Movie Mistakes

Wednesday, September 4, 2013

Review: The Great Gatsby

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Baz Luhrmann
Pelakon | Leonardo DiCaprio, Carey Mulligan, Joel Edgerton (klik untuk senarai penuh pelakon)

The Great Gatsby aku baca (ketika itu untuk assignment kerja khusus), dan aku tidak dapat rasakan apa speselnya novel itu. Menonton adaptasinya juga membosankan. Paham simbolisma, tema, rima dan semua, sekadar untuk memenuhi markah kerja khusus yang dikehendaki. Nah, 2013 novel ini dibawa ke layar sekali lagi oleh Baz Luhrmann, pengarah kelahiran South Wales, Australia yang sebelum ini memberikan Moulin Rouge (2001). 

Ternyata, apa peduli orang kata, filem The Great Gatsby dengan lakonlayarnya ditulis oleh Baz Luhrmann sendiri dan Craig Pearce (Moulin Rouge) berdasarkan novel F. Scott Fitzgerald ini membawa aku ingin membaca semula. Gatsby lebih dekat kali ini dengan unsur cintanya yang lebih syahdu dan mendayu. Ianya seperti menyaksikan sebuah kisah cinta yang epik. Dari segala sudut, persembahan The Great Gatsby aku puji. 

Pengarah ini membawa The Great Gatsby dalam rencahnya yang tersendiri. Seperti mana Moulin Rouge, filem ini nampak seperti di awangan. Lagu pop, rap digabung dengan rentak jazz dan juga suasana parti yang riuh rendah meriah memberikan unsur muzikal yang tersangat membentuk suasana hebat dalam karya ini. Lurhman membentuk setiap inci dengan warna dan suasana yang sangat penuh dengan ‘muzikal’nya yang tersendiri tanpa hilang ceritanya. 

Jay Gatsby nampak lebih jelas cintanya. Semuanya tersangat memberikan aku keterujaan. Cinta terlarang, Jay Gatsby dan Daisy Buchanan, Tom Buchanan dan Myrtle Wilson semuanya diceritakan melalui mata Nick Carraway dalam versi Lurhmann yang sangat memberikan sisi baru cerita. Entah kenapa aku tenggelam dalam ceritanya walaupun pada awalnya, aku tak nampak apa sebenarnya The Great Gatsby versi Lurhmann ini. 

Kemunculan Amitabh Bachchan tidaklah ada impak mana. Macam sekejap sangat untuk menunjukkan kebolehannya. Apapun, lakonan Leonardo DeCaprio berada di aras terbaik. Lakonannya menjadi. Itu bagus. 

Walaupun running timenya agak panjang, itu tak jadi masalah. Aku rasakan adaptasi ini memberikan visual novelnya dengan terang dan berseni. Narration Nick Carraway yang membantu, dan juga permainan visual yang sentiasa menakjubkan memberikan The Great Gatsby sebuah kisah cinta yang sangat ‘twisty’ bagi yang belum membaca novelnya. Bagi yang sudah membaca, adaptasi ini mungkin memberikan visual lebih luas tentang dunia Long Island. 

Muzik jazz yang digabungkan dengan rentak ‘bass’ yang sangat memberikan suasana disko membantu memberi kelainan. Skor dari Craig Armstrong dengan penampilan penyanyi pop seperti Will.i.am, Lana Del Rey dan juga Orkestra Bryan Ferry memberikan suasana muzik yang tersangat meriah. Terasa mahu menari dan mahu menghadiri pesta Gatsby. Seperti sudah berada di dalam dunia Gatsby! 

Bercakap tentang novel literature, sepanjang pembacaan, aku jatuh hati dengan Love in the Time of Cholera karya Gabriel Garcia Marquez. Adaptasinya dibikin dengan bagus. Filemnya itu yang mengajak aku untuk membaca (ketika itu ditugaskan untuk satu assignment kerja khusus) dan aku jatuh hati kepada kedua duanya. Ceritanya epic. Love story yang sangat menyentuh. Cerita tentang jiwa cinta yang tak pudar walaupun usia makin lama makin malap. 

The Great Gatsby membuang unsur literature dan menjadikan cerita Jay Gatsby ini lebih menghiburkan. Malah, latar bunyi, masa dan segalanya yang lebih fantasi dari reality memberi ruang untuk penonton melihat The Great Gatsby sebagai bukan satu naskah literature. Peluang untuk berhibur dengan kisah ini membuatkan aku rasakan cerita cinta Jay Gatsby ini, dan rahsia besar pembunuhan Myrtle yang tersimpan oleh Nick Carraway adalah antara kisah cinta adaptasi literature yang terbaik aku pernah saksikan. 

4/5

2 comments:

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS