Movie Mistakes

Wednesday, May 8, 2013

Review: Langgar


Langgar ada idea yang aku respek. Percubaan pertama ini nampaknya sungguh menunjukkan yang penulisan bersama Pierre Andre dan juga Syed Hussein ini satu kematangan dalam memberikan genre gangster di Malaysia. Kalau silap atur aku cakap maaflah. Aku hanya utarakan pendapat. Tapi, aku suka Langgar. Gayanya lain. Walaupun dari satu sisi lagi, beberapa kelemahan filem ni nampak jelas tidak dapat ditutup. 

Pertama, aku rasakan idea Hollywood ini memang memberikan Langgar kekejaman luar batasan. Wow, teruja jugak aku rasa bila tengok aksi bunuh membunuh dan blood spill yang melimpah ruah dalam filem ni. Dan sebagai sebuah filem aksi ganas, semuanya hebat. Keberanian untuk memberikan dialog dialog yang amatlah sensor kepada kebanyakan watak memang memberikan kekasaran sebuah gangster dalam filem ni. 

Keduanya, lakonan Namron, ditambah pula dengan Khir Rahman dengan juga Hans Isaac dan Zulhuzaimy memberikan satu aura gangster yang berbeza. Mesti korang dah tau macam mana lakonan diorang yang agak lain macam dan spesel tuh. Lakonan Zul Huzaimy agak best! Walaupun aku rasa macam jiwanya tak sampai sehinggalah habis walaupun aku faham relationship between Nizam dan juga Loy. Namron at his best! Khir Rahman punya komedi kurang menyengat. Tapi, as a gangster dia ada sengat! 

Ketiga, aku lihat Azlan Komeng! Ya, mamat pelagak ngeri yang sudah banyak berlakon dalam filem filem MIG. Saat pertama kali aku lihat watak itu dalam filem ni bila Nizam langgar kat warung tu, aku sudah nampak sisi lakonan mamat ni yang aku tak pernah nampak. Serius lakonannya best. Tambahan pula bila dia berani untuk ditimbus dengan pasir dalam satu scene brutal filem ni. 

Well, keempatnya, aku boleh katakan idea brutal dalam filem ni memang best! Serius keganasannya, keberaniannya, dan semua persembahan amat mengagumkan. Adegan Azlan Komeng kena timbus pasir mengingatkan aku kepada filem Bade Azmi saat Umie Aida ‘ditimbus’. Lama sudah adegan macam tu takde dalam filem Malaysia. Scene gaduh memang ganas. Pecah kaca kat kepala beberapa kali! Superb! 

Cuma negatifnya filem ni, seperti filem filem aksi gangster Malaysia lain, adegan gaduhnya caca merba. Aku hanya melihat satu pergaduhan yang memang tunggang langgang walaupun few shot macam scene lengan putus dan beberapa lagi diselangseli dengan mengagumkan. Aku mengharapkan scene yang lebih sempurna dan senang nampak apa yang sedang berlaku. Janganlah sembunyikan koreografi kalau kami nak tengok. Berikan itu! 

Yang lain pula, aku rasakan Nizam pada awalnya baik pengembangan ceritanya walaupun tak jelas siapa dia sebenarnya. Namun, saat geng geng mula berbalah, watak Nizam hampir tenggelam. Beberapa moment Nizam nampak tenggelam disebabkan garapan yang kurang sedap. Adegan akhir, bila Nizam explain pasal dendam dia dengan geng geng tu semua memang tak masuk lah. Tak ada feel. 

Aku juga agak janggal dengan bunyi bos watak Jimi yang suruh bunuh Nizam pada awal cerita. Apasal bunyi kat telefon macam bunyi duduk sebelah diorang je. Tak cukup bajet nak wat efek ke? 

Overall, Langgar mungkin satu refreshment dalam filem gangster. Ideanya bagus. Malangnya, kualiti kerjanya masih taraf kualiti Malaysia. Walaupun aku lihat adegan adegannya sudah hampir Hollywood style, malangnya, mungkin dengan beberapa kekurangan untuk visual untuk memberikan kegagahan filem ini hilang, Langgar sekadar biasa di visualnya. Namun, dendam Langgar superb walaupun anda rasa keboringan sekali sekala sebab lawaknya kurang menjadi.

3.5/5

1 comment:

  1. Setuju dengan komen. Filem yang penuh pelakon-pelakon hebat tapi sayang ada skrip-skrip yang kurang menjadi :)

    ReplyDelete

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS