Movie Mistakes

Tuesday, April 2, 2013

Review: Cerita Kita

Potongannya cantik. Tak ada menunjukkan tipikaliti filem filem MIG langsung. Pengarahan Pierre Andre amat berlainan sungguh dalam filem ini. Cerita Kita menjadikan satu lagi aras baru bagi filem filem MIG. Bukan aku nak cakap, 2013 nampaknya menunjukkan kompani ini mula berevolusi dengan filem filem out of box di samping filem filem biasanya. Dan aku respek Cerita Kita sebab ianya punya visual yang amat lain dari filem filem MIG lain. 

Yana Samsuddin kembali kali ini dengan watak yang berbeza. Ika nampak amat comel dan juga sangatlah memberi perasaan ‘sweetnyeeee’ kepada penonton terutamanya sekali kepada penonton penonton muda. Pada aku, lakonannya menjadi. Mungkin disebabkan oleh kecomelannya, dan juga skrip yang agak meyakinkan, watak Ika tidaklah menjadi terlampau gedik dan juga meluat. Cukup cukup rasa. 

Pekin pulak antara persembahannya yang agak memberansangkan selepas Bunohan. Melihatnya dalam watak yang agak komersial dan simple macam ni menampakkan lagi sisi sisi pelakon ini. Lakonannya memang selamba dan realistik. Punya nadi yang cukup untuk membuat penonton merasakan reality yang cuba dipaparkan. Lakonannya memang ada keunikannya tersendiri. 

Fezrul mungkin agak kurang menyengat bagi aku. Mungkin aku sendiri kot yang agak kurang biasa melihat lakonannya dalam karakter sebegitu. Namun, lakonannya memang agak boleh tahanlah sebab dialognya agak membantu dalam perkembangan wataknya. 

Pada ceritanya, aku yakin bagi yang dah menonton akan mengatakan ceritanya memang simple. Cerita dua lelaki merebut seorang perempuan. Cliché! Tetapi garapan romantic gaya Pierre Andre memang memberikan nafas baru dalam story yang agak simple dan boleh diagak ini. Garapannya membolehkan penonton terutamanya muda mudilah dalam feeling lentok punya bila tonton filem ni. 

Aku suka visualnya. Kamera yang shaky shaky tu memang cool lah dan memang beri roh yang baru kepada filem romantik sebegini. Walaupun aku rasakan ada beberapa part yang tak wajar di’shaky shaky’kan visualnya sebab mengganggu fokus, keseluruhan visualnya hampir lari sangat jauh dari filem filem MIG lain. Pendek kata, ini karya Pierre Andre yang lain dari yang lain. 

Membandingkan filem filem Pierre Andre dari 9 September hinggalah terkini, pengarahan filem Cerita Kita adalah yang paling sempurna dalam filem filem Pierre Andre. Pendekatannya yang nampak lebih reality dan juga memberikan nilai estetikanya tersendiri memberikan filem ini sebuah pakej baru dalam senarai filem filem MIG. Seni yang selalu ditinggalkan dalam filem filem MIG diisi sebagai satu nafas baru kepada filem filem MIG. Dan, ya, ianya membanggakan. 

Dengan dialog yang memang cukup sweet dan kreatif serta buat orang yang bercinta tersenyum simpul, Cerita Kita adalah sebuah filem simple yang boleh dijangka endingnya. Tetapi, dalam cerita sebegini, rasanya ending tidak menjadi focus utama. Apa yang penting ialah bagaimana usaha karakter dan juga konflik diantara karakter yang dekat dengan hati yang pernah mengalaminya. 

Cerita Kita pada aku, secara peribadi amat menarik. Lakonan Pekin, Yana dan Fezrul memang sesuatu yang berbeza dan wajar dilihat. Ini bukan sebuah filem MIG biasa. Ianya lebih dari itu. Sebuah garapan Pierre Andre yang agak cantik dan terbaik. 

4/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS