Movie Mistakes

Thursday, March 21, 2013

Novel: Adam & Hawa (Aisya Sofea)


Adam & Hawa

Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21
beli novel di sini

Pertamanya, aku tak tonton drama tv Adam dan Hawa di Astro Mustika HD. Tapi, disebabkan promosi drama tv tu lah yang menyebabkan aku membeli senaskah salinan novelnya. Sempat baca dalam jangka masa yang lama jugak sebab kesibukan, aku dapat satu pengalaman baru dalam membaca novel Alaf 21. Daripada keseluruhan cerita 

Aisya Sofea ini, aku mengerti, sasaran novel ini bukan sekadar memberi satu ruang untuk berfantasi tentang cinta, tetapi ruang untuk berfikir tentang reality seorang lelaki. Aisya Sofea membina Adam dengan sifat playboy baiknya dengan sempurna. Nampak diadunkan sisi jahat dan sisi baik lelaki dalam watak tersebut dengan baik. Pada aku, garapan Adam ini seperti satu manifestasi reality seorang lelaki. Walaupun ya, tak semua lelaki seperti Adam, tapi lelaki sebegitu rasanya adalah lumrah yang wanita perlu hadapi. Hawa pula, digambarkan dengan ego dan perasaan ‘aku mahu balas dendam’ menerangkan yang mereka bukanlah kaum yang boleh dipermainkan. 

Dalam erti kata lain, Adam dan Hawa sebuah cerita yang menceritakan kisah reality dunia bercinta dan juga perjalanannya dengan elemen elemen kesabaran, ego dan juga kejujuran. Pada aku, garapan Aisya Sofea yang ini (belum pernah baca yang lain) cuba menggambarkan yang sesuatu yang ditakdirkan akan terjadi pasti akan terjadi dan kita sebagai manusia harus menerimanya. 

Honestly, dari segi penulisan, aku rasakan gayanya tenang. Menggunakan first point of view, penulis nampaknya membawakan jiwa kewanitaannya dalam setiap perkataan yang ditulis. Dari sudut pandangan Hawa kita dapat lihat bagaimana intrepertasi seorang wanita terhadap seorang lelaki dalam hidupnya dengan lebih jelas. 

Mungkin peminat setia conform tak baca review ni sebab diorang dah lama tau yang novel ni best. So, pada yang belum baca, aku rasa boleh try baca sebab gayanya tidaklah terlalu melebih lebih (tidak seperti mana gambaran watak dalam Ombak Rindu). Cukup sederhana dan tenang. Naratifnya yang sudah mampu dijangka hujungnya bukanlah perkara yang penting. Apa yang penting ialah bagaimana kita melihat seorang wanita mengharungi dugaan hidupnya.

Overal, taklah segedik Ombak Rindu. Cinta ain & adam taklah terlalu melebih2 romantiknya. Suka dengan ego Ain. Ending yang sederhana dan bukannya berniat nk buat orang menangis ke ape. Ada sesuatu yang Aisya Sofia mahu sampaikan. Bukan sekadar novel cinta jiwang kosong.

4/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS