Movie Mistakes

Sunday, July 21, 2013

Review: The Lone Ranger

Sepertimana korang tonton John Carter, bagi yang pendapatnya sama dengan akulah, itulah yang korang akan dapat dengan The Lone Ranger. Mungkin perencahnya sedikit jauh hebatnya dari filem lelaki di marikh itu sebab ini dari Gore Verbinski. Gore Verbinski? Hah, dia ialah manusia di sebalik filem lanun hebat yang menjadi iaitu Pirates of the Caribbean. Pernah dengar bukan? Korang rasa, adakah The Lone Ranger bakal memberi kemenjadian yang sama? 

Pertama, sejak dari awal lagi aku dengar filem ni, kita akan digembar gemburkan dengan Depp. Ya, sebab utama filem ni dikhabarkan bagus sebab ada Depp. Mungkin semangat Depp dari filem lanunnya yang popular itu dipinjam untuk menarik penonton menonton The Lone Ranger. Remake siri klasik ini tidak pernah memperlihatkan watak John Reid itu sebagai buah yang harus dimakan. Ia hanya dijadikan pokok yang menyokong. Itu sangat kesian! 

Armie Hammer itulah the lone ranger! Jadi, kenapa Tonto itu yang dijadikan tarikan utama? Kenapa? Bukankah kedua duanya harus seimbang? Aku sendiri tak tahu kenapa Tonto diberi penonjolan yang lebih sekaligus menenggelamkan lakonan Armie Hammer yang sepatutnya diutamakan sebab filem ni berkenaan dia! In the end, dari segi keseluruhannya, aku hanya nampak The Lone Ranger adalah filem Depp seperti mana dia dalam Pirates of the Caribbean. 

Depp mencelup apa yang orang suka tentang dia dalam filem ni. Aku masih nampak dia sebagai Jack Sparrow. Tak ada yang baru. Cuma kali ini, Jack Sparrow versi Lone Ranger hanya ada burung mati atas kepala. Itu saja. Selebihnya, lawak lawaknya dituang khusus buat Jack Sparrow fans. Bagi aku, lawaknya adakala bagus dan baik, mampu buat aku ketawa. Dan ya, kadangkala ada juga babak yang menjengkelkan. 

Gore Verbinski memberikan gayanya tersendiri dalam pengarahan aksi aksi filem ni. Itu yang aku suka. Aksinya sangat imaginative dan kreatif sekaligus memberikan kita melihat siri siri aksi yang bercampur komedi serius yang mirip filem lanunnya dahulu. Itu satu bahagian filem ni yang aku suka. Babak aksi keretapi pada awal filem nampak seperti akrobatik terancang yang menghiburkan. Begitu juga babak aksi akhir yang perancangannya sangat bagus. 

Namun, penceritaannya mungkin sedikit membosankan. Plotnya yang tidak seimbang antara Tonto dan John Reid buatkan aku rasa bosan. Aku mahukan John Reid itu menonjol lebih dari Tonto dan bukan sebaliknya. Namun, Verbinski nampak cuba menaikkan kedua duanya sekali walaupun in the end, Tonto berada di hadapan sekali berbanding watak utama yang harus berada di puncak. 

Seperti John Carter, plotnya yang memenuhi masa yang agak lama menyebabkan ruang bosan terbentuk. Justeru, The Lone Ranger gagal menyekat penonton untuk menguap sementara menunggu aksi akhir yang bagus. Pada aku, inilah kelemahan filem ni yang sangat tak bagus. Keinginan Disney nak mempersembahkan filem yang panjang nampaknya menjadikan filem ni jadi hampir hancus. Kan baik jika ianya sejam tiga puluh minit saja. 

Helena Bonham Carter hanya sebagai penghias. Aku hanya lihat Tonto memegang ceritanya sampai habis. Jadi, Johnny Depp membuktikan dia sepatutnya disanjung dengan karakternya. Namun kesian kepada Armie Hammer. Lakonan pelakon yang agak biasa, tipikal Disney, berjaya ditutup dengan visual efek yang sangat mengagumkan. 

Walaupun Gore Verbinski berjaya mencipta dunia westernnya yang baik selepas dia berjaya menredifinisikan dunia lanun dulu, The Lone Ranger dihiasi plot yang sangat lambat. Nasib baik ianya ada aksi yang sangat ohsem. Kebergantungan kekuatan filem ni pada Depp menyebabkan aku rasakan filem ni gagal menaikkan Armie Hammer yang sepatutnya menjadi tunjang utama. Bagus atau tidak, pada aku, filem ini hanyalah tipikal Disney. Tak ada lebih dari tu. 

3/5

1 comment:

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS