang memberikan dunia baru dalam filem aksi tempatan. Pertarungan skala besar, VFX pula skala gempak! Mungkin inilah filem aksi terbaik untuk 2014. Ah, bukan! Filem aksi yang terbaik dalam sejarah filem Malaysia! Mungkin aku overated. Namun, aku rasakan tidak salah untuk aku memuji sebuah karya yang betul betul menunjukkan yang kebangkitan seorang pengarah muda dalam industry bakal memberikan nafas baru dalam dunia perfileman kita! 

Tahniah, bro Syafiq! Kau hebat! Jadi, rating aku ialah 4.9/5

5 comments:

  1. syafiq yusuf yang produce, memang terbaek.. dia ada style tersendiri.
    kawan2 pun cakap cite ni best

    bro ada fb personal? nak add..boleh kenal-kenal :)

    ReplyDelete
  2. memang filem ini aksi pertarungannya bagus... tapi siapa koreografer aksi filem??? tuan tolong 'kupas2'... ;-)

    ReplyDelete
  3. Macam penah nampak jer, bro. yang pegang watak Ismail tu....rupa-rapanya orang Silat Sendeng Malaysia(rasanya dia ni, pakar koreographer street fighter). Ruzaidi(Karim@.....) pulak, silat Gayong Malaysia, kalau tak silap la. Tak pun Gayong Pusaka.....Yasin, aku tak tau silat apa,tapi memang lawak.... Apa-apa pun, memang berbaloi dan terhibur tengok citer ni.

    ReplyDelete
  4. Sapa tau plakon pompuan yg jd adik zizan dlm citer ni?

    ReplyDelete

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS