Selepas Cinta Beruang memberikan persepsi negatif pada aku tentang pengarah India yang buat filem mengikut formula filem di India, aku rasa Gila Gila Remaja 2 ini akan mengikut halatuju yang sama. Malah setelah melihat kegagalan dalam plot Adik Manja Returns yang nampak amat jauh berbanding filem asal, persepsi aku terhadap filem Gila Gila Remaja nampaknya tidaklah terlalu baik. Aku rasakan filem ini mungkin akan jadi tipikal filem yang gagal di hati penonton Melayu seperti aku.
Malangnya, semua persepsi aku itu musnah. Gila Gila Remaja 2 jauh lari dari persepsi aku terhadap Adik Manja Returns dan juga Cinta Beruang. Daripada Naga, pengarah yang pernah muncul dengan Ghazal Untuk Rabiah pada tahun 1997 dan Iskandar pada tahun 2003, Gila Gila Remaja 2 jauh lebih baik dari persepsi dari hanya melihat trailer. Mungkin kerana penglibatannya dalam Gila Gila Remaja pertama mungkin sedikit sebanyak memberikan pengarah ini pengalaman untuk mengarahkan filem ini.
Selepas 10 tahun, aku rasakan pengarahan Naga sama saja dengan Iskandar (2003). Elemen Bollywood disertakan dengan jelas namun pengarah ini bijak menitik unsur kemelayuan dalam karyanya. Walaupun kadangkala agak sukar untuk dihadam semua peminat filem melayu sebab unsur bollywood yang mungkin sesetengah je yang minat, pengarah ini tidak pernah berhenti untuk mencuba trademarknya sekali lagi dalam filem sekuel ini.
Permulaan Gila Gila Remaja 2 memang berterabur. Plot diperkenalkan satu persatu. Tipikal macam filem filem Priyadarshan! Aku tertanya tanya pada awalnya tetapi penulisan cerita ini tidak mengambil masa yang lama untuk membawa kepada watak utama kita, Haikal. Pengarah nampaknya mengisi minit awal dengan joke yang tak penting untuk plot tetapi boleh buat orang ketawa. Sekurang kurangnya taklah bosan.
Kehadiran Faizal Hussein as cameo Azroi memang berjaya mengembalikan memori Gila Gila Remaja. For sure, ianyanya akan buat orang yang menonton filem asal teruja. Walaupun babaknya satu je, tapi ianya amatlah penting. Tahniah kerana babak tersebut dijayakan dengan sempurna untuk sebuah kesinambungan yang agak penting ini.
Kehadiran Faizal Hussein as cameo Azroi memang berjaya mengembalikan memori Gila Gila Remaja. For sure, ianyanya akan buat orang yang menonton filem asal teruja. Walaupun babaknya satu je, tapi ianya amatlah penting. Tahniah kerana babak tersebut dijayakan dengan sempurna untuk sebuah kesinambungan yang agak penting ini.
Walaupun aku rasa plotnya kadangkala lebih mengutamakan komedi berbanding cerita, aku rasakan ianya tak ada masalah. Bila cerita Haikal sudah menjadi plot utama, maka bermulalah sebuah cerita cinta terhalang ala ala klasik Bollywood gitu. Aku suka garapannya sebab ianya digarap dengan baik walaupun pada aku adakalanya dialog agak skema dan adakalanya juga dialognya terlalu over. Namun, aku rasakan unsur tersebut menjadikan Gila Gila Remaja 2 penuh dengan romantiknya, komedinya dan juga kelemahannya. Semua ada!
Jujurnya, Fizz Fairuz nampaknya ada aura Nur Kasih. The way he talk nampak sebijik meminjam wataknya dalam filem Kabir Bhatia itu. Hairul Azreen cuba untuk naik. Dialognya, masa dia lafaskan cinta tu amatlah ‘cute’ dan menjadi. Malangnya, watak itu tenggelam apabila Taiyuddin Bakar membina kekuatannya sendiri walaupun dia hanyalah sidekick. Watak Taiyuddin Bakar dengan gandingan bersama Sathiya pada minit2 terakhir memberikan finale Bollywood terbaik (secara peribadi) dalam filem Malaysia!
Watak ibu bapa Afiq dan Lisa dilihat mempunyai kekurangan yang amat jelas. Terlalu kaku dan hanya digunakan sebagai penyambung kepada babak babak yang watak lain tak boleh nak gerakkan. Watak mamat yang rambut putih tu amatlah kayu kesamsengannya. Watak sahabat Afiq pula, aku suka mamat singh tu. Karakternya lebih menonjol daripada rakan rakan yang lain.
Overall, aku nak cakap yang Gila Gila Remaja 2 ni macam filem Bollywood Malaysia. So, kalau korang tak minat formula Bollywood, for sure korang akan tak suka filem ni. Bagi aku, filem ni antara filem dari pengarah india yang baik selepas kegagalan filem pengarah India lain macam Apa Tengok Tengok dan Cinta Beruang. Naga memang tahu apa yang dia buat. Dan pada aku, Gila Gila Remaja ada komedi dan fighting scene yang awesome walaupun aku rasa plotnya masih boleh dikemaskan lagi.
3/5
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS