Tahun Terbit | 2013
Pengarah | AR Badul
Pelakon | Fizo Omar, Dayana Anak Wayang, Angah Raja Lawak (klik untuk senarai penuh pelakon)
Selepas Sofarz Jiwa Kacau yang agak kurang menyengat tahun lepas, syarikat ni kembali dengan Hello. Ok, aku rasa tak ramai orang sedar tentang kemunculan filem yang membariskan pelakon yang biasa biasa jer ni. Dibarisan utama sampai ke belakang, semuanya hanyalah pelakon yang hanya tahu bermain tetapi tidak tahu melayan penonton. Hello pada aku masih kurang. Tak banyak sebenarnya untuk dibahas kalau korang dah biasa dengan kebiasaannya.
Di tangan AR Badul, yang mana aku rasa sudah lama tidak mengarah filem selepas Salah Bapak, aku rasa ianya masih mengekalkan konsep yang sama. Seperti mana anda melihat Badul popular di eranya, seperti itulah korang akan nampak Hello. Hello ni macam tersadai di satu time frame yang agak tidak sesuai. Sedang orang lain mula menganjak komedinya dengan kehendak kini, Hello berada di tapak lama sekaligus menggagalkan segalanya.
Skrip Mohd Atlas menambahkan kegagalan Hello. Ceritanya mundar mandir macam orang gila. Tak ada arah tuju yang jitu dan bermotif. Hello macam satu filem atau naskah yang ditulis suka suka kemudian nak minta orang habiskan duit untuk tonton filem ni. Apa barang kalau macam tu?! Kita bayar untuk sebuah kepuasan. Kalau Hello komedi yang kemas, ada isi dan sesuai dengan masa, ianya mungkin perkara yang bagus.
Hello pada mulanya mahu melakar komedi macam Three Stooges. Maka, terbentuklah gabungan Angah, Along dan Tauke. Pada aku, mereka sangat gedik, lakukan yang terbaik, tetapi dengan keinginan pengarah yang masih berfikiran yang mereka mampu untuk berlawak cara 90an, maka mereka gagal. Mereka tiada apa apa keistimewaan. Malah, mempertaruhkan mereka sebagai sisi komedi adalah satu perkara yang sia sia.
Sia sianya bertambah apabila kisah cinta Fizo Omar masuk dengan tak bagi salam. Macam kejutan eletrik, tetiba saja ceritanya berkembang tanpa ada apa apa permulaan yang bagus. Aku tak tahulah apa yang skripnya mahu cerita. Kisah Dayana Anak Wayang dan Fizo Omar macam tidak ada pengembangan. Menguap kebosanan. Aku rasakan yang penulisnya sendiri tak tahu apa sebenarnya mahu dicerita. Dan ini yang korang nak aku bayar di wayang?
Babak babaknya juga sangat terumbang ambing dengan editing yang sangat tidak masuk akal. Lebih selamat kalau aku kata kurang kemas. Apa cer tetiba saja Misha diragut dengan tiba tiba. Dan tiba tiba pula ditulis yang Misha pergi KL dengan babak yang sangat tidak munasabah untuk sesebuah filem. Overall, editingnya sangat menunjukkan yang filem ni dibikin tergesa gesa. Sangat memalukan untuk sesebuah filem.
Pada aku, Nusanbakti ni seharusnya belajar untuk keep forward. Kalau korang anggap komedi mampu menarik penonton, korang silap. Orang kita dah pandai menilai komedi. Ada yang bagus kita ketawa. Yang tak bagus, kita buang tepi. Hello, dengan tajuk yang entah apa apa entah, dan dengan komedi yang kononnya lawak tak hengat tu tapi syok sendiri, aku rasa mereka harus berubah. Filem sebegini sangat annoying, dan tidak seharusnya ditonton.
Nak buat filem lagi, berubahlah. Kalau tak nak berubah, baik berhenti je.
1/5
sangat terharu dengan poster tersebut
ReplyDelete