Movie Mistakes

Friday, November 2, 2012

Review: Taikun

Usaha cerita ni sebenarnya murni, menunjukkan polis dalam sudut berbeza. Bijak menyembunyikan cerita sebenar dalam perkataan Tai dan Kun, Taikun memang ada sesuatu yang fresh. Tetapi, idea yang fresh itu sekali lagi ditangani oleh orang yang berfikir untuk kutip duit je, sedangkan idea ini boleh dibangunkan dengan bijak kalau diteliti dengan perlahan lahan. Taikun sebuah filem gangster lagi, meminjam komedi komedi dari filem gangster MIG sebelum ini. Malah, ianya turut menampilkan pelakon tampal main yang selalu ada dalam filem MIG sebelum ini. 

Pelakon tampal main filem MIG dipindah sana sini sampai aku sendiri rasakan seperti nak tanya; tak ada mamat lain ke nak belakon cerita produksi korang? Korang main letak je ke karakter sebab nak suap pelakon pelakon yang sama sampai kami kami semua ni bosan tengok muka? Ah, soalan tu mungkin aku tak ada jawapan. Memikirkan ini cerita Taikun, jom aku berikan komen aku dalam skop Taikun sahaja. Tak lebih dari itu. 

Taikun bijak. Seperti yang aku kata tadi, Taikun ada idea yang amat amat baik kalau ditulis oleh penulis yang agak begitu teliti dengan idea yang ingin disampaikan. Malah, idea penjual cd cetak rompak fresh! Ianya pertamakali satu sindiran yang agak jarang difilemkan. Jadi, filem ini pertamakalinya bercerita tentang geng samseng jual cd cetak rompak dan juga porno yang bergaduh. Cerita dikembangkan dengan membina ‘kebaikan’ dalam kejahatan samseng Ros Hitam. 

Kemudian, masuk dua watak utama kita, Tai dan juga Kun. Dua mamat yang tidak diketahui asal usul, siapa mereka, dan apa sebenarnya mereka mahu masuk ‘menghadap’ dan menghuruharakan dua pihak. That’s brilliant! Walaupun aku rasakan permainan tipu menipu ini patut lebih umph dan lebih diteliti lagi. Dengan masa 1 jam 20 yang terhad, ada sisi sisi Tai dan Kun yang tak mampu dipenuhkan sehinggakan Tai dan Kun hilang personality. 

Apa yang jelas pada Tai dan Kun, hanyalah keganasan dalam bergasak. Tak henti bergasak dalam tiga adegan berturut turut sehinggakan aku sendiri dah bosan. Bila masa nak berhenti bergaduh pun tak tahulah. Sampai tiga adegan bergaduh diletak saling berdekatan. Jadinya, lepas habis bergaduh, dua tiga minit kemudian, bergaduh lagi. Walaupun susunannya teruk, koreografi aksi filem ini aku anggap sempurna pada aksinya. Aura koreografi filem 8 Jam ada dalam ni! Suka koreografi aksi Along dan Angah bergaduh masa final! 


Kesempurnaan sebenarnya jelas pada watak Tai dan Kun. Walaupun wataknya tak didevelop dengan sempurna, lakonan Along dan Angah memang terbaik. Dua orang mamat lawak ni handle watak dengan begitu awesome! Dan, walaupun keseluruhan filem ini tidak menyerlahkan cerita sebenarnya Tai dan Kun itu dengan kuat dan gah, Angah dan Along nampaknya berjaya membina satu lagi karkter yang bakal menjadi seperti gahnya Tumulak! 

Pada aku, filem ini walaupun ideanya seperti mahu meng’superhero’kan polis, yang mana pada aku cukup baik sebab berjaya jauhkan stigma penonton dari polis gaya Yusof Haslam. Malangnya, scripting yang lebih tertumpu pada gangsternya Along dan Champ telah menenggelamkan karakter yang boleh dikembangkan lagi. Cinta rasanya perlu dijauhkan. Rasanya kalau final battle Along dan Angah bukan disebabkan kekasih tetapi lebih kepada konflik persahabatan, mungkin penonton boleh menangis! 

Plotnya nampak sedikit membosankan dan adakalanya benda benda yang sama diulang ulang dalam babak babak berbeza, Taikun gagal menyatakan filem ini terbaik! Kelemahan di mana, penulisan babak demi babak filem ini sendiri. Aksi bagus untuk diselitkan. Tetapi, aksi terlalu banyak pula akan meloyakan. Filem ini hanya diselamatkan diselamatkan oleh lakonan Along dan Angah yang agak membanggakan.

Taikun nampak macho! Bunyi pun nampak macam gila punya ganas. Sindiran filem ni pun nampak mmg tajam jer! Ya, Along dan Angah memang satu perkara yang wajib ditonton. Ceritanya, walaupun mengikut cliché biasa MIG bolehlah juga dikatakan sempurna dalam bakul filem filem MIG. Walaupun adakala aku menguap juga menonton sebab tipu menipu yang terlalu simple dan tidak didevelop dengan teliti, aksi berulang ulang, dan pelakon tampal, Taikun masih bercerita dengan baik. Ya, ianya sebuah filem biasa MIG, tetapi boleh tontonlah.

2.5/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS