Movie Mistakes

Thursday, January 31, 2013

Review: Flight

Well, what I can say bout this film is, Denzel Washington memang diuji habis habisan dalam watak yang serba kompleks dan juga mencabar. Memang aku amat kagum dengan bagaimana pembawakan watak Whip dalam filem ni yang nampak cukup kompleks untuk dihuraikan. Dengan tulisan yang agak baik dan durasi yang agak panjang, Flight memang sebuah drama dari Robert Zemeckis yang agak bagus. 

Pengarah ni kembali ke arahan filem menggunakan manusia selepas lama dulu pada tahun 2000, dia pernah hadir dengan dua filem box office, Cast Away dan Forrest Gump. Selepas itu, filemnya lebih menjurus kepada animasi. Papepun, kembalinya pengarah ini memang memberikan persembahan terbaiknya. Seperti Cast Away, Flight memang ada lakonlayar yang mantap dan juga ceritanya yang bagus. 

Mungkin aku rasa kebagusannya terletak di pelbagai sudut. Pertamanya, konflik bagaimana seorang pilot yang telah melakukan jasa nampaknya menghadapi satu lagi masalah yang akan menghukumnya dibawa dengan begitu baik. Bayangkan si pilot ini sudah menyelamatkan nyawa walaupun ada kematian namun karma akhirnya member satu balasan terhadap satu kejahilan yang dia sendiri sembunyikan tanpa siapa tahu. 

Permainan balasan baik buruk ini bermain di sepanjang filem apabila kita dibawa menulusuri dunia Whip yang ketagihan alcohol tanpa diketahui sesiapa pun. Dan ketagihan alcohol ini, walaupun ianya tidak ada kaitan dengan kejadian kapal terbang terhempas yang diselamatkannya, telah membawa kepada satu arah jalan hidup yang akan membengkok jika dia tersilap langkah. Amat menyukai konflik dan juga sedikit kesombongan untuk jadi jujur dalam diri Whip yang ditonjolkan. 

Aku nampak, Whip digambarkan sukar untuk berubah kerana tabiat alkoholiknya itu seperti iblis yang sentiasa mengaburi. Namun, disebabkan kebiasaan, perubahan itu hanya sementara dan tidak mampu mencari perubahan yang besar. Denzel memang powerful dalam menangani semuanya dan ya, I love his acting dalam semua filemnya. He’s a man! 

Pada awalnya, memang penonton akan terpegun dengan visual beberapa ketika sebelum kapal terbang terhempas. Ya, for the first time ever, korang akan lihat kapal terbang dipandu terbalik kuang untuk mengelakkannya jatuh ke kawasan perumahan. Cukup best walaupun aku rasakan visual saat kapal terbang terhempas (dari view kamera handphone) nampak macam sedikit unrealistic. 

Mungkin akan ada kebosanan kalau korang tak minat drama. Flight memang agak berani sebab di masa Hollywood tengah giler babas terbitkan reboot da juga filem yang menggunakan CGI yang banyak, Robert Zemeckis lawan arus dengan hanya memberikan ruang untuk CGI digunakan dengan mendadak hanya pada babak kapal terbang terhempas. Selebihnya, ianya adalah visual reality yang tidak kurang hebatnya. 

Overall, aku rasa Flight memang sebuah filem yang hebat. Dengan lakonannya yang extraordinary dan juga kisah manusia yang berserabut untuk sebuah kebenaran dalam diri, ianya memang sebuah filem menarik. Ianya bukan hanya cerita tentang kapal terbang yang terhempas. Ianya lebih dari itu. Tonton Flight dan korang akan dapati yang kebenaran itu kadangkala perit untuk kita luahkan sehinggakan kita berbohong untuk sebuah kehidupan. Namun sampai bila pembohongan tu mampu kekal? 

4/5

1 comment:

  1. film hollywood musti di banyakin yg fokus dengan cerita/karakter..jangan hanya tergantung dengan CGI melulu

    ReplyDelete

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS