Bila Sofarz buat movie, aku rasakan Sepah The Movie memang akan kaboom. Hancur. Bukan apa, dengan filem yang mengangkat sebuah kumpulan komedi popular, membandingkan dengan bagaimana teruknya Sofarz The Movie, aku rasa ceritanya pasti hambar. Sepah The Movie memang akan hancur sepertimana filem yang menonjolkan nama pelakon itu sendiri seperti Sofarz. Tapi, oh tidak tidak! Semuanya aku tarik balik.
Filem ni memang menampil Sepah-style yang agak baik dan cukup rencah. Walaupun drama komedinya nampak seperti tak ubah seperti komedi di saluran tv, gayanya nampak menjadi. Tahniah kepada penulisnya yang berjaya membawa idea ini menjadi sehebat ini. Jadi, Sepah The Movie berjaya memijak Sofarz yang tidak membina cerita yang menarik.
Aku bukanlah peminat Sepah. Tetapi, aku tahu mereka. Aku tahu gaya komedi mereka. Dan aku rasa Sepah The Movie memang tidak membawakan 100% komedi Sepah. Tak ada perkara yang berlebih lebihan dilakukan kepada setiap adegan yang sehinggakan membenarkan penonton untuk rasa meluat. Serius, ceritanya, komedinya cukup cukup rasa. Sesedap drama tv di Astro Warna.
Ya, filem ini memang mengingatkan aku kepada filem Bujang Lapok. Malah, filem ini juga mengingatkan aku kepada ragam tiga orang konon konon cacat merebut seorang perempuan dalam Bujang Terlajak. Dua filem ini nampaknya berstruktur sama cuma apa yang membezakan hanyalah insiden insiden komedi yang berlaku yang dibuat acuannya ikut penulisan dan keadaan. Menariknya cerita ini ialah kerana ceritanya yang simple.
Selain simple, bagaimana penulisan filem ini memberikan imbangan terhadap hobi Jep, Shuib dan Mamat, watak antagonis ala Hindustani iaitu si Based dan juga cinta Jep dengan Ayu Sofea semuanya tidak ditinggalkan dalam setiap babak. Semuanya dibawa hingga akhir sehinggakan aku dapat rasakan komedi dan emosinya walaupun semuanya sudah dapat diijangka sebab patern filem ini yang nampak macam Hindustani.
Tahniah walaupun aku rasa ianya seperti sebuah drama. Sepah The Movie memang cukup menggembirakan. Pastinya pagi peminat Sepah, filem ni memang akan mengeletek giler giler punya. Pada aku, yang hanya menonton dan mengambil tahu, hanya memerhati dan sekali sekala tersenyum.
Tabik kepada Syuib kerana lakonannya memang berkesan dari anggota Sepah yang lain. Jep pula masih dengan mimic mukanya yang kelakar dan kadangkala beremosi. Memang hebat. Cuma malangnya, Mamat nampak ditinggalkan tanpa apa apa konflik dan hanya menyokong Jep dan Syuib. Jehan Miskin nampak macam tak bagus je jadi jahat. Tapi, komedinya aku respek walaupun tak menjadi. Dah mencuba sehabis baik.
Tak banyak yang buruk pasal filem ni. Mungkin watak mamat pondan tu aku rasa tak perlu kot sebab Sepah sudah mampu menjana komedi mereka. Dengan skrip yang brilliant dan simple, aku rasa Sepah The Movie mungkin memang akan diakui best bagi peminat drama tv komedi khususnya. Bagi aku, aku akui penampilan Sepah dari segi penceritaannya lebih baik dari penceritaan filem Sofarz The Movie. Ke hadapan nanti, artis mana pulak nak buat filem guna nama sendiri? Jambu The Movie mungkin…
3/5
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS