Movie Mistakes

Wednesday, June 13, 2012

Review: Chow Kit

Damned hot! Chow Kit memang panas dan hot! Lebih seksi dari Klip 3gp, dan lebih berani dari … Anu Dalam Botol. Malangnya, Chow Kit tidak mampu memberikan kehebatan Songlap. Paparan sebuah kehidupan ala ala filem Slumdog Millionaire, even tidaklah meminjam ceritanya. Dengan setting di kawasan sempit KL itu, Chow Kit nampak semak dan kelam. Sesuai dengan apa yang ingin disampaikan, sebuah kisah anak Chow Kit, dan sekitar kehidupan gelap lorong tersebut. 
Apa yang jelas, Beto Kusyairi satu semangat yang telah ditinggalkan dalam filem ini. Malangnya, walaupun dengan lakonannya yang baik, Chow Kit tidak mampu untuk tenggelam. Walaupun begitu, Chow Kit bukanlah teruk mana. Ada paparan yang ingin disampaikan. Maknanya, pemaparan itu aku terima dengan baik dan seadanya. 


Dipecahkan kepada dua bahagian, dengan dua pengarah, Chow Kit sebenarnya bermula baik. Permulaannya berjaya memikat aku. Dengan kisah budak budak Chow Kit dan kisah pelacuran yang biasa menjadi kehidupan di lorong tersebut, yea, kisahnya menarik. Dengan dialog berani, Chow Kit 1 memang meyakinkan. Menarik dengan aura Songlap yang aku jangkakan akan menjadi semakin naik, naik dan terus ke syahwatnya. 

Malang sungguh, klimaksnya tidak mampu dicapai. Kisah mereka nampaknya mendatar dan tidak mendapat cerita yang jelas. Plotnya terlalu banyak pecahan. Aku tertanya tanya, mana satu yang cuba disampaikan? Cerita ibu dan pelacur? Kisah bapak yang mengajar anaknya meminta sedekah dan curi kasut di masjid? Plotnya bersambung sana sini tetapi apa musabab untuk setiapnya tidak digabungkan dengan jelas. Apa yang aku faham, hanyalah satu pemaparan kehidupan Chow Kit tanpa perlakuan-akibat. 


Maka, jadinya plot hilang begitu saja. Mana ceritanya? Jikalau mahu menceritakan perihal si anak Chow Kit yang dirogol? Apa gunanya kisah si pencuri kasut? Apa guna juga pemaparan watak yang terlalu banyak dalam Chow Kit 1. Aku cuba menanti watak Yasmin Hani untuk masuk ke dalam cerita, tetapi malangnya, ceritanya tak ada apa apa. Kosong. Tak ada kaitan dan for me, merugikan. 

Chow Kit 2 nampak lebih terurus. Namun, plotnya tetap biasa biasa. Kisah yang sedikit ganas dan panas memang cuba diutarakan, tetapi dengan lakonan karakter yang tidak meyakinkan, for me story tu habis begitu saja. Beto Khusyairi cuba untuk naik. Aura pada saat pertama dia muncul di layar (masa dia ragut beg) memang menarik. Tetapi, lama kelamaan, ianya hilang dan hilang macam tu jer. 

Dari segi visual, aku rasa tak ada masalah. Dari segi audio, memang banyak masalah. Dubbing suara Ropie Cecupak memang fail. Tak jadi untuk gelak bila dengar suara tu. Hadoi.


Keseluruhannya, Chow Kit sederhana. Terfikir juga, filem ini banyak memaparkan adegan ‘belakang’ yang banyak. Seriusly aku tak faham, penulis filem ni memang suka seks ikut belakang ker? Apapun, tak perlu mengharapkan cerita ini menarik untuk anda tonton, jika korang bukanlah peminat Songlap, Klip 3gp, ...Anu Dalam Botol dan juga Bunohan. Pada aku, aku suka Chow Kit, dan aku juga kadangkala tak suka Chow Kit. 

2/5

2 comments:

  1. hbgn kekeluargaan mantap antara seorg ayah n anak..tp klau due cerita digabungkan sekali..lagi best...

    ReplyDelete

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS