Movie Mistakes

Thursday, August 16, 2012

Review: Momok Jangan Cari Pasal

M. Jamil yang tak habis habis dengan filem perasan popular dan kualiti terbaik tahap perasan habis habisan rasanya patut berhentilah dari buat filem. Malah, jika ada yang bercita cita untuk meneruskan legasi Momok, aku cadangkan cukup cukuplah membutakan mata dan melihat dunia industry filem kita. Nazak beb kalau Momok dok mengacau industry kita dengan pakaian putih balut mayat dan juga adegan loncat loncat tahap filem zaman 90an tu. Momok, diamlah kau dalam hutan. Jangan keluar lagi. 
Momok: Jangan Cari Pasal memang sengaja mencari nahas. Serius aku tak tahu apa sebenarnya motif saudara M. Jamil menghulurkan filem ini untuk ditonton segenap pelusuk manusia yang berada di Malaysia. Apa sebenarnya Momok: Jangan Cari Pasal mahu tonjolkan? Come onlah, ini zaman filem seram yang dah makin tenggelam. Malah, perkataan momok itu sendiri sudah tenggelam. Buat apa kau basahkan tangan korek kubur nak bawa naik kembali momok? Aduhai. 


Sedih sangat sangatlah aku melihat kualiti Momok: Jangan Cari Pasal ni. Untuk pengetahuan pembaca, filem ini adalah filem ketiga Momok yang dilakonkan, diarahkan dan ditulis oleh M. Jamil. Bila combo tiga di itu berada dalam satu jasad, maka sebenarnya terus terang ini adalah filem syok sendiri. Dan, kalau menjadi, mungkin penonton bertepuk tangan gembira. Malangnya, Momok: Jangan Cari Pasal hampas pun tak ada. Gagal segagalnya, dan tidak ada apa yang hendak dibanggakan. 

Minta maaf pada semua kru yang membaca, saat aku menonton filem ini, aku cuba mencari di mana plot yang mahu diceritakan. Momok The Movie sekurang kurangnya ada cerita, malah Momok Jangan Panggil Aku pun ada cerita yang disampaikan. Walaupun lakonan M. Jamil yang perasan bintang tu amatlah teruk berbanding lakonan Syamsul Yusof, dua filem Momok terdahulu masih boleh dinikmati sebab ianya bercerita. 

Momok: Jangan Cari Pasal bercerita tentang apa? Mana ceritanya? Mana plotnya? Mana kualiti sebuah filem? Semua jawapan di atas pastinya tiada. Mungkin sinopsisnya bercerita tentang kisah M. Jamil yang kononnya nak buat sebuah filem dan ini adalah diari sepanjang perjalanan penggambaran. Tetapi, we need the conflict, we need the solution, we need something yang boleh dikatakan plot. Menangis dowh kalau bayar duit tonton kat wayang cerita ni. 

Dengan memperkotak katikkan krew produksi untuk dijadikan pelakon, memang nampak sangat M. Jamil sudah malas nak buat filem. Tetapi dia buat jugak. Sebab apa? Sebab perasan orang masih mahukan hantu yang pakai kain ela berjela jela tu. Come onlah, kami tak mahu Momok lah. Kalau nak berikan Momok pun, berikan sesuatu yang berkualiti. 

Tak layak digelar filem mahupun drama tv, Momok: Jangan Cari Pasal juga hancus dari segala kerja produksi. Pertamanya, syot syot yang agak simple dan tak ubah seperti drama juga boleh lah dimaafkan walaupun syotnya patutnya boleh diperbaiki. Keduanya, visual efek menghancurkan keadaan. Visual rangka keluar masuk tak tentu pasal memanglah menggambarkan kegilaan M. Jamil. Mungkinkah M. Jamil sudah terdesak untuk memasukkan visual efek walaupun keadaannya tidak sesuai? 

Ketiganya, beberapa syot nampak sungguhlah kantoi. Babak krew produksi main bola dalam hujan sebelum kilat memanah manah cukup gagal. Jelas kelihatan sumber air dari paip bomba disembur ke arah krew. Malah, dalam beberapa syot juga, boom mic jelas kelihatan tertonggek tonggek bontotnya mahu keluar dari atas frame. Hancus! 

Keempatnya, beberapa aspek blocking untuk karakter memang tahap lemah gila. Aku rasakan, untuk sesebuah filem yang bertaraf pembikinan professional, benda ini sepatutnya tidak terjadi. Blocking yang gagal mengganggu penonton untuk melihat karakter karakter penting menyampaikan dialog. Aduhai M. Jamil, kau reti buat filem ke tak ni? 


Lakonan memanglah tertumpu kepada M. Jamil sahaja. Al maklumlah ini filem syok sendiri yang dia buat. Nak nampak pelakon terkenal, ah, jangan haraplah. Ruminah Sidek pun hanya dijadikan pelakon undangan. Semua pelakon pelakon yang tak ada nama. Justeru, jika tiada nama, buat apa hadirkan diri di panggung. Tiada nama maknanya tiada magnet untuk penonton. Adakah M. Jamil nampaknya menjatuhkan maruahnnya sendiri seperti kelapa melepaskan buahnya?Banyak aspek Momok: Jangan Cari Pasal yang teruk lagi hebat keburukannya. Layakkah ianya dipanggil filem? Pada aku, tidak sama sekali. 

Momok: Jangan Cari Pasal hanyalah sampah yang terkutip oleh seseorang dan tertayang di pawagam. Ditakdirkan pula tersiar di Astrofirst dan juga terterbit juga dalam DVD. Maaflah, tak perlu beli dan tonton, Momok Jangan Cari Pasal sengaja buat anda angin satu badan. Justeru, jika anda menonton, dan tidak dapat di mana plotnya bercerita., janganlah bertanya. Memang Momok: Jangan Cari Pasal tak ada apa apa. Ingatlah ianya seperti melihat berita di surat khabar buruk dalam tong sampah yang terkoyak separuh. Sekian. 

0.5/5 (berhentilah buat filem M. Jamil oi... )

3 comments:

  1. DAH NYANYUK AGAKNYA M JAMIL?????

    ReplyDelete
  2. Berhentilah buat pilem jamil oi.. Menyumpah seranah aku terdonload filem ni dgn Dia.. SAMPAH!

    ReplyDelete
  3. ku fikirkan dua rupa-rupanya tiga..jamil jamil ..hahahaha

    ReplyDelete

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS