Malang sungguh Awan Dania versi movie ini tidak memberikan nafas yang dicipta dalam drama bersirinya suatu ketika dulu. Sangat sangat mengecewakan apabila watak Dania itu terkontang kanting dengan semua pembaharuan yang diberikan kepada semua ceritanya. Malang sungguh kepada peminat Awan Dania kerana mungkin apa yang mereka harapkan nampaknya dibom berkecai, musnah harapan, tinggallah apa yang ada sekarang saja.
Rashid Sibir kali ini memang tidak mampu mengembalikan kehebatan Laila Isabella mahupun CInta Luar Biasa dan juga drama tv tangkap nangisnya di layar perak. Garapan kali ini (menggantikan Azizi Chunk Adnan yang mengarahkan drama bersirinya) mungkin aku boleh katakana garapan paling teruk dalam sejarah pengarah ini. Maaflah. Aku rasakan Awan Dania The Movie amat teruk hampir dari semua aspek walaupun aku nampak Scha Alyahya cuba sedaya upaya memuaskan penonton dengan lakonannya.
Pertamanya, Dania dipisahkan dengan dunia penerbangan yang memang menjadi tiang utama drama bersirinya. Apabila jadi macam tu, Awan Dania The Movie tidak ada apa apa yang spesel. Cuma sebuah cerita biasa yang cuma watak wataknya berada dalam bidang penerbangan. Malah lebih teruk lagi, ceritanya tidak berfokus kepada penerbangan pun. Maka apa kejadah ber’awan dania’ kalau tidak ber’awanan’ ceritanya!
Keduanya, aku rasakan editing amatlah mendukacitakan. Aku rasakan babak awal filem ini menjengkelkan. Malah, bagaimana binaan babak itu sendiri tidak berapa sesuai. Lebih lagi, kontinuiti dan relevan sesuatu babak dilihat tidak diteliti dengan kemas. Aku kurang jelas tentang Remy, aku kurang jelas juga tentang watak lakonan Dee yang entah apa apa, dan aku juga kurang jelas dengan permainan balas balas dendam antara Dania dan Tania. Aku juga agak bingung dengan permainan jiwa watak Tania.
Seriously komedinya biasa. Terlalu biasa. Komedi yang tidak langsung menggambarkan keistimewaan Awan Dania. Malang sungguh apabila drama bersiri yang hebat ini tidak diisi dengan bahan bahan yang ada dalam drama. Bukan apa, aku ada tonton the making dan Rashid Sibir kata dia nak ubah dan tak nak jadi macam drama bersiri. Aku kurang setujulah sebab peminat minat gaya yang ditunjuk dalam drama tv. So, berikan apa yang diorang mau dan korang pun untung.
Apapun, aku lihat lakonan Scha Alyahya memang tidak kurang hebatnya. Dia memang seboleh bolehnya berusaha untuk memberikan lakonan yang mantap. Komedinya, kecomelannya dan juga kesedihannya jelas ditonjolkan kemas dengan gayanya tersendiri. Malang sungguh lakonlayarnya tidak membantu menghidupkan lagi watak Dania dengan lebih baik.
Terkilan jugaklah sebab filem ini punya kualiti visual yang sederhana dan tidak hebat macam drama tv. Malah, kadangkala dengan komedinya yang tidak logik, dan kontinuti yang gila teruk macam scene khemah masuk air tu, aku tak dapat terima komedinya. Ew, si Dania tu buat khemah jauh dari kawasan air pasang kot. Tak logiklah dia boleh masuk dalam air khemahnya tu.
Filem paling teruk Rashid Sibir. Dan juga filem paling teruk dari Tayangan Unggul untuk 2013. Awan Dania tidak menjanjikan apa apa yang baharu. Semuanya lebih teruk dari drama tv yang korang tonton dulu. Walaupun lakonan Scha Alyahya memang tidak mengecewakan, namun Awan Dania seolah tidak wujud dalam filem ini. Sangat kesian kepada peminat Awan Dania. Pasti terkeceiiiiiwa…
2/5
buang masa, buang karan dan buang hingus tengok awan dania the movie ni... tengok doaremon pun lagi berbaloi..
ReplyDeletememang tak best langsung. patutnya ada continuity tentang hubungan dania dengan benji.. kesian watak benji dikesampingkan.
ReplyDeletebuang masa sgt tgk awan dania the movie.