Movie Mistakes

Monday, May 13, 2013

Novel: Mangsa (Gina Yap Lai Yoong)


Mangsa
Penulis: Gina Yap Lai Yoong
Penerbit: Fixi


Sekuel Ngeri ini mengingatkan aku kepada Hostel garapan Eli Roth. Ada sedikit rempah filem Vacancies dan juga garam garam dari filem filem ular Hollywood. Lebih tepat, minda aku dibawa mengingati tragedy Anaconda yang ada dalam filem filem luar. Mixture luar negara, internasional. Ditambah sedikit dengan gulai gulai original Malaysia. Twist dan juga kejutan demi kejutan dicipta. Dan akhirnya wallah! Itu dia, Mangsa tercipta. 

Mangsa bukanlah 100% sekuel. Walaupun ya, di akhirnya kita akan sedar semua karakter hanyalah ‘daging’ mentah yang menunggu untuk disajikan kepada watak Rehan yang dibina dalam novel pertama. Penulis menciptakan sebuah kampung, dan homestay. Sekaligus, sifat Malaysia berada jelas untuk tatapan. Namun, homestay dipaparkan punya misteri. Cantik. Dan yang lebih menggerunkan, misteri itu lebih diluar jangkaan. 

Penulis membina Jo. Seekor ular sawa. Dan terus terang aku tidak pernah terfikir yang ular sawa adalah subjek terpenting dan paling rare untuk menggambarkan kes kes kehilangan ini. Namun, baiknya watak ular dalam novel ini, tak ada jiwa manusia diserlahkan. Tak ada dendam ibu ular nak cari ular ke apa. Apa yang ada ialah bagaimana manusia memanipulasi haiwan untuk kepuasan diri sendiri. 

Terjerat. Terperangkap. Semuanya terpapar. Mangsa dibina dengan beberapa plot berasingan. Kisah pencarian Rosmah (yang berakhir dengan sudden death tanpa dijangka), kisah Rehan (sambungan watak dari Ngeri), kisah Hani dan Jo, dan juga kisah friend with benefits Natalia dan Nazwan dipapar berasingan. Namun, semakin ke tengah, kesemua karakter bergabung dalam satu bowl. 

Cuma aku terfikir apa relevannya Natalia menggunakan first point of view manakala watak watak lain tidak. Namun, aku tak rasa masalah apa pun tentang hal tersebut. Cuma sedikit pelik dan kurang memahami kepentingan Natalia menerima treatment yang sedikit special berbanding cerita karakter lain. 

Dan yang agak skeptikal dengan hidup Melayu yang otak free, mungkin korang akan agak pelik dan terkejut dengan kehidupan Natalia dan Nazwan yang digambarkan sebagai Melayu free thinker. Tak ada apa yang aku nak tekankan di sini. Cuma sekadar nak beritahu watak ini agak pelik. Namun, pelik itulah menambah rencah Mangsa. 

Walaupun aku agak janggal bila penulis mengelar kes dari novel sebelum ini sebagai kes Ngeri, aku rasa Mangsa tak ada masalah. Cuma pada awal tu aku rasa penulisannya macam sukar aku nak hadam sebelum aku berada di trek yang betul beberapa bab selepas itu. Mungkin kes Ngeri menerima nama khasnya yang tersendiri. Bukan apa, bila dok ulang kes Ngeri berkali kali, kepala aku hanya mengingat kepada plot Ngeri dan bukannya kepada jenayah Rehan. 

 Awesome! Macam aku cakap dalam review Ngeri, penulis ni memang kepala otak Hollywood. So, walaupun nama nama watak Melayu, penulis berjaya blend in all the horror and unbelieveable plot dengan cantik dan menarik. Disebabkan Rehan masih diberi treatment anti-klimaks, rasanya wajar kot Rehan itu diberi satu plot khusus yang lebih berat dalam sekuel seterusnya, kan? 

4/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS