5 cerita, satu idea, 5 pengarah. Hi5teria adalah santapan seram yang tidak mengecewakan. Ceritanya lebih kepada antiklimaks yang memerlukan penonton mencerna sendiri pemikiran yang ingin disampaikan oleh setiap pengarah. Walaupun ada cerita ceritanya cliché pada persembahan, tetapi setiap endingnya memang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Sebuah filem Indonesia yang bermutu untuk jiwa aku.
Setiap kisah diukir dengan satu idea, hysteria dengan setiap insiden yang terjadi dalam kehidupan setiap watak. Apa yang hebatnya, kesemua lima cerita mengekalkan 5 watak wanita berbeza dan kisah hysteria mereka dalam skop dunia yang berbeza. Dengan kehadiran pelbagai wajah dan perwatakan manusia, Hi5teria memang koleksi kisah pendek yang diadun sempurna untuk durasi masa yang diberikan.
download filem ini di sini:
Lima kisah itu ialah, PEKAN SETAN, WAJANG KOELIT (malaynya WAYANG KULIT), PELESIK (malaynya PELESIT), KOTAK MUZIK, dan LOKET. Pada aku, dalam 5 cerita di atas, WAYANG KOELIT nampak kreatif dalam menampilkan sisi mistikal patung patung permainan wayang kulit. Sebuah adaptasi kepercayaan yang menyeramkan jika realitinya adalah sebegitu. Disebabkan kisah ini ada 5 cerita, aku agihkan ulasan ini menjadi perincian seperti berikut:
1. PASAR SETAN (arahan Adriyanto Dewo)
Cerita yang pertama menghiasi filem ini nampaknya mengecewakan. Aku tidak dapat merasakan permainan kisah ini yang nampak tidak dijelaskan dengan baik. Walaupun aku memahami apa yang disampaikan, aku rasa kisahnya sudah lari dari tajuknya.
Bercerita tentang Sari, seorang wanita yang hilang di gunung Lawu akibat termasuk Pasar Setan, cerita ini membawa satu lagi perwatakan yang sama dan kisahnya yang juga turun hilang apabila termasuk ke Pasar Setan.
Walaupun suasana Pasar Setan tidak dapat dilihat dengan jelas, aku cukup menyukai permainan dunia selari antara kedua dua watak. Lakonan nampak hambar dan membosankan sebab hanya memaparkan kedua dua watak berlegar legar dalam hutan.
Cerita yang diambil dari mitos pendaki pendaki ini nampaknya tidak mampu dipersembahkan dengan baik. Dengan pengakhiran filem yang memerangkap penonton untuk merasa tidak tenang, cerita pertama ini bolehlah dikatakan sebagai sederhana.
2/5
2. WAYANG KOELIT (arahan: Chairun Nisa)
Sebagai penonton Malaysia, aku rasakan mistikal wayang kulit dari mata Indonesia ini lebih seram gambarannya dan berani. Berkisar tentang permainan wayang kulit di Jawa Tengah, cerita ini mengikut jejak Nicole, seorang warga asing yang menonton persembahan wayang kulit dengan seorang pemandu pelancong. Nicole yang jatuh cinta dengan wayang kulit itu nampaknya tidak sedar yang dia akan menjalani hidup baru sebagai ‘boneka’ si pemain wayang kulit.
Pengakhiran cerita ini memang tidak dijangka. Pengalaman pertama menonton cerita ini pastinya memberikan perasaan yang tidak dapat dijangka. Walaupun lakonan watak Nicole tidak dapat dijana dengan baik, mungkin sebab dia bukan aktres Indo, seram yang hadir dalam bentuk sosok bebayang di rumah Nicole terbaik.
Namun, permainan rumah yang kurang pencahayaan membuatkan aku sukar untuk mendapatkan momen momen penting dalam filem ini sekaligus menghilangkan momentum seram. Apapun, aku suka filem ini yang agak menakutkan dan tidak terfikir dek akal.
