Filem arahan pertama Tauke Jambu dan Isma AF ni gamaknya boleh tahan jugaklah komedinya. Sofarz Jiwa Kacau memberikan adegan adegan yang nak kata lawak sangat tu taklah. Tetapi, boleh jugalah buat korang tersenyum sampai nampak gigi. Filem yang simple dan tidak perlu banya berfikir. Tauke nampaknya mahu menerapkan komedi semaksimum mungkin dalam filem ini. Mungkin dia mahu menjiwa kacaukan penonton dengan karakter karakter yang kebanyakannya jiwa kacau juga.
Sebenarnya, filem ini ada kekuatan dan kelemahan. Nak cakap filem ini teruk, tidaklah teruk. Malah, ianya agak baik dari beberapa sudut. Firstly, aku rasakan komedinya terserlah. Itu saja yang aku nampak sepanjang filem ini. Usaha Tauke yang menjadi co-writer dan juga co-director bersama Isma AF untuk filem ini cuba untuk bermain dengan gaya Jambunya dan juga trademark dirinya. Dan tak sia sia, lawaknya memang menjadi dengan gandingan pelakon pelakon yang agak evergreen yang disatukan dalam filem ini.
Dengan barisan pelakon dan pelawak handal yang diundang, Jiwa Kacau adalah reunion barisan pelawak yang memang ‘jiwa kacau’. Penampilan Herman Tino, Yassin, Hamid Gurkha, Hamdan, Ilya, Apek dan ramai lagi memang menjadi. Malangnya, reunion ini sebenarnya tanpa sedar sudah menjauhkan Sofarz The Movie: Jiwa Kacau dari motif utamanya. Apa yang cuba nak disampaikan makin lama makin tenggelam dalam barisan pelawak pelawak yang lain.
Sepertimana yang kita tahu, Jiwa Kacau sebenarnya adalah sebuah kisah tentang Sofarz sendiri. Walaupun kisah itu bukanlah reality, namun kita kena tau ianya berfokus kepada Sofarz. Bukannya kisah ini tak menarik. Cuma aku rasakan yang ideanya dah lari jauh dari tajuk dan menyimpang dari matlamat asal. Perasan atau tidak, kumpulan Sofarz hanya dilayan di awal filem dan juga akhir filem. Pertengahan filem yang menyaksikan reunion pelawak ini jarang membawa Sofarz ke depan menceritakan ceritanya.
Jadi, persoalannya di sini, adakah sebenarnya Tauke sudah menjadi tamak? Rasanya tak kot. Ehe. Rekaan idea dan babak dalam filem ini aku salute. Tetapi, penceritaan dan plotnya tersangatlah lemah dan tidak ada motif. Berlegar legar di sepanjang cerita yang tidak tahu arah tuju kemudian balik ke pangkal jalan yang entah apa apa. Plot pun dah jiwa kacau. Sudahlah Sofarz sendiri dilayan seperti pelakon ekstra di pertengahan filem, plot pula menyimpang.
Sepatutnya cerita Sofarz ini lebih menekankan usaha usaha Wangi ataupun Zack dalam usaha membawa kembali kumpulan Sofarz yang dah hilang ingatan. Yang amat memelikkan, Wangi dan Zack hilang di tengah filem. Padahal, mereka inilah yang sepatutnya menjadi landasan untuk membawa kembali Sofarz keluar dari rumah orang gila. Kesian sungguh. Mungkin masa skrip ditulis, Tauke nampaknya terlalu excited untuk memberikan lawaknya sehingga lupa keperluan plot dan tajuk asal.
Disebabkan filem ini sudah ditenggelamkan oleh lakonan pelakon yang hanya dikreditkan sebagai pelakon undangan, maka sedar atau tidak, kita bukanlah menyaksikan Sofarz the movie.Sebaliknya, kita hanya menyaksikan Sofarz di dalam movie sahaja. Bukan apa, sepatutnya jika ianya Sofarz the movie, Sofarz itulah yang menjadi plot utama sebab filem ini adalah filem mereka.
Walaupun jujurnya korang boleh gelak habis dengan komedi Tauke Jambu ditambah dengan lakonan dan dialog yang agak melucukan, filem ini amatlah lemah pada binaan plot. Sofarz ditenggelamkan tanpa sedar. Maka, takhta filem ini yang sepatutnya menjadi milik Sofarz sudah dirampas oleh pelakon pelakon komedi yang professional. Maaf aku cakap, sebab gaya slow motion yang agak hebat dan awesome tu cukup menjadi, aku simpulkan yang Tauke dan Isma ada bakat di bahagian pengarahan, tetapi rekaan plot nampaknya, need improvement lah.
3/5
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS