Kontrol Histeria
Penerbit: Lejen Press
Buku ni sebenarnya macam pisau yang sedang siat siat kulit aku dalam kepala otak. Serius saat aku baca cerpen pertama tu pun dah rasa macam tempat aku sedang pegang buku tu sudah dipenuhi dengan basah darah dan bau hanyir bayangan bayangan ngeri. Ada kepala putus, dan kegilaan membunuh yang diluar imaginasi yang aku jangka. Bukan untuk penggemar cerita horror biasa, Kontrol Histeria memberi definisi baru ngeri.
Peminat pembunuhan ngeri yang selalu mengimpikan sesuatu di luar imaginasi harus baca buku ni. Tak ada kegilaan membunuh semaksima ini. Penulisnya semua memberikan kegilaan full throttle dalam memberikan persembahan mereka. Dalam mendefinisikan kegilaan darah buku ini, aku boleh sifatkan pembaca novel biasa ambil masa untuk membiasakan diri dengan kengeriannya.
Ergh! Kontrol Histeria memang memualkan. Aku tahan untuk gagahkan menghabisi. Dan ya, aku berjaya. Rasa macam tak mahu dah sentuh dan baca semula. Ianya ibarat tengok orang bunuh dan mesin mayat sampai hancur depan mata sendiri. Respek pada kolaborasinya yang agak umph walaupun ada beberapa cerpen yang aku rasa mempunyai tema yang sama dan berulang.
Aku bayangkan, kalaulah ada membunuh sebab baca buku ni, pasti buku ni akan jadi kontroversi. Apapun, aku tabik pada kengeriannya yang melangkau imaginasi. Kontrol Histeria bukan untuk orang yang meminati seram biasa. Ianya untuk orang yang meminati cerita semacam Saw dan Texas Chainsaw Massacre. Ah, filem slasher lebih mudah. Baca dan bersedia untuk muntah, jika tak tahan dengan gore levelnya.
4.5/5
fuhhh...ngeri.kejab lg nk g beli :)
ReplyDelete