Movie Mistakes

Monday, August 19, 2013

Review: 1 Lawan Satu

Nak dibandingkan dengan Merantau mahupun The Raid, wahai David Teo, sila cermin dulu ma. Pada aku, 1 Lawan Satu hanyalah peningkatan jauh filem martial art Malaysia. Maksud aku, lebih baik daari Jiwa Taiko lah! Tetapi, on the whole, filem ni sebenarnya hanyalah macam kek yang ingredientnya adalah Jiwa Taiko campur Budak Pailang. Memang lari dari kesamsengan dan mendekati martial art, namun, ianya masih jauh untuk sampai ke titik yang seharusnya membuatkan aku sebagai penonton berbangga dengan filem ni. 

Jauh di sudut hati, aku rasakan buah tangan Pierre Andre ini akan membawakan satu filem martial art yang baru. Siapa tak tahu pengarahan Pierre yang cukup bagus dengan filem romantikanya. Malangnya, selepas menonton, aku silap. Oh ya, Pierre patut berada bersama filem romantiknya sahaja untuk dipuji. Memasuki arena filem martial art adalah kesilapan besar yang tiada maaf bagimu. Mungkin, ini ialah filem Pierre Andre paling buruk pernah disaksikan. 

1 Lawan Satu berkembang dengan dua plot yang sama tinggi sama rendah. Maksudnya, boleh disimpulkan di sini dua cerita itu tidak bertemu jodoh di mana mana titik cerita sehinggalah filem ni sampai ke pertarungan akhir. Lantas, ianya mirip filem Warrior (2011) arahan Gavin O’Connor. Namun, originalitinya ada. Jadi membandingkannya mungkin kurang wajar. Apa yang aku nak katakan, walaupun aku faham ceritanya ada dua, aku still tak tahu apa objektif setiap plot yang dibawa. 

Ceritanya tak ada hala tuju. Ya, aku nampak Salleh dan Radhi itu diberikan ‘ugutan’ untuk berjalan melalui cerita masing masing. Tetapi, reaksi mereka yang ‘mengiyakan’ saja perintah Oman seperti sebuah cerita yang malas. Semuanya ya ya dan ya. Dan in the end, semuanya jadi ya ya dan (lagu Sharidah Aini). Aku tak nampak emosinya, dan aku tidak dapat apa yang ingin disampaikan dengan jelas. Yang ada hanyalah siri siri pergaduhan yang sederhana bagus. 

Ya, sederhana bagus. Itu saja yang boleh aku berikan kepada koreografi filem ni. Babaknya tunggang langgang. Bergaduh hanya untuk tunduk ganas tetapi lack of unforgettable moment. Lihat The Raid, ingat bagaimana si hero membunuh jahatnya dengan menariknya ke kayu pintu yang patah? Itu momen yang bagus. 1 Lawan Satu? Hanyalah pertarungan tahap cipan yang tak ada apa apa. Tak ada moment yang boleh diingati. Too simple dan kurang kreatif. 

Tapi, koreografinya walaupun aku rasakan sederhana, aku puji. In fact, antara scene yang aku rasa terbaik koreografinya (walaupun hanyalah sederhana) ialah babak pergaduhan Salleh di gudang. Itu antara permulaan aksi yang cantik dan ganas yang betul2 martial art! Second, adalah final aksi kat tengah lapangan tu. Gerak kerja kamera berjaya membantu scene tu nampak hebat walaupun entah kenapa tetiba filem tu habis macam tu je? Gelojohnya kau Pierre! 

Lakonan Azlan Komeng dan Mikael Andre sangat ok (kira ok lah tu...hmm). Azlan Komeng semestinya orang yang mukanya memang tak pernah lekang kalau dalam filem aksi. Aku macam dah muak tengok dia, tapi disebabkan ini first time dia berlakon watak utama, so aku rasakan lakonannya ok. Namun begitu, skripnya yang lurus bendul amat memburukkan keadaan. Weyh, simple giler kot ayat ayatnya. Dan sesetengah tu, sangat skema dan kurang umph! Panel skrip MIG, buat elok2 sket! 

Overall, 1 Lawan Satu hanyalah filem MIG. Ya, what you can expect from MIG movie. Tipikaliti. Namun, disebabkan Pierre yang mengarah, filem ni ada x factor yang bagus. Namun, tengok tengok balik, filem 1 Lawan Satu sepatutnya lebih bagus jika plotnya dikecilkan tetapi aksinya itu dilebihkan. Dah kau nak rujuk sangat filem Indonesia, rujuk Merantau! Simple ceritanya, tetapi aksinya yang gah. Kalau nak naikkan dua dua, mana kami nak tengok dulu wei. Mata ada dua saja! Choose one, dan sampaikan! 

Aku puji 1 Lawan Satu walaupun ianya filem Pierre paling teruk. Sekurang kurangnya, Osman Ali mungkin boleh improve Jiwa Taiko (tu pun kalau dia ada teloor nak buat sekuel lah) dengan merujuk 1 Lawan Satu. Satu lagi, sekurang kurangnya juga, sudah ada yang mula faham apa itu koreografi aksi dalam filem (walaupun masa scene first mamat kapuelera muncul dan sepak Salleh tu macam menari zapin first time).

2.5/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS