Movie Mistakes

Saturday, March 9, 2013

Review: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit

Mamat Khalid memang seorang pengarah yang ada vision. Aku nampak yang dia dah ubah filem komedi jadi luar biasa giler dengan Hantu Kak Limah 2 ini. Dengan persembahan yang menarik dan juga gaya komedinya yang memang ala ala kampong pisang, Hantu Kak Limah 2 ini memang satu trademark Mamat Khalid yang patut dibanggakan dengan keunikannya walaupun adakalanya kita rasa macam menonton filem Kak Limah pertama dalam versi ‘recyle’. 

Vision Mamat Khalid dalam membawakan kisah Kampung Pisang the next level memang gempak! Serius aku tidak menjangkakan yang Jin Pakai Toncit itu sebenarnya sebuah animasi CGI full scale yang tidak pernah aku saksikan. Cicakman pun rasanya tidak menampilkan animasi CGI full scale seberani itu sebab tahap animasi kita masih sederhana. Walaupun adunan animasi dan reality kadangkala kurang kemas, terutama masa Jin Pakai Toncit pegang Husin, ianya masih layak dipuji. 

Ceritanya bersambung terus dari Hantu Kak Limah namun kali ni lebih fokus kepada Husin. Pada pertamanya, awal cerita ni sendiri aku dah nampak yang visual Hantu Kak Limah 2 kali ini memang ‘menangkap’. Permulaan yang ada lagu ‘negaraku’ versi asal yang pada aku, ada maksud tersirat yang mahu disampaikan amat buat aku pergamam. Kemunculan Afdlin seterusnya membawa efek CGI sebagai satu tarikan, dan ya, walaupun aku rasa hek eleh je dengan CGI tu, aku teruja sebenarnya. 

Then in the middle, aku rasa macam ah, ini semua lawak lawak biasa Hantu Kak Limah. Wang Pak Jabitnya, dan karakter karakter yang bermain di sekitar itu yang menggambarkan masyarakat yang mahu dipaparkan menjadi paparan. Dan Husin, watak yang kadangkala ‘melukut di tepi gantang’ ni menjadi focus utama. Dan ya, cara cerita tu bergerak aku rasa agak pelik. Namun kontinuitinya aku rasa boleh diterima. Come on, ini Mamat Khalid style! 

Kagum dengan watak Dr. Samsuddin yang mengingatkan aku kepada kisah Sitora Harimau Jadian yang aku baca melalui novel. Mungkin reference itu ada kaitannya juga sebab aku nampak yang mamat bernama Dr. Samsudin ni ibarat seorang doctor yang mempunyai kepercayaan mistikal even in the end, kita dah jelas kenapa dia sebegitu. Gempaklah lakonan Rashidi Ishak walaupun suaranya agak dibesarkan untuk bikin gempak. 

Efek CGI memang ohsem. Walaupun kita di masih tahap sederhana untuk membina sebuah full scale punya makhluk menggunakan CGI, aku rasa ending filem ni membuktikan yang Mamat Khalid mahu memberi kelainan selain mencipta dan mengulang trademark Kak Limah dengan caranya tersendiri. Aku amat suka babak Dr. Samsudin bertukar tu sebab itu kali pertama aku lihat pertukaran makhluk ke makhluk yang amat gempak macam tonton filem Hollywood. 

Aku rasa Awie nampak sekadar di pinggiran. Ceritanya nampak terserlah pada kekuatan Rashidi Ishak yang cool dan gempak. Entah kenapa, aku rasa seronok melihat cara visual Hantu Kak Limah 2 dipaparkan dari melihat kepada karakter. Keunikan dari segi permainan visualnya, dengan pelbagai gaya kamera yang memang awesome memang buat aku terpikat. Babak video klasik hitam putih tu buat aku ketawa berdekah dekah sebab ianya kali pertama aku saksikan dalam filem Melayu babak sebegitu. 

Apa aku boleh cakap, awal awal tu filem ni tampilkan kebiasaan. Yalah, dengan Usop Wilchanya dengan dialog perlinya yang menjadi identity. Namun, lama kelamaan, semakin Mon dan Dr. Samsudin dibawa ke tengah filem, Hantu Kak Limah 2 jadi luar biasa. Percubaan visual dari visionary director Mamat Khalid memang luar biasa. Sebuah visual komedi yang lain dari yang lain. A must watch! 

 4/5

1 comment:

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS