Movie Mistakes

Sunday, May 5, 2013

Review: Prince of the City

Apa la agaknya yang disimpan dalam kepala otak Michael Madsen apabila dia berlakon dalam filem ni. Oh sejujurnya, aku sebagai seorang penonton filem Malaysia sangatlah malu apabila orang luar yang kita sanjung sudi menyembah duli berlakon dalam sebuah filem yang tidak internasional langsung ini. Amatlah malu apabila pelakon ini yang mana sudah berlakon banyak filem Hollywood mahu membantu Malaysia melalui filem ni. 

Michael Madsen memang memberikan x factor yang sempurna bagi Prince of the City. Malangnya, dengan skrip dan garapan yang memang hanya menyumbang kepada factor keboringan semasa menonton filem, Michael Madsen cuba sehabis baik mengikut kehendak pengarah walaupun aku lihat scene scenenya dalam filem ni bukanlah makanannya. 

Wataknya tidak dibina setaraf dengan kualiti pelakon itu. Dan ini membunuh Prince of the City sebagai satu filem Malaysia internasional! Justeru, aku terfikir bagaimana sebuah filem berbahasa inggeris mampu untuk menarik penonton. Ya, filem ini amat kurang menghiburkan disebabkan bahasa inggerisnya yang dibina sangatlah skema dan mengikut style bahasa filem filem barat. 

Sebagai sebuah filem Malaysia, aku rasa Prince of the City patut jadi seperti Spinning Gasing arahan Teck Tan. Walaupun filem tersebut hampir sepenuhnya berbahasa Inggeris, ianya well adapted dan menjadi. Dibandingkan dengan Prince of the City, Spinning gasing ada jiwa bahasa inggeris Malaysia yang lebih dekat di hati penonton. Prince of the City tak ada itu. Apa yang ada hanyalah copycat nak jadi samseng ala ala Hollywood. 

Namun begitu, aku suka ideanya walaupun pada aku, apa yang nak menjadi bahan utama filem agak lembab dan lambat hendak dipaparkan. Sebagai sebuah filem revenge, aku rasa lebih baik adegan belot Putra dipercepatkan. Dan aku rasa, cerita dan aksi filem ni perlu push up habis limit untuk babak babak hebat terjadi. 

Aku nampak yang babak Aaron Aziz mendidik Prince untuk adapt dengan situasi pelarian itu satu benda yang agak hebat. Dari situ aku sedar filem ni nampak ada idea yang baik. Malangnya, ketidak beranian untuk mencuba lebih jauh melebihi batasan normal nampaknya menjadikan idea itu tersekat. Ditambah pula dengan babak babak murahan dan juga tipikal filem melayu, oh sangat memalukan apabila Michael Madsen terlibat sama. 

Filem ni ada few adegan kissing dan one adegan bikini yang memang buat aku terkejut. Teringat juga bagaimana Spinning Gasing dulu cuba buat hal yang samadulu hingga tayangannya ditapis. Apapun, keberanian ini pada aku tidak harus dibina pun tak apa. As a Malaysian movie, dan bertutur dalam bahasa inggeris, tak semestinya kita harus meminjam kesemua budaya mereka. Pada aku, tak berahi pun adegan kissing tu. Amat kosong. Adegan bikini jugak tak digarap sempurna. So, lebih baik buang je adegan tu sepatutnya. 

Aku berharap Yang Kassim akan kembali di final fight filem ni. Malangnya, tidak seperti yang aku duga, adegan akhir filem nampak sangat murahan. Tidak ada motif dan emosi ditonjolkan. Tidak ada kekuatan dan aku nampak produksi amat main main dari semua aspek penataan. Oh ya, aku masih tidak dapat lupa adegan pergaduhan Aaron Aziz dan Yang Kassim kat tempat letak kereta. Ada bunyi ‘dush it’ or ‘push it’ macam game. Aku rasa, inilah sound tumbukan dan sepakan paling teruk dan lebih memalukan daripada bunyi tumbukan dalam filem Sembunyi. 

Honestly, menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya bukan menginternasionalkan filem ini. Penataan skrip yang baik, itu barulah boleh menjadikan filem ini internasional atau tak. Ditambah pulak dengan poster yang memancing menggunakan scene bikini yang editing posternya pula teruk, filem ni tak ada daya penarik sejak dari memandang poster lagi. So next time, kalau nak buat filem berbahasa inggeris, aku rasa penerbit harus lihat budaya Malaysia juga. Mix it well, dan penonton akan menerimanya. 

2/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS