Movie Mistakes

Wednesday, August 28, 2013

Review: Pain & Gain

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Michael Bay
Pelakon | Mark Wahlberg, Dwayne Johnson, Anthony Mackie (klik untuk senarai penuh pelakon)

Buat pertamakalinya Michael Bay mengarahkan filem ‘termurah’nya. Tidak seperti filem letup letup kebaboom yang dia selalu bawa, Pain & Gain adalah sisi baru yang menunjukkan kuasa Bay dalam mengarahkan filem yang tidak perlu CGI banyak. Pengarah ini nampak seperti berada dalam kurungan. Diikat tangan dan kaki dan di kepalanya pula berbisik ‘I wish I could move my feet and hand’.  

Apa yang aku nampak, Michael Bay tak dapat lari dari ketagihannya. Pain & Gain nampak murah. Drama komedi yang biasa mungkin. Tapi pada Bay, ketagihannya untuk ‘membesarkan’ sesuatu yang sifatnya kecil memberikan Pain & Gain merapat hampir visual Bad Boys 2 dan juga trademark trademark filemnya. Itu saja Michael Bay mampu buat untuk melepaskan ketagihnya pada babak babak seks, warna Miami yang meriah, serta dialog dialog adult yang lama tidak dibikin semenjak TF menjadi miliknya. 

Dari screenplay Christopher Markus dan Stephen McFeely (yang sebelum ni menulis untuk Captain America), filem ni tak ada apa apa yang biasa kalau korang baru kenal Bay. Tapi, kalau korang sudah kenal Bay, mungkin korang akan rasa Pain & Gain hanyalah satu lagi Bay-style yang dibikin dengan kos rendah, tetapi nampak mahal. 

Pain & Gain mungkin memperkenalkan Bay kepada satu idea baru, adaptasi kisah benar. Mengakui gaya adaptasi kisah benar versi Bay tidak sikit pun memberikan gambaran yang ianya sebuah kisah benar. Bay nampaknya melebih lebihkan unsur fiksyen dalam kisah benar tentang geng criminal body builder ini tetapi pada masa yang sama tidak melupakan fiksyennya. Senang cerita, Bay mungkin suka buat ikut suka dia. Jadi, Pain & Gain adalah true story gayanya. 

Dan satu lagi, semejak filem pertamanya Bad Boys (1995) hingga sekarang, Bay belum pernah buat filem aksi drama. Bad Boys ialah aksi komedi. Itu berbeza. Jadi, Pain & Gain adalah satu lagi peluang untuk melihat sejauh mana Bay boleh melawak dalam drama. Pada aku, Michael Bay tak kurang hebatnya. Kadangkala adegannya tak disangka sangka memberi lawak. Bijak memberikan lawak melalui aksara yang muncul skali skala di skrin. Walaupun kurang lawak, adegan Paul Doyle (Dwayne Johnson) panggang tangan kat luar rumah tu mungkin paling kelakar pada aku. 

Pain & Gain lurus. Tidak ada simpang siur. Tak ada prediction sana sini. Gaya penceritaan paling simple. Memang endingnya sudah dapat diagak. Memang semuanya hanyalah garis masa yang bergerak ke hadapan dengan kelajuan yang sempurna tanpa berubah. Permulaan yang penuh dengan bebelan Daniel Lugo mungkin membosankan. Tapi, ianya membuka apa sebenarnya movie ini mahu sampaikan; American Dream! 

Mark Wahlberg dengan kemunculan pertama dalam Bay punya movie. Pasti tak sabar menyaksikannya dalam TF4 akan datang. Lakonan semuanya mengagumkan. Apatah lagi menyaksikan lagenda seperti Ed Harris yang sangat aku gemari lakonannya dalam The Rock (1996) muncul di dalam filem lakonan Bay. Tambah pula dengan adanya Tony Shalhoub, semuanya sangat Bay-style. 

Pain & Gain bukan antara filem Bay yang hebat. Percubaan pertama ini pada aku amat baik tetapi kegemaran Bay membesarkan visual lebih dari penceritannya sendiri menyebabkan Pain & Gain kurang emosi kebenaran dan juga kekejaman untuk sebuah filem true story. Apapun, Pain & Gain adalah drama yang boleh layan. Komedinya sederhana. Tetapi gabungan kedua duanya memberikan persembahan yang menghiburkan buat peminat filem Michael Bay. 

3.5/5

1 comment:

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS