Carta
Box office IMDB.com menyatakan yang Men In Black 3 sudah mencantas kedudukan
The Avengers. Dengan kutipan 54.6 million, kini Men in Black selesa di tangga
pertama filem box office apabila The Avengers hanya mengaut 36.7 million sahaja (setakat entry ini ditulis).
Terpulang pada penonton untuk menilai apa yang aku ingin kata selepas ni. Bukan apa, pendapat manusia lain lain. Oleh itu, review
ini perlu diberitahu yang ianya hanyalah pendapat peribadi penulis selepas
menonton Men In Black 3.
Nah,
Barry Sonnenfeld akhirnya membawa cerita terbaru siri Men In Black yang rasanya
terhenti pada tahun 2002. Sudah 10 tahun lamanya, cerita ini bersambung lagi.
Semestinya peminat Men In Black menantikan apa pula kisah yang akan dipaparkan
dalam filem ini. Pada aku, aku pernah menonton ceritanya yang terdahulu. Pada
aku, ah, bolehlah. Sekadar bernaskah komedi aksi, filem ni sampai kepada par
yang aku mahukan.
Bagaimana
dengan Men In Black 3? Sampai kepada tahap yang dimahukan walaupun orang menyanjungnya
mengalahkan kumpulan superhero megah itu? Ya, seperti yang dilakar, genre
komedi ini masih stabil. Walaupun rasanya hilangnya Tommy Lee Jones dalam filem
ini seperti hilangnya satu kaki kesempurnaan Men In Black, filem ini boleh lagi
selesa bertongkat Will Smith seorang diri dan Josh Brolin, kaki palsu yang
membantu.
Filem
ini membawa sebuah cerita yang biasa saja. Pada aku, idea time jump dalam filem
ini adalah satu cara untuk membuka sekuel ini. Walaupun begitu, aku suka dan
rasakan ianya kesempurnaan yang amat baik untuk penceritaannya. Adegan pada
akhir akhir filem ini yang menjelaskan siapa sebenarnya Agent J cukup
membuatkan aku tersenyum. Sebuah cycle hidup Agent K yang baik garapannya.
Walaupun
aku rasakan filem ini sampai kepada apa yang aku mahukan, aku masih rasa filem
Men In Black 3 kurang aksi berbanding sekuelnya yang terdahulu. Ternyata pada
sesetengah babak, filem ini nampak lambat bergerak dan tidak melebihkan aksi
komedinya. Malah, kebanyakan babak dipegang oleh Will Smith yang rasanya cuba
untuk selesa dengan Josh Brolin yang cuba memudakan Tommy Lee.
Michael
Bay nampaknya mampu tersenyum riang. Mana tidaknya, jika The Avengers juga
mirip Transformers 3 (adegan kapal besar serang Bandar), Men In Black juga tak
dapat lari daripada perbandingan itu. Walaupun adegan kapal besar itu hanyalah
beberapa saat sebelum Agent J, aku still merasakan idea ini sudah ditiru dua
filem. Men In Black 3 dan The Avengers bersamaan dengan Transformers 3. Tersenyum
juga Michael Bay bila dapat tahu yang idea Apollo 11 (memfiksyenkan fakta) juga
digunakan dalam filem ini.
Apapun,
keseluruhannya, filem ini agak ok sebagai hiburan popcorn yang santai. Filem
ini tenang dan simple, walaupun sedikit lambat pada pertengahannya, dan punya
cerita yang agak baik. Will Smith membuktikan yang dia masih mempunyai jiwa
Agent J yang baik. Tommy Lee mungkin hilang hampir sepanjang filem, tetapi Josh
Brolin masih mampu menjadi kaki gantinya. Sebuah filem wajib tonton, bagi
peminat Will Smith dan juga aksi komedi.
3/5
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS