Movie Mistakes

Monday, March 18, 2013

Review: Gangster Celop

Gangster Celop ni pada awalnya aku rasakan mungkin Ahmad Idham nak bawakan komedi ala ala Mael Lambong yang melambong giler tu. Namun, bila aku tonton, filem ni totally different. Malah, filem ini ada peningkatan dalam kesemua elemen elemen yang pengarah ini cuba terapkan. Aku tak gelak gila babas sebenarnya bila tonton filem ni. Tapi, walaupun taklah tergelak sakan, aku rasa filem ni tak berjaya buat aku tertidur. 

Dalam erti kata lain, Gangster Celop ni adalah sesuatu yang fresh. Aku banyak suka sama itu elemen elemen yang digarap. Pertamanya, Gangster Celop menolak kesemua elemen elemen cliché filem gangster. Dari kejayaan KL Gangster, banyak filem gangster selepas itu nampak mengikut arus. Keganasan, dan di akhirnya pengajaran. Walaupun ada komedi dalam filem gangster, namun, nampak kalut dan tenat. 

Tapi tu tak terjadi dalam Gangster Celop. Babak babak gaduh dikurangkan. Malah adegan bawak kuncu kuncu bergaduh diterbalikkan dan dihilangkan. Menjadikan Gangster Celop hanya bercerita tentang dua gangster yang baru keluar penjara sahaja. Itu menarik. Aku dapat masa untuk menilai dan juga memahami personality gangster insaf yang dibawa dengan sempurna. Malah, walaupun tiada babak gaduh ramai ramai, filem ini masih berjaya menunjukkan kegengsterannya. 

Aspek lain, Ahmad Idham bijak memberikan pelakon pelakon memegang watak yang memang tak pernah ditonton penonton. Usop Wilcha dengan watak polis gila pangkatnya, Yus Jambu dengan watak pertamakalinya, kehadiran Lan Pet Pet dan juga Azad Jasmin dalam watak gangster utama memang membuatkan filem ni nampak fresh dari gabungan actor dan actress. Kesemuanya seperti menonton sebuah filem pertama dari pelakon pelakon ini. 

Bukan aku nak cakap apalah, walaupun aku tak gelak banyak dalam filem ni, aku respek garapannya yang tenang. Aku tak berapa nak suka filem filem yang nak cepat habis, dan tidak mementingkan elemen art dalam sesebuah filem. Pada aku, filem ini ada semuanya. Dramanya cukup sifat dan tidak membosankan. Komedinya sederhana dan tidak melebih lebih. Dialog yang bagus, dan twist yang menarik. 

Lakonan pulak, aku sebenarnya puji kesemua pelakon. Aku sebenarnya banyak komen filem lakonan Kamal Adli yang aku sifatkan lakonannya amatlah teruk. Namun, dalam Gangster Celop, pelakon ini nampaknya dididik baik pengarah. Lakonannya best! Ada jiwa dan komedinya sampai. Syamsul Yusof pulak, walaupun aku rasakan dia ni mencuba habis baik, lakonannya tetap lebih baik dari filem filem arahannya sendiri. 

Hanis Zalikha pula aku tak sangka mampu membawakan wataknya dengan baik walaupun aku lihat wataknya sekadar di pinggiran. Bestlah! Muka baru dalam dunia lakonan. Yus Jambu pula nampak sangat kejambuan tapi wataknya memberikan sisi baru untuk watak gangster. Usop Wilcha lebih baik dari watak dalam Kahwin 5! 

Cerita Aman dan Kamal ini memang less komedi dari segi dialog. Cuma mungkin komedinya lebih banyak hadir pada pelakon yang memegang watak yang anda sendiri pertama kali melihatnya. Dengan skrip dan visual yang jauh lari dari filem filem gangster Malaysia, Gangster Celop membuktikan kerjasama Skop Prod dan Excellent Pic nampaknya satu usahasama yang bagus. Kalau ada sekuel kan best.. 

4/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS