Ra.One, atau singkatan daripada Random Access Version One adalah sebuah filem hindi 2011 yang diarahkan oleh Anubhav Sinha. Dilakonkan oleh superstar filem Bollywood, Shah Rukh Khan. Filem ini juga menampilkan kehadiran pelakon superstar Tamil, Rajinikanth dalam satu dari babak cameo. Ra.One terkenal kerana dikatakan menggunakan visual efek yang agak banyak berbanding filem filem lain. Untuk pengetahuan, visual efek filem ini dibuat oleh Red Chillies VFX yang berpengkalan di Mumbai. Hebat bukan? Saksikan bagaimana suit Ra.One dan G.One sebelum dan selepas penambahan visual efek di bawah.
Ra. One Suits VFX Montage
Ra. One banyak memberikan aksi aksi yang cukup mengkagumkan. Antaranya adalah scene Mumbai Railway Station yang runtuh akibat keretapi tergelincir. Terpegun bukan dengan adegan itu? Hah, ianya semuanya hanyalah visual efek yang menggunakan teknik Digital Matte Painting. Apa benda tu? Ianya adalah satu teknik lukisan digital yang mana digunakan dalam membentuk visual sesebuah filem. Digital matte digunakan untuk membina adegan adegan yang tidak mungkin dapat dilaksanakan di lokasi sebenar. Contohnya adegan keretapi tersebut. Ianya dilakukan di studio dan image digital dimasukkan untuk memberi gambaran lokasi sebenar.
Montage VFX Digital Matte
Kostum yang dipakai oleh Shah Rukh Khan dan Arjun Rampal keseluruhannya direka oleh Robert Kurtzman, orang di sebalik visual efek filem terkenal Hollywood seperti Predators, Cabin Fever, dan Evil Dead. Disebabkan kos untuk membina suit yang real tanpa mengunakan efek amatlah mahal, Shah Rukh Khan hanya memakai suit yang biasa sahaja dan efek cahaya biru (untuk G.One) dan merah (untuk Ra.One) ditambah menggunakan visual efek.
Montage VFX 2
Suit yang dipakai oleh Shah Rukh Khan dalam filem ini dilaporkan bernilai USD181 000 (RM522 ribu). Menurut sumber, pakaian yang dipakai oleh Shah Rukh Khan dan Arjun Rampal dalam filem ini mengambil masa 20 minit untuk dipakaikan dan 40 minit untuk ditanggalkan. Lagi menyukarkan Shah Rukh Khan, suit tersebut cepat panas dek kerana bahan yang digunakan. Malah, pada hari pertama penggambaran, penerbit sendiri, iaitu Shah Rukh Khan merasakan konsep suit yang direka sudah gagal. Namun, dengan kuasa visual efek, ianya berjaya menjadi realiti. - sumber info (Wiki)
Suit Ra.One yang bernilai USD181 000 (RM522 ribu)
Tonton juga:
gila mahal suite tuh sajja..perghhh! nasib baik box office filem dia..
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteHuii, lana tgk citer ni..memang best!!
Aq nak cari cite ni. X puas nonton sekali jew....
ReplyDelete