Masih idea idea biasa yang tak mampu untuk memberikan kepuasan. Strawberi Cinta yang pada aku, mungkin dibuat untuk menarik dan memancing penggemar filem filem Jepun mahupun siapa saja yang merasakan ada kelainan dalam file mini untuk menonton. Malangnya, pasti semua orang setuju jika ada yang mengatakan filem ini sebenarnya tidak sempurna dari pelbagai sudut. Strawberi selalunya sedap, tetapi cerita filem atas nama strawberi ini hambar.
Lembab mungkin satu perkataan yang mungkin aku boleh katakan. Maaf aku cakap, kesemuanya nampak kosong dari awal hingga akhir. Tidak ada cerita yang khusus dan membolehkan aku menonton dan terus menonton hingga akhir. Segala ceritanya nampak kelam kabut sekejap ke sana sekejap ke sini macam tak ada arah tuju sehinggalah satu titik dimana cerita utamanya mahu diceritakan.
Cerita utama filem ini tentang Ichigo yang nak cari ibunya yang terpisah disebabkan satu perkara silam. Dan what the.. ceritanya macam nak tak nak saja ditonjolkan. Sekejap tenggelam sekejap timbul. Keluar masuk begitu saja tanpa arah tuju. Malah, cerita cinta antara Ichigo dengan Hakimi nampaknya macam nak tak nak je diceritakan. Kesian sungguh dengan watak partner bisnes Hakimi lakonan Diana Amir yang macam tak ada apa apa.
Overall, dari segi potitifnya, aku rasa Strawberi Cinta mencuba. Itu yang baiknya lah. Mana ada orang lain yang berani mempertaruhkan filem yang separuh filem menggunakan perbualan bahasa jepun dan juga mix up language. Memang tahniahlah kepada penulis penulis dialog yang bertungkus lumus menyiapkan segala galanya. Walaupun aku taklah faham bahasa Jepun, bahasanya menjadilah. Segala galanya perfecto!
Positifnya lagi, unsur islami itu nampaknya satu keunikan walaupun aku rasakan unsur islami itu nampaknya hanyalah trend MIG untuk menarik penggemar penggemar filem Islami. Walaupun tak menjadi, bolehlah diberikan pujian.
Namun, dari keseluruhan filem, aku rasakan negatifnya terlalu banyak. Pertamanya, cerita ini amatlah lembab macam kura kura. Terlalu banyak dialog dialog yang tak penting dan tak menunjukkan jalan cerita. Terlalu banyak sehinggakan tenggelamnya cerita pencarian ibu Ichigo yang sepatutnya lebih diberi penekanan berbanding cerita Ichigo dalam pakej percutiannya. Terlalu banyak lawak yang tak patut ada, dan ianya teruk sangat sangat.
Malah, aku rasakan ending cerita ini, babak dimana ibu Ichigo jelaskan kenapa dia berpisah nampak macam bodoh je. Earthquake tahun bila? Itu tidak dijelaskan dengan baik. Or malas buat kajian nih? Amat amatlah pelik apabila Ichigo tetiba saja menangis di bahu ibunya tanpa apa apa sebab yang memulakan. Janggal.
Selain itu, beberapa reaksi yang agak pelik nampaknya menjadikan beberapa scene filem ini nampak dikerjakan sambil lewa. Masa Ichigo dedahkan tujuannya datang ke Malaysia atas sebab dia nak cari ibunya, reaksi Hakimi tidak terkejut sikit pun. Boleh je terus dia masuk ke dalam cerita dengan sukarela. Malah, penjelasan bagaimana polis boleh jumpa ibu Ichigo di Kampung Pulai nampaknya tidak dijelaskan dengan baik. Yang peliknya, si penyiasat peribadi kata yang mak Ichigo ada kat Kedah. Mana satu nih?
Lastly, dialog filem ini nampak goyah dan erk terlalu biasa untuk berada dalam standard filem. Aku mula sedar beberapa dialog ibu Hakimi nampak macam luar biasa kepelikannya pada sesetengah babak. Agak janggal. The rest oklah.
Keseluruhan cerita ini sambil lewa. Mungkin faktor x yang menjadikan satu tarikan ialah persembahan Yana Samsuddin bertutur bahasa Jepun. Namun, kesemuanya dari segala faktor, amatlah tidak bagus untuk ditonton. Boleh buat korang tidur nyenyak, namun pastinya super fan Yana akan terus tersenyum melihat kecomelan Yana yang sempurna berpakaian ala ala anime. Pada aku, better jangan tonton. Tapi kalau nak tonton juga, silakan.
2/5
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS