Movie Mistakes

Saturday, March 8, 2014

Review: :Laga

Tahun terbit | 2014
Pengarah | Ismail Yaacob
Pelakon | Syazwan Zulkifly, Wan Hanafi Su, Eman Manan, Nasir Bilal Khan

Menonton Laga arahan Ismail Yaakob ini ibaratnya seperti melihat filem lakonan Harrison Ford, Arnold Schwarzenneger dan Stallone di usia senja mereka. Bak kata di Hollywood, pelakon usia tua masih boleh beri bisanya pada penonton. Begitulah yang Laga bawakan. Aura pelakon tuanya yang sangat menjadi kesan besar dalam file mini menjadikan filem ni tidak mengikut gaya biasa. Eman Manan, Wan Hanafi Wan Su, serta Nasir Bilal Khan bergabung! 

Menonton tiga bakat besar ini, yang mana makin disisihkan sebab cerita yang sudah tidak sesuai dengan mereka sangat memberikan satu nafas segar. Laga memaparkan sisi yang baru bagi generasi muda menilai sejauh mana Tok Adi mampu menjadi lebih jauh dari sekadar penggali kubur. Malah, Laga juga menguji sejauh beraninya Wan Hanafi Wan Su melakonkan adegan mesra yang sangat meranjangkan suasana. 

 Aku suka bakat bakat ini, paling hebat aku sukakan Nasir Bilal Khan yang sangat hebat. Mengingatkan kembali kepada zaman kegemilangannya dulu sebelum kini yang hanya dikenali melalui tanah kubur. Filem jantan jantan berlaga ini memang sangat jantan kerana menggabungkan keberanian lelaki, pandangan lelaki dan juga jiwa lelaki yang penuh nafsu, sesak, resah, maruah dan juga kejantanan yang kelihatan dari seluruh badan filem. 

Plotnya mungkin agak berani, melihat kepada ngerinya ayam ayam dipertaruhkan untuk mati syahid hanya pada nama lakonan. Plotnya mungkin berani, melihat kepada Marsha Milan Londoh yang sanggup berlakon separa bogel sebagai isteri muda. Selain itu, Laga mungkin aku boleh ibaratkan sebagai KL Gangster versi laga ayam campur elemen semangat sukan seperti dalam Libas. 

Namun, dalam pada aku menyukai keberanian ini, aku rasakan perjalanan cerita ini tidak disusun sebagai sebuah filem yang menyatu. Filem ini ada banyak plot yang kelihatan terpisah sehinggakan aku sendiri rasakan tidak tahu mana satu sebenarnya idea Laga. Separuh masa pertama itu ialah Laga, pada pandangan aku. Namun, apabila komplot kehilangan duit menang berlaku selepas laga terakhir, adakah itu juga Laga atau sekadar satu cerita yang ditambah? 

Plot cintanya sangat tidak relevan. Namun, penulisannya membenarkan cinta itu ada dalam usaha menggambarkan jiwa lelaki yang pada masa yang sama didengari seorang perempuan. Tapi, aku rasakan untuk cinta berlaku dalam sebuah filem yang hanya membenarkan lelaki sahaja bertarung untuk menjadi terbaik, plot cinta ialah sesuatu yang sangat buang masa. 

Aku juga agak keciwa dengan kehilangan Nasir Bilal Khan yang sangat menjadi tanda tanya. Aku rasakan pelakon itu seharusnya membawa dirinya ke hujung cerita. Malangnya, membiarkan pelakon itu pergi tanpa apa kata selepas kalah bertarung selepas sejam plotnya berkisar tentang pertarungan laga ayam adalah sesuatu yang sangat memberikan seribu satu tanda tanya yang tidak perlu ada. Malah, aku rasakan Marsha Milan menjadi satu karakter yang sia sia apabila dia juga menerima nasib yang sama seperti Nasir Bilal Khan. 

Malah, adegan akhir yang pada aku mungkin agak cantik selepas twist yang dibina selepas Laga yang sebenar mungkin kurang memberi impak besar yang cantik sebab bermula pada minit ke 60 filem tersebut. Come on! Dah macam lihat dua bab yang berbeza dalam satu filem yang rasanya tak sepatutnya terjadi sebegitu. 

Overall, aku suka filem ni sebab ianya seksi bertempat, veterannya hebat, laganya tumpat! Elemen semangat dari visual dan skornya menambah kekuatan adegan laga ayam. Tapi, apabila Nasir Bilal Khan dan Marsha Milan seperti disingkirkan tanpa alasan yang kuat, aku rasakan dua karakter ni sepatutnya tak wujud dari awal dan ceritanya menjadi sangat2 terdesak untuk bercerita. Mungkin bila terlalu banyak konflik, Laga sudah jadi telemovie 13 episod yang dimampatkan. 

3/4

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS