Lebih kelakar dari Hantu Kak Limah. Opie Zami nampaknya sebagai pengarah buat pertama kali memang tahu apa yang dia mahu. Bukan itu je, dia juga tahu bagaimana menyajikan satu situasi luar biasa dalam sebuah filem komedi seram. Jauh dari komedi seram biasa, kisah Hantu Raya Tok Chai memang punya trademark Opie Zami yang nampak bagus untuk kariernya sebagai pengarah di masa hadapan. Pendek kata, Tok Chai adalah permulaan yang menarik!
Hantu Raya Tok Chai bukan kisah yang sengaja disendat sendatkan komedinya. Ianya bukan filem yang babak babaknya hanya ditangkap lepas tu muat masuk sekadar nak tambah durasi. Karya Opie ini menekankan elemen komedi situasi yang pada aku pertama kalinya aku lihat dibina dengan penuh tarikan dan sukar dijangka. Sukar untuk menjangka itu membawa penonton ke arah komedi yang berlaku secara spontan.
Komedinya kelakar. Opie Zami tidak memberikan dos yang melebih lebih sehingga buat orang meluat. Komedinya cukup sifat. Bagaimana interaksi antara karakter dari subplot subplot yang bertingkah antara satu sama lain menjadi penggerak kepada plot dan sekali gus membuatkan cerita ini tidak punya masa terbuang. Semuanya diisi dengan babak yang wajar dan juga sesuai. Sempurna!
Permulaan filem ni, pengarah membuka dengan satu tanda tanya. Kemudian, aku sedar yang plot itu akhirnya dipecah pecahkan. Setiap karakter ada cerita masing masing namun bertingkah antara satu sama lain di tempat tertentu. Dan yang paling terbaik, Opie menceritakan pengalaman komedi seramnya hanya dalam durasi satu malam tanpa menggunakan teknik flashback dan juga teknik yang berniat untuk melengahkan cerita. Itu yang bagus.
Hanya berbekalkan nama nama yang aku boleh sifatkan sebagai agak rendah untuk menarik penonton, pengarah nampaknya meletakkan kekuatan filem ni pada lakonan dan juga plotnya yang unik. Dengan dibarisi Kuswadinata, Sathiya, Intan Ladiyana dan Apek dan beberapa pelakon lain, tak ada sedikit pun aku rasa gah dari barisan pelakonnya. Namun, seperti aku cakap tadi, plot yang baik menghidupkan cerita ini.
Karakter polis yang cukup fresh, ditambah dengan lakonan Intan Liyana yang lain dari yang lain, juga dengan persembahan karakter karakter unik, Hantu Raya Tok Chai kecoh dengan plotnya yang cantik. Namun, bila komedi tok penghulu tengok jam tu agak buat aku bingung. Bukannya tak menjadi. Cuma aku curious about sesuatu. Jam tersebut bukan jam tangan digital. So, macam mana tok penghulu boleh cakap jam 15.30 pagi kat tok imam? Silap setting jam sebegitu boleh terjadi dalam jam digital je sebab tok penghulu tak tahu beza a.m dan p.m, kan?
Keseluruhannya, Tok Chai seperti Kak Limah. Niat cerita ini hanya untuk berdiskusi antara wujud atau tidak entiti halus. Selain itu, cerita ini juga tekankan sindiran terhadap orang kita yang selalu menduga sesuatu tanpa usul periksa. Alah, lebih kurang je mesej macam Kak Limah. Cuma, Tok Chai kali ini lebih ringan dan santai.
Puas dengan komedinya yang tidak sendat. Plotnya juga rapat dan jitu. Tidak ada masa yang dibazirkan untuk plot yang tak penting. Jujurnya, Opie Zami nampaknya sudah memberikan situasi baru dalam genre seram. Ini pandangan peribadi aku yang mungkin agak over. Tetapi, pada akulah, terpulang pada orang lain nak percaya atau tak. Ok! Secara peribadinya, aku rasa Hantu Raya Tok Chai lebih hilarious daripada Hantu Kak Limah!
4/5
nampak cam lari jauh sgt.. pujian untuk minoriti je..
ReplyDelete