4/5
3. Kotak Muzik (arahan: Billy Christian)
Di sini ada Luna Maya, pelakon kontroversi. Cerita ini sebenarnya biasa biasa saja. Cerita tentang bagaimana seorang pensyarah di sebuah university tidak pernah percaya kepada hantu. Sedikit pun tidak terdetik di hatinya untuk beragama dan percaya kepada keberadaan makhluk halus di dunia. Farah namanya pensyarah itu, mengamalkan seks bebas dan kisah ini, bercerita tentang balasan terhadap kepercayaan Farah itu.
Pertamanya, elemen seram cerita ini cliché. Ya, seperti filem filem Malaysia yang biasa dilihat di layar filem. Walaupun begitu, permulaan filem tidak menghampakan, sayangnya tengah filem ini agak membosankan. Hantu yang merangkak ke belakang adalah mengecewakan. Si budak kedil yang mencari Farah tidak disampaikan dengan baik.
Keseluruhannya, cerita ini sederhana. Walaupun lakonan Luna Maya tidak dapat dipertikaikan lagi, banyak babak kejutan yang agak biasa. Endingnya, aku suka kerana ianya cukup untuk menggambarkan balasan Farah yang tidak percayakan agama dan juga makhluk halus.
3.5/5
4. PALASIK (arahan: Nicho Yudifar)
Di Malaysia, ianya pastinya bermaksud PELESIT. Cerita tentang seorang isteri hamil yang sedang bercuti di sebuah rumah. Palasik adalah setan Minangkabau yang kononnya dipercayai akan mengeluarkan kepalanya dari tubuh lalu mencari wanita hamil untuk mendapatkan bayinya. Dan sejak si isteri berada di rumah itu, dia di ganggu. Siapa Palasik sebenarnya? Itu persoalan yang dijawab.
Malang sungguh ceritanya tidak berapa baik persembahannya. Adegan pelesit terbang nampak murahan dan tidak begitu meyakinkan. Malah, beberapa dialog yang diedit dengan kurang baik mengganggu filem ini. Lakonan mengecewakan. Totally membosankan.
2/5
5. LOKET (arahan: Harvan Agustruansyah)
Pada pertama kalinya aku melihat cerita ini, ianya terus mengingatkan aku kepada filem P2, filem seram Hollywood pasal parking kereta. Kisah ini nampaknya tidak jelas dan mesejnya kabur. Aku rasakan seramnya tidaklah banyak mana, tetapi filem ini lebih bermain dengan usaha untuk menjawab apa sebenarnya yang cuba mengganggu petugas parker di level tersebut.
Kisah ini bermula dengan suasana yang agak baik. Walaupun skop permainannya hanya di level parking tersebut, permulaannya berjaya menimbulkan tanda tanya. Namun, selepas persoalan berjawab, pengakhirannya tidak berapa menarik perhatian lantas menutup filem ini dengan kekurangan.
3/5
Keseluruhannya, Hi5teria memang filem yang sempurna dari himpunan ceritanya. Namun, disebabkan 5 pengarah berhimpun dalam filem ini, filem ini menjadi naik turun naik turun dari cerita dan persembahannya. Diakui yang sukar untuk menghimpunkan cerita terbaik dalam satu filem, dan Hi5teria adalah usaha yang baik. Mana tahu, jika peminat salah satu daripada lima cerita ini agak banyak, cerita itu akan diadaptasi ke filem featurenya yang tersendiri.
Melihat seperti berjayanya Rumah Dara apabila diadaptasi ke filem featurenya tersendiri apabila mendapat sambutan dari filem pendeknya yang dimasukkan dalam filem Takut: Faces of Fear, Hi5teria tak mungkin alami fasa itu. Namun, percubaannya membanggakan. Lagi pendek cerita, lagi padat seram dan thrillnya, tetapi lagi sukar untuk menghasilkannya.
4/5
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